Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label l. Show all posts
Showing posts with label l. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Cuba lah, Gerenti Sedap!!

 Assalamualaikum..


Syukur.. hujan sedang turun di luar sana... rasa dingin.. tapi kedinginan kurasakan bersendiri sahaja, kerana abbi berada di luar kawasan atas urusan kerja.. rindu dia.. semoga dia sukses dalam urusan kerja nya itu dan mendapat keberkatan Allah..insyaAllah..

Sehari hari ini memang penuh je jadual aku kat rumah!
berhousekeeping.. dari pagi! memang mampu mengeluarkan peluh jugak tau.. tak perlu nak berjogging ke apa ke.. pegang kayu penyapu, mop lantai. kemas rumah.. basuh kain.. sudah cukup untuk mengeluarkan peluh.. =)
Makan? masak ikan gulai tempoyak je dengan nasik! makan sorang... hmm..

oiii.. dah bebel panjang pula..
tajuknya  kan macam sedap!

kali ni aku nak kongsi dengan kawan kawan resepi baru!
pertama kali membuatnya,
bukan buat hari ni, buat minggu minggu lalu, tapi biasa lah tak terupdate kan..
so, resepi kali ini ialah..
Udang goreng tempoyak!
wallaaa.. sedap weh!
sebetulnya aku tak ingat di mana aku mendapat resepi ini, tapi yang pasti aku membacanya di internet dan ingat tak ingat je aku bantai buat sendiri, kebetulan stok tempoyak ada! apa salah mencuba ya!?

ok mari kongsi resepi;

Udang Goreng Tempoyak versi Kella ;p
10 ekor udang (terpulang mahu lebih ke)
2-3 ulas bwg merah(tumbuk)
2-3 ulas bawang putih (ketuk)
1biji bawang besar (hiris bulat bulat)
1 bijilada merah hidup besar
sikit hirisan lada benggala hijau
cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
Sayuran- aku letak bunga kubis, kubis, kacang panjang
1-2 sudu besar tempoyak
garam secukupnya

Cara:
Tumis bawang putih, bawang merah hingga agak wangi baunya, kemudian masukkan, hirisan lada, selepas itu sayuran.. bila sayur dah separuh masak ..kemudian masukkan tempoyak dan kemudian udang dan last  bawang besar dan lada benggala..
masuk garam gula secukup rasa...
rasalah ia...

siap! inilah dia... Udang goreng tempoyak .. ^__^


Cubalah!! :D

oh ya, ini rakan rakan lauk pauk..
~ aku buat juga kari ikan, kentang+tempegoreng pedas dan udang goreng tempoyak, nasi untuk 2 orang... makan depan tv, seperti biasa lapik kertas surat khabar atas karpet.. yang sorang duduk bersila.. yang sorang duduk bersimpuh.. menikmati hidangan penuh selera! masa ni kami 2 memang benar benar lapar.. tu yang sampai 3 jenis lauk! huhuhu... makan sebelum lapar sepatutnya.. tapi apakan daya.. ~

~ makan buah sepatutnya sebelum makan nasi.. tapi dah baru teringat.. lepas makan je la.. boleh buat cuci gigi.. hehe.. ~

ok itu sahaja resepi yang boleh di kongsi... boleh la cuba ya!

hingga kita bertemu lagi!

Malam ni nak buat kek moist choclate! teringin.. lama tak makan... =)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker