semasa balik kampung Tok dan Nenek di Kuchai, Bota Kiri Perak pula.. kami mendapat rezeki ini..
mula nya b buka almari lama Nenek, cadangnya nak amik gambar sahaja.. maklumla.. kami peminat barang barang lama ni, bila melihat teko lama ni terus teruja, maka sesi mengambil gambar pun bermula la..
pastu, Mak tiba2 datang, tumpang melihat kami yang tgh leka mengambil gambar, nenek pun sekali bercerita tentang brg2 lamanya..
tiba2 mak berkata...
" kalau dah suka sangat, mintak la dengan nenek tu..."
terus pula nenek berkata..
" iye ler.. kalo kome dah suka.. amik la!"
( wah.. jwapan tak di sangka2 tu.. biar betul.. betul ke ni..? tapi aku walaupun hati melonjak gembira, tapi masih leh kontrol..kontrol.. dan terus berkata..)
" eh, takpe, kami nak amik gambar je ni,"
b pun nyampuk.. "haah, kami suka, saje nak amik gambar je.."
pastu dengar mak kata,
"nenek dah kasi tu amik je la..."
(masa ni aku dah tercuit-cuit peha b dah.. tapi masih kontrol lagi.. hahhahaha... excited tu..)
"haah.. amik je la, kalau kome suka, jaga la elok2.."
wahhh.. apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya,
dengan malu2nya aku dan b menerimanya.. ":D
tengok lah.. cantikkan?
pastu tetiba nenek bawa keluar juga pinggan yang sedondon dengan nya...
hahaha.. wallaweh...
cun siot..! i like sangat!
maka halal la kami mendapat teko lama ni pemberian MakTua (nenek)
Terima kasih tak terhingga...
Terima kasih tak terhingga...
tak sempat nak singgah pasal karat LOKIN kat Ipoh! uiih... kat situ byk brg lama woo... pandai cari, pandai tawar2 dapat le rega berpatutan.. :)
IringJeling: nak sangat set cawan kaca lama yg kaler ijau2 jed tu..