Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Antik. Show all posts
Showing posts with label Antik. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Loken atau Lokin atau Memory Lane

Ada sesiapa yang pernah pegi Lokin? kalau orang Perak terutama yang dok Ipoh mesti tahu Lokin punya..
atau dikenali dengan Memory Lane... atau Gerbang Malam di malamnya? ye ke?

Aku memang suka tempat ni! itu aku lah, tak tahu lah orang lain, tapi aku rasa ramai orang pun suka tempat ni, tapi ada jugak di antara kawan2 aku tak suka tempat ini, katanya tempat orang jual sampah! isssh, ada ke? hanya jauhari mengenal manikam..

aku suka tempat ni sebab ada banyak barangan klassik, barang pelik2, barang2 unik, barang barang yang boleh buatkan aku mengimbau masa lalu.. zaman kanak kanak.. pendek kata barang barang lama yang dijual samada tersangat mahal atau tersangat murah.. =)
tapi sekarang ni, dah banyak barang  barang lain turut di jual, dan makin besar dan Lokin ni, dah ada orang jual buah, pakaian, selendang.. dan macam2 lagi lah!

macam aku ni memang le suka.. sebab aku memang suka kat barang barang klassik, unik yang memang sukar untuk diperolehi zaman sekarang..


~ macam macam ada.. meh main 'cari barang tersembunyi' meh! ~


~ hai.. teringin nak telefon antik yang itu!! mahal weh....~

~ haa.. ini kegemaran aku le nih! tu tengok tu tangan aku le tu dok milih pinggan lama.. best!~

~ ini adalah barang lama, klassik yang paling besar kot kat Lokin ni!~


~ dan ini ialah aku punya! berjaya beli 3 besar, 3 kecil dengan harga yang cukup memuaskan hati selepas sesi tawar menawar! tersangat la murah hai..kondisinya pun masih elok dan cantik..~

nanti nak balik lagi, nak pegi Lokin lagi! geee... :D



Jom lah, pada sesiapa yang belum pernah pergi boleh la pergi, oh ya! Lokin hanya di buka pada hari Ahad sahaja ya.. ingat tu.. =)

Saturday, November 6, 2010

Emas Klassik..

Jom kongsi..

umum ketahui.. (chee..)
yang aku memang amat gemar ngan barang2 lama..
barang klassik..
unik..

baru2 ni, masa balik kampung..
sempat godek2 emas dia nih.. huhuhu...
emas lama...

aku suka..
bentuknya unik..

mcm gelang bawah ni..
dah lama dalam simpanannya..
sejak aku belum lahir lagi pun.. huhu. lama..
cantik, tak silap gelang 'jantung' kot namanya...



bawah ni pula loket rantai..
huh.. loket tu tak bleh blah sungguh..
siap ada orang mendayung sampan!
wah.. aku suka yang ini...
chop! ;p

tengok ler.. sikit punya berkilau kilau...


bawah ni..
dipanggil emas pound!
ini memang glamer zaman2 dulu ni..
huyyooo.. berat ni tau !
ianya ada 3-4 ketul kot, gelang sebenarnya, tapi telah dibahagi-bahagikan..
3 generasi dah..
dapat la sorang seketul..
seketul pun puas ati weh..

bawah ni belah belakang nya...

IringJeling: Ini bukan emas aku tau! jgn pulak orang datang carik aku plak nanti! ohhhhh.... tidak ye..

Friday, October 1, 2010

Rezeki Antik lagi

Telah lama ku idamkan ini
akhirnya tercapai hajat di hati untuk memilikinya!
Alhamdulillah...

Aku dapat set telefon lama ni.....
suka...
Terima kasih Mr 'M' (nama terpaksa dirahsiakan, pemberi tidak mahu nama disiarkan.. :)
dan  ianya sebenarnya masih boleh digunakan, cuma kena tukar wayarnya sebab dah lama dan uzur...

tambah lagi koleksi barang antikkoo...
Alhamdulillah..

:)

IringJeling: asyik dok main pusing pusing nombor.. sreeeett.. sreeeeett..

Sunday, September 26, 2010

Rezeki Antik Syawal

Alhamdulillah..


semasa balik kampung Tok dan Nenek di Kuchai, Bota Kiri Perak pula.. kami mendapat rezeki ini..
mula nya b buka almari lama Nenek, cadangnya nak amik gambar sahaja.. maklumla.. kami peminat barang barang lama ni, bila melihat teko lama ni terus teruja, maka sesi mengambil gambar pun bermula la..


pastu, Mak tiba2 datang, tumpang melihat kami yang tgh leka mengambil gambar, nenek pun sekali bercerita tentang brg2 lamanya..

tiba2 mak berkata...
" kalau dah suka sangat, mintak la dengan nenek tu..."

terus pula nenek berkata..
" iye ler.. kalo kome dah suka.. amik la!"
( wah.. jwapan tak di sangka2 tu.. biar betul.. betul ke ni..? tapi aku walaupun hati melonjak gembira, tapi masih leh kontrol..kontrol.. dan terus berkata..)
" eh, takpe, kami nak amik gambar je ni,"
b pun nyampuk.. "haah, kami suka, saje nak amik gambar je.."


pastu dengar mak kata,
"nenek dah kasi tu amik je la..."
(masa ni aku dah tercuit-cuit peha b dah.. tapi masih kontrol lagi.. hahhahaha... excited tu..)
"haah.. amik je la, kalau kome suka, jaga la elok2.."

wahhh.. apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya,
dengan malu2nya aku dan b menerimanya.. ":D



tengok lah.. cantikkan?
pastu tetiba nenek bawa keluar juga pinggan yang sedondon dengan nya...
hahaha.. wallaweh...
cun siot..! i like sangat!

maka halal la kami mendapat teko lama ni pemberian MakTua (nenek)
Terima kasih tak terhingga...

tak sempat nak singgah pasal karat LOKIN kat Ipoh! uiih... kat situ byk brg lama woo... pandai cari, pandai tawar2 dapat le rega berpatutan.. :)


IringJeling: nak sangat set cawan kaca lama yg kaler ijau2 jed tu..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker