Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label ISRAEL. Show all posts
Showing posts with label ISRAEL. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Hari Raya 2014 dah lepas...

Bismillah..
Assalamualaikum
Salam Jumaat sahabat sekelian..
Tgok tajuj atas..
Ye laa..
Mana boleh tiada cerita raya 2014 di belog ini..
Dah nak masuk raya korban dah..
Baru mau update kaa.. hehe
Alhamdulillah masih ada kesempatan..

Hari raya tahun ni bersederhana sahaja..
Dapat jumpa kaum keluarga dua2 belah pihak..syukur..
Masih diberi peluang dari Allah untuk menikmati kebahagiaan duniawi... bersama keluarga..

Di kala kita bergembira juga..
Terdapat rakan2 kita yg tidak bernasib baik..
Peperangan di Gaza cukup menyentap sanubari...
Kempen boikot di teruskan walau pun kini peperangan telah dihentikan..
Namun doa perlu diteruskan...

Di kala kita sebak mengenang nasib rakan2 di  Gaza dunia dikejutkan juga dengan berita pesawat Malaysia MH17 yg ditembak jatuh di Ukraine..
Masa tu aku dikejutkan oleh adik untuk persiapan sahur...
Buka tv.. mmg berita itu sedang hangat diperkatakan.. 
Seakan percaya atau tidak..
Pada mulanya aku berfikiran ianya berita yang tidak sahih!
ditembak jatuh??? jauh di negara yang sedang bergolak pulak tu?
mengapa, bagaimana, siapa.. kenapa..??? semua persolan bermain di minda ketika itu..
ya Allah.... sedih...
tidak selesai lagi tragedi HM 370..
timbul berita menggemparkan dan menyayat hati MH17
berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..
Allah semestinya lebih mengetahui segala galanya..
Ujian buat kita keseluruhannya rakyat Malaysia sebenarnya...
Allah uji kita..
Allah buka mata kita..
Allah beri petunjuk..
suruh kita sedar..
suruh kita bersatu
suruh kita berfikir..
kerana..
Allah sayangkan kita..

In Sya Allah..
sama sama kita buka mata.. buka hati..
Semoga Allah berikan kita kebaikan dunia dan juga akhirat.
Aamiin.

yaaa.. raya aidilfitri dah lama abis... dah nak tiba raya haji dah pun..
=)




Wednesday, May 4, 2011

Respon Tuan Guru Nik Aziz Tentang Kematian Osama Bin Laden

Assalamualaikum,

Sana sini pun dunia sedang memperkatakan tentang Osama.. banyak cerita yang entah benar entah tidak.. namun aku ingin berkongsi pandangan atau respon dari Tok Guru Nik Aziz tentang kematian Osama bin laden yang ku petik dari blog Tok Guru sendiri , boleh ke link TokGuru
pandangan yang ku kira sangat telus, mulus, tenang, matang dan berilmu..
tu pasal aku kongsi di sini...
untuk rujukan ku dan kawan kawan yang sudi membaca..



Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.


Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.




Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.


Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.


Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.


Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Thursday, June 3, 2010

KEMPEN 'KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!'

Walau Aku Blogger Picisan, Namun Kebenciannku Terhadapmu Bukan Picis!!
Ya, benar..
Aku lahir sebagai seorang Islam..
haruslah aku merasa sedih, marah, kecewa,sebak dan pilu
bila mereka memperlakukan bangsa seagamaku
sedemikian rupa!
seakan tiada harga lansung!
mereka bunuh terang terangan,
mereka lontar bom ke rumah rumah disiang hari..
mereka hantar peluru berpandu dari jauh..
mereka musnahkah tempat ibadat orang islam..
mereka serang bantuan kemanusiaan kepada orang islam..

namun,
walau aku bukan Islam sekalipun,
aku masih punya perikemanusiaan bukan?!
masih punya mata yg boleh melihat, hati yang boleh merasa..
...........
tidak punya kah mereka peri itu?
sedangkah mereka juga manusia!
punya akal..
punya minda untuk berfikir waras
punya hati..
untuk merasa belas
punya kuasa..
untuk menidakkan sesuatu yg tidak betul!
Oh ya... kuasa!
Kuasalah yang menjadikan mereka lupa..
menjadikan mereka alpa..
menjadikah mereka rakus..
Menjadikan mereka lupa bahawa Sang Pencipta lebih Agung dari segala

betullah..
Diciptakan dalam manusia tiada pada haiwan
tapi haiwan ada pula dalam manusia!

Benar..
aku cuma boleh berteriak, menjerit di sini..
namun tak mungkin picisan aku boleh menghentikan semua perilaku binatang mereka..
mungkinkah?
namun,masih ada sesuatu yang mampu ku lakukan..
aku mampu menadah doa,
momohon pada Tuhan Yang SATU..
semoga terbela nasib saudaraku di sana..
dan selagi aku mampu menulis di blog ini.. aku mengajak sahabat manusia sekalian..
sama menyokong menentang kekejaman Israel
Moga sahabat kita yg tertindas di sana tahu,
kita sedang berada bersama mereka..


Aku terpanggil oleh Frodo..
dan dikuatkan lagi oleh Alvin dan Farid si tokeh tokeh untuk kempen ini! pencetus. (sila klik nama2 mereka atau gambar di atas untuk tahu lebih lanjut mengenai kempen ini!)

dan aku pun nak ajak korang semua join kempen ini untuk kesedaran kita bersama, sekurang-kurangnya keperihatinan kita mungkin mampu membuka mata ramai pihak..

Rentetan dari entri aku sebelum ini, Korang boleh juga baca artikel di blog CTNurmarlissa ini untuk cerita tambahan mengenai sebelum Pasukan Bantuan berangkat ke Gaza tempoh hari!

aku mau petik kata kata brader Alvin juga:

"apa guna follower berjuta2
kalau tak boleh tolong settel kempen picisan ni"

IringJeling: jauh dan tiada adalah tidak sama.


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker