Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, December 27, 2011

Assalamualaikum =) (update resepi Sizzling Yee Mee)

 Assalamualaikum,

walaa.. rindu.. rindu..
baru sempat nak update blog..
baru dapat komputer!
baru la dapat update... 
macam lama giler la sangat...

apa khabar teman teman seangkatan?
apa di buat 3 hari cuti ni?
tentunya cuti telah digunakan sebaik mungkin ya! =D

hooo..
banyak gak citer nak kongsi bersama..
tak leh citer semua di sini.. nanti esok2 takda bahan nak update..

mari kongsi masakanku hari ni!
(masakan nak pujuk orang nih!)
=)

mempersembahkan..
Sizzling Yee Mee!  =D

Untuk makluman ini percobaan pertama yang menjadi!
eh.. bukan aku komen sendiri..
tentu tentu la tukang rasa tegar aku iaitu... abi.. =)
dia puji!
itu sudah mampu buatkan aku senyum hingga ke telinga!
rasa bahagia..
syukur alhamdulillah..
dengan izin Allah, menjadi ia..

nanti esok aku update resepinya..
supaya semua orang boleh buat juga.. dan mendapat pujian sedap dari sesiapa yang memankannya.. ;)

InsyaAllah..



Update resepi:


Sizzling Yee Mee 
( resepi ni ambil dari My Resepi..)

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee 
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4(aku beli yang dah siap lembut, kalau tak.. lambat nak lembutnya)
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2 (aku letak 5 biji kecil2 punya)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis 

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2. 
Cara makan aku pula:
aku sebolehnya nak buat dalam sizzling pan tu kan.. tapi tak hadoo..
so alternatif lain ialah..
guna pan yang tak melekat yang ada tangkai tu..
buat cara cara macam kita tengok kat kedai jual sizzling tu..
- mula mula masukkan yee mee.. (atas pan tu)
- masukkan sayur sawi..
-masukkan kuahnya sikit
- masukkan telur..
- last sekali masukkan kuah beserta lauk ayam dan mushroom tu..
-biarkan dia menggelagak sakan.. (macam dalam gambo tu.. )
- lepas tu transfer la dalam pinggan...
-makan panas panas....
huuu.. wallaa...

tapi kiranya aku kena buat berkali kali la untuk orang yang nak makan..
sepinggan sorang..

( untuk makluman aku buat kuah ni lebih, sebab kalau ikut resepi ni, dalam 2-3 orang je boleh makan.. so semua bahan2 di atas tu.. aku perlebihkan sikit.. barulah dari petang sampai ke malam boleh makan... hehe.. )

ok selamat mencobaaaa.... =)

13 comments:

PCL said...

itu lah yg pcl buat selalu...puji dgn kasih sayang...

Kakcik Seroja said...

Ehem! kakcik tak nak cuba buat, tapi kakcik nak cuba makan yang Kella buat. Boleh? :)

Unknown said...

SALAM,
DAH ADA KOMPUTER BARU ! LEPAS NI, LAGI BANYAK N3 ! NAMPAK BEST JE MEE TU ..

faraherda.razalan said...

Wow! Cool gila sizzling mee nie.

dalisha said...

nampak menyelerakan... perut pun dah berbunyi ni...

Unknown said...

wah nk try la nnti

gadisBunga™ said...

macam kat kedai punye! terer la awak!!!

Acik Erna said...

Assalam kella..pertama kali anakacik makan me sizzling ni..masa tidur di perak baru2 ni..dan dia kata sedap..
acik ambik resipi ye..tapi belum berani nak mencuba..insyaallah dah jumpa semua bahan2 nanti acik cuba..

Hanis Azla said...

wah.. terus teringin nak buat.. harap2 menjadi juga..

Nadine said...

wah, ni yg rasa nak cuba ni. pandai tul kella ni kalau bab2 masak kan :) first thing first, nak pegi beli pinggan/mangkuk sizzling dulu la. baru feel time makan nanti, yer tak? :D

Aleen Aiden said...

aaa nak rasa jugak!nampak sedap..wuhuhu

Mimy Hamid said...

ko pakai kuali apa ...kuali kedai tu ke?? sizzling ni kena hot baru best

cun09 said...

salam kella...

seeeedapppnyeee ^__^


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker