Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, December 11, 2011

Tentang dia, muffin dan keluarga

Assalamualaikum...

Mood masih lagi dalam keadaan sebak..
aku memang begitu..
Keluarga ku baru sahaja pulang..
mereka telah berada di sini 3 hari.. 3 malam..
masa yang ada.. telah digunakan sebaik mungkin..
tak ada masa yang paling bahagia.. selain dapat bersama keluarga .. bukan?

maaf.. agak lama aku menyepi.. meninggalkan Mathari sendiri lagi..
apa nak buat.. terpaksa.. masa yang ada, dipenuhi dengan perkara perkara yang menuntut lebih perhatian!
sebenarnya aku baru juga bernafas lega nih..
sebab telah berjaya menghabiskan tempahan muffin sebanyak 1000 pek,
dan satu pek ada 3 biji,
huh... di pertengahan tu dah ada rasa dah nak surrender dah..
sebab rasa macam sangat tak sempat..
Tuhan sahaja yang tahu betapa paniknya perasaan ini..
takut tak sempat siapkan orang punya!
aku pun tak sangka ingatkan macam dapat siapkan dlam masa yang singkat!
maklumlah.. memang aku tak pernah amik tempahan sebegini banyak..
jadi memang aku tak dapat nak anggar masa..
aku terus setuju je bila mereka minta aku buatkan sebanyak itu! masa dah singkat, tak dapat nak cari sesiapa yang lain..
lantas aku terus setuju aje.. lagipun adik aku ada tinggal bersama ku.. boleh buat bersama..
masa dah makin hampir tapi masih byk yang perlu dibuat!
terfikir di kala itu..
Ini rezeki dari Allah.. Alhamdulillah..
dan ini juga ujian buat aku.. Alhamdulillah
Allah tidak akan turun kan sesuatu ujian itu pada seseorang.. melainkan dia mampu..
maka aku doa banyak banyak moga di beri jalan keluar dan kemudahan untuk menyiapkan muffin ini...
dan tanpa di sangka sangka kehadiran mama dan adik2 aku memang telah diatur olehNya..
syukur mereka datang! mama memang banyak tolong aku!
syukur Alhamdulillah sangat..
kehadiran mereka memang banyak membantu aku menyiapkan tempahan ini tepat pada masanya!!
Aku pun antara percaya tidak je.. dapat siapkan!
Syukur Alhamdulillah..
rasa lega seleganya.. Allah sahaja lah yang tahu..
apa yang aku harapkan...
semoga muffin muffin aku disukai ramai...InsyaAllah...

Bila mama , papa dan adik adik pulang..
tinggallah aku disini bersama adikku yang sorang lagi nih..
sekurang kurangnya adanya dia taklah aku melayan perasaan sendiri..
tambah pula..
si dia tiada di sisi...
sepanjang mama dan papa di sini.. dia tiada..
terpaksa pergi atas urusan kerja.. wlaupun berat hatinya tidak dapat bersama namun itulah yang harus di telan..
dia outstation ,... nun jauh ke negeri China...
dan mangsa pengubat rindu.. hanya gambar 'wallpaper' di telefon bimbit
dan beberapa smsnya yang berbaur rindu...

dan kini, .. saat ini dan ketika di mana masa tiidak terlalu mencemburui
jari jari ku menari nari.. di atas papan kekunci..
mengikut irama yang diciptakan sendiri..
sendiri...
dengan seribu satu perasaan yang bermain di hati..



Semoga perjalanan keluargaku selamat dan dipermudahkan..
semoga urusan di dia di sana juga berjaya dan dipermudahkan..
dan semoga kamu kamu semua sahabat alam maya ku.. sihat sihat dan bahagia sentiasa..

3 comments:

Mimy Hamid said...

abg syg outstation yer..alahai aku paham perasaan ko...rindu dendam kan..pastu ngan tak sedar nak tido teringat mengalir air mata...aku laki balik kg pun dah lain mcm hehehe...takpe relakan demi tugas..jaga diri baik baik key

p/s: tumoang bangga ko dah berjaya dengan dunia bisnes cupcakes

mummyrinazone beauty said...

amboi mcm baca novel lah plak rasanya=)

Kella said...

Mimy: holaa.. nk buat rane.. doh keje kang... tima kasih fren.. masih perlu perbaiki lagi..masih perlu lakukan yang lebih baik lagi.. thanks for support ya! =_

Wan: heheh.. novel ke..? huhuhuh... dulu ada gak cecita nak tulis novel! tapi ayat tak power.. hehe


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker