(udah jadi sticky post dah.. entri terbaru di bawah ya.. )
Assalamualaikum,
sampai berdebar debar di buatnya?
hhehhee..
kalau tiada halangan ,ini lah pertama kali aku akan mengikuti pertemuan di antara blogger blogger alam maya ke alam realiti! chewah! =P
maafla jika aku agak berdebar2 pula memikirkannya..
walaupun memang tak tahu kat mana tempatnya, dalam erti kata lain, memang tak pernah pergi belah2 sana..yelah asyik berkubang kat kelumpo aje..
tapi, tetap mahu redah juga untuk ke perjumpaan ini! InsyaAllah.. moga Allah permudahkan..
niat di hati.. ingin mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger..
bak kata Kakcik Seroja, tema yang dicadangkan ialah..
'Salam Bersambut Ukhwah Bertaut'
Pertemuan kali ni di cadangkan oleh Dato' LF (LuahFikiran) dan tempat disediakan oleh Dato' juga, ianya akan di adakan di ;
MUSOLLAH EHSAN, NO.8, JALAN 3/6F, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
Terima kasih Dato' sudi menjemput kita juga ke pertemuan ini.. sungguh nya kita amat berbesar hati.. =)
Kata kakcik jangan beranggapan ianya anjuran dari Kakcik dan juga Dato' LF , tapi anjuran yang dirancang dan akan dijayakan bersama sama kita semua...
tapi .... orang kuatnya dah tentu tentulah Kakcik, Dato' LF, Kak Azie dan kroni kroni urusetia yang lain... =)
yang bertungkus lumus merealisasikan pertemuan ini! =D
mereka sangat cool... =)
ha, satu lagi part, kepala otak ni tiba tiba je pening lak mikirkan potluck yang akan di bawa nanti!
pening sebab mikirkan tak tahu nak bawa apa!
sebab rasa macam nak bawa macam macam je!
itu nak bawa.. ini nak bawa! hehehe... (macam best je pulak!)
(jangan tiba masanya nanti tak bawa apa apa pulak sudah... ) ;p
kakcik dah senaraikan dah pun menu menu potluck tu... hihi
Apapun,
doaku...
semoga pertemuan ini dipermudahkan Allah..
setkan niat kita kerana Allah..
kerana ingin membina ukhwah sesama kita..
telah kita berkenal kenalan membina ikatan di alam blogging..
apa salahnya kita eratkan lagi silaturrahim sesama kita secara bertentang mata..
lebih banyak ilmu yang dapat dikongsi,
lebih banyak pandangan dan pendapat yang boleh dijadikan panduan,
lebih terbuka minda dan fikiran..
=)
untuk makluman, aku belum pernah ketemu blogger blogger dari luar pun,
blogger2 di kalangan kawan kawan pejabat tu sudah tentu la biasa ketemu...
so, aku nekad aja.. untuk turut serta ni.. boleh jumpa yang biasa komen2 di sini..
kakcik, Dato LF, Kak Azie, Gadis bunga, Uncle Gedek, Bujal, Fara..
dan lain lain yang kesudian...
maklumlah.. aku ni pemalu dan penyegan orangnya! (wekk! =p )
tak tahu la macamana nanti... hhuhuuu...
So jikalau ada blogger blogger di luar sana yang mahu turut serta ,
masih sempat...
sila kunjungi blog Dato' LF atau Kakcik Seroja untuk maklumat lanjut dan terus mengisi borang yang disediakan.
moga bertemua kita di sana ya.!
'Salam Bersambut Ukhwah Bertaut'
20 comments:
SALAM,
TKASIH BYK2 WAR2KAN PERJUMPAAN KITA INI .... SEMANGAT DAN HARAPAN MATHARI TERHADAP PERJUMPAAN INI AMAT LF HORMATI ..... NAK SANGAT BERTEMU DGN MATHARI. ENTRI INI AKAN LF LINK KAN NANTI
jumpa kamu di sana!
insyaallah~
jumpa jugak nanti!!! :D
InsyaAllah, kita berjumpa di sana nanti.
Pstttt... kakcik pun sebenarnya tak tahu apa nak dibawa! ;-)
Dato LF: terima kasih terima kasih... insyaAllah panjang umur ketemu lah kita nanti ya... ada perasaan tak sabar.. ada juga perasaan malu amat! hehee.. =)
Bujal : ye.. kita jumpa ya!
Gadis Bunga : =D InsyaAllah.. teruja jugak..
selamat bergader2 hoccay...!
pcl pon tak sabar nih...Salam Bersambut Ukhuwah Bertaut insyaAllah.
Laaa Kak Azie baru saja posting pasal Pertemuan Gathering, tup tup nampak entri ini.
sila.. sila!
Hehe tak penah jgk ertemu bloggr.
seronoknya Kella..mesti happening nnti kan... ;)
have fun la eh... :) :)
nak pi jugak..... :(
ahah! ahkak br sampai ke sini. moh jejumpa kt sana..nk bwk memcm? besh2...
Miloais: bergader gader erat silaturahim.. =)
PLC: InsyaAllah.. dengan izinNya..
kak Azie: hehe.. kak azie ni orang kuat ni.. =)
eidchan: kan,, kita pun sama.. jom la kita pakat datang reramai.. =)
nabilah: IsnyaAllah.. moga moga dipermudahkan... tengkiu.. =)
Deena: kalau deena di sini, pastikita akan pergi dengan deena kan! sayang deena jauh di sana.. tapi kalau deena sanggup , jom la turun sini sekali... jom! =)
Akak Ayu: jom jom! =D
nak jugak pergi.. tapi malu.. dah dkat sgt dngan rumah tuh..
tak dpt pegi, byk sgt urusan time tu...huhu...
kim salam ngan dorang yer...
Waaaa, seronoknya :)
jumpa disini pulak yee...
masih ingat lagi sama kak ain...
seronok yea dah pegi..akak nie nak usahakan gak taun depan kalau ada perjumpaan nak jumpa gak=)
Post a Comment