Syukur.. hujan sedang turun di luar sana... rasa dingin.. tapi kedinginan kurasakan bersendiri sahaja, kerana abbi berada di luar kawasan atas urusan kerja.. rindu dia.. semoga dia sukses dalam urusan kerja nya itu dan mendapat keberkatan Allah..insyaAllah..
Sehari hari ini memang penuh je jadual aku kat rumah!
berhousekeeping.. dari pagi! memang mampu mengeluarkan peluh jugak tau.. tak perlu nak berjogging ke apa ke.. pegang kayu penyapu, mop lantai. kemas rumah.. basuh kain.. sudah cukup untuk mengeluarkan peluh.. =)
Makan? masak ikan gulai tempoyak je dengan nasik! makan sorang... hmm..
oiii.. dah bebel panjang pula..
tajuknya kan macam sedap!
kali ni aku nak kongsi dengan kawan kawan resepi baru!
pertama kali membuatnya,
bukan buat hari ni, buat minggu minggu lalu, tapi biasa lah tak terupdate kan..
so, resepi kali ini ialah..
Udang goreng tempoyak!
wallaaa.. sedap weh!sebetulnya aku tak ingat di mana aku mendapat resepi ini, tapi yang pasti aku membacanya di internet dan ingat tak ingat je aku bantai buat sendiri, kebetulan stok tempoyak ada! apa salah mencuba ya!?
ok mari kongsi resepi;
Udang Goreng Tempoyak versi Kella ;p
10 ekor udang (terpulang mahu lebih ke)
2-3 ulas bwg merah(tumbuk)
2-3 ulas bawang putih (ketuk)
1biji bawang besar (hiris bulat bulat)
1 bijilada merah hidup besar
sikit hirisan lada benggala hijau
cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
Sayuran- aku letak bunga kubis, kubis, kacang panjang
1-2 sudu besar tempoyak
garam secukupnya
Cara:
Tumis bawang putih, bawang merah hingga agak wangi baunya, kemudian masukkan, hirisan lada, selepas itu sayuran.. bila sayur dah separuh masak ..kemudian masukkan tempoyak dan kemudian udang dan last bawang besar dan lada benggala..masuk garam gula secukup rasa...
rasalah ia...
siap! inilah dia... Udang goreng tempoyak .. ^__^
Cubalah!! :D
oh ya, ini rakan rakan lauk pauk..
~ aku buat juga kari ikan, kentang+tempegoreng pedas dan udang goreng tempoyak, nasi untuk 2 orang... makan depan tv, seperti biasa lapik kertas surat khabar atas karpet.. yang sorang duduk bersila.. yang sorang duduk bersimpuh.. menikmati hidangan penuh selera! masa ni kami 2 memang benar benar lapar.. tu yang sampai 3 jenis lauk! huhuhu... makan sebelum lapar sepatutnya.. tapi apakan daya.. ~
~ makan buah sepatutnya sebelum makan nasi.. tapi dah baru teringat.. lepas makan je la.. boleh buat cuci gigi.. hehe.. ~
ok itu sahaja resepi yang boleh di kongsi... boleh la cuba ya!
hingga kita bertemu lagi!
Malam ni nak buat kek moist choclate! teringin.. lama tak makan... =)
12 comments:
sy pandai makan je..nk masak sndiri xreti hehe
kella..
kak ayu dapat bayangkan saat kamu di rumah dari awal pagi tadi.. sure sibuk mengemas dan mencuci
dan.. kella... kreatifnya kamu, kak ayu tak pernah makan tempoyak tau, dan gambar kamu makan beralaskan surat khabar mengingatkan kak ayu time makan masa kecil2....
selera sangat2...
sedaaaaaap gileeeee
nk beguru bole??
heeee
Jangan rajin sangat!
Malas-malas la sikit!
ok,slmt prince bace entri kella ni slps dah lunch..klu x menyanyi2 la perut prince ni..
byk wat keje rumah..rajin betul kella ni..thumb ups =)
wah nmpk sgt sodap...kene suh wife papa mifz cubo nih...
UDANG GORENG TEMPOYAK??
ADA KE??
MCM MENARIK JER NAK TRY NI :-)
mak aihhh...meleleh air liur tgk gambar udang tu...tanpa berlengah trus capai kertas dgn pen sain resepi...weekend ni wajib try...hehhe...nnt kalo jd me buat entri ek...hehhe
redza: hehe.. ya.. itu memang kepandaian semulajadi tu.. pandai makan.. =)
Hairil: nak berguru? uisshhh.. belum layak lagi untuk menjadi guru.. kang tak pasal pasal en hairil yang jadi guru kita.. :p
UncleGedek: hehehe... ada ketika dan waktunya kita bermalas malasan.. kita bukan nya rajin sangat pong.. hehehe..;p
Prince: huhu.. nak buat camana prince... kerja tu semua memang takda orang lain nak buat, so nak taknak kita juga lah kena gerak dan buat... maid takde.. sendiri boss.. sendiri maid ler.. haha
PapaMiifz: haruussss... mesti dia akan buat lebih sedap dari yang ini! gerenti punya! =D
Lya: memang menarik lya! lya harus coba, sebang bai tu je buatnya .. nanti dah buat tepek kat blog ye... ;)
Diela: terima kaasih sudi menyalin resepinya! :) terharu...
nanti cuba buat ya... nanti kita pi tengok pulak kat blog.. =)
saya nak buat pengakuan ni; saya tak pernah makan tempoyak. bila tgk lauk kella ni serius teringin.
hari ini hari makan sedunia ke...semua hidang gambar makanan...sakit perut di buatnya...kiki
Post a Comment