Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, July 23, 2012

Resepi Kueh Gulung aka Ketayap


Assalamualaikum,

salam menyambut hari ke 3 berpuasa...

Semalam, buah kuih gulung ini untuk menu kuih masa berbuka..
mulanya nak buat puding karamel..
tapi bila suami meyebut nak makan ni..
terus aku keluar sekali lagi untuk beli kelapa parut pula..
bahan yang lain ada di rumah..

dan terus juga aku sms kat mama..
minta resepi kuih ini!

mari kongsi resepi Mama.. Kuih Gulung atau juga dikenali dengan kuih ketayap!



Resepi Kuih Gulung

Untuk intinya:

Sebiji Kepala parut muda (ambil kelapa putih sahaja)
beberapa helai daun pandan di lerai halus dan disimpul
2 karet nisan (gula manisan)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air

cara:
panaskan air, masukkan daun pandan,
 masak manisan, gula, garam, hingga cair
masukkan kelapa parut..
kacau sebati hingga airnya serasa meresap 

Untuk kulitnya:

-200ml santan pekat
-3-4 cawan tepung gandum
-1 biji telur
-2-3 sudu besar minyak jagung
-air daun pandan ( kisar pandan dan perah airnya untuk warna hijau - tapi malangnya..
pandan tak cukup, makanya buh pewarna kuning sahaja..sesekali tukar la sikit.. =)
-secubit garam
-air secukupnya..

Cara:

Gaul semuanya hingga sebati.. tidak terlalu cair dan jangan terlalu pekat.. 
sedang sedang aja..
(kata mama: tengok kat senduk pengacau tu adunan ada melekat nipis kat senduk tu kiranya boleh la tu,) 

masak atas pan tak lekat
atau kuali yang di sapukan minyak sedikit
letak sesenduk dan golekkan ia menjadi bulat dan nipis
tak perlu balik
angkat bila dah masak
kemudian, mulala mengisi inti kelapa dan gulungkan ia..


ok.. selamat mencuba...





3 comments:

nabilah_2908 said...

adik saya Si DD Didiot tu cukup gemar kan kuih ni tau..huh.. :)

Selamat Berpuasa & berbuka puasa Kella... :)

Mimy Hamid said...

kuih feberet baoak aku ni...tp kena hijau color

Ruse Sulaiman said...

Rajin memasak :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker