Assalamualaikum,
timbul tenggelam je aku ni kan!
Entri pasal papa...
kebelakangan ni aku rindu sangat kat papa..
rindu sampai bila teringat je air mata akan menitis...
even, sekarang pun sedang menulis ni pun air mata dah bergenang
huh!
ok, jangan emo.. jangan emo...~
sedang sedang aku merindui papa.. tiba tiba dengar citer papa nak datang sini~
Subhanallah..
Papa nak datang.. nak hantar achik (adik) sebab dapat kerja kat sini!
tak sangka pula papa nak datang...
aku mulanya taknak menyusahkan papa, tak perlu la datang, sebab naik bas tu.. macam susahkan dia je..
tapi kata achik papa nak datang jugak!
hmm... ya Allah...
macam tahu tahu je orang rindu kat dia...
lagipun
aku tahu, dia pun berat hati nak lepaskan achik kerja kat sini..
seboleh boleh dia mahu achik tu kerja je dekat dengan rumah.. tak yah
susah2 kerja kat kl ni.. hmmm..
Hujung minggu lalu papa datang laa!
terubat la sikit rindu di hati ni...
gembiranya tidak terkata..
syukur, dapat melihat dia.. dalam keadaan yang masih sihat..
Alhamdulillah...
banyak sungguhla bekalan yang dibawanya, kiriman dari mama lagi..
mama tak dapat datang adik sekolah..
mama siap buat pulut panggang dan feveret aku, pulut dakap! =)
mekacih mama..
malam tu papa pun sempat nasihatkan achik...
panjang lebar la jugak.. hehe.. aku dengar sayup sayup je..
dulu pun aku kena juga macam tu mula mula kerja kat sini dulu..
dan bila dia nak balik balik..
sedih mula menjengah kembali..
=(
aku kalau dengan papa ni cukup sensetif..
kadang kadang tu, dia boleh rasa apa yang aku rasa.. tanpa perlu aku memberitahu padanya..
kadang kala cuma hati yang berbicara..
teringat dulu selalu sahaja aku membuatkan hati papa terguris! maafkan daku pa..!
ouhh..
cukuplah sampai sini cerita pasal papa..
aku dah tak tahan lagi..
mata pun dah merah...
InsyaAllah.. raya haji ni balik kampung!
bersama ahli keluarga adalah perkara yang paling menyenangkan hati...
~ melihat wajah papa.. lihat.. terpampang wajah kebahagiaan.. kebanggaan.. kasih dan sayangnya yang penuh ikhlas..~
Pesanan untuk diri sendiri dah kawan kawan sekelian..
walau sejauh mana kita pergi,
walau setinggi mana kita berada..
jangan dilupa pada orang tua kita..
sesungguhnya merekalah orang yang telah melahirkan dan membesarkan kita..
dengan sepenuh hati dan keikhlasan..
takkan ada yang lain mampu menggantikan ibu dan bapa kita..
satu satunya... merekalah cuma!
merekalah selayaknya dikasihi dan disantuni oleh kita..
ingatlah segala pengorbanan dan susah payah mereka membesarkan kita hingga ke saat ini..
kawan, teman, kekasih, suami, isteri boleh di cari..
tapi ibu dan bapa.. ? itulah cuma.. tiada gantinya!
hormati dan hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini!
curahkan segala kebahagiaan dan kesenangan kepada mereka,
kerana kita tak mahu menyesal di kemudian hari atas kelalaian kita sendiri yang telah mengabaikan mereka..
kredit to halaqah.net
Ya Allah ya Tuhanku..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah ya Tuhanku,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah ya Tuhanku,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah ya Tuhanku,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah ya Tuhanku,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah ya Tuhanku,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah ya Tuhanku,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Sedekahkanlah Al - fatihah pada awal pagi atau sesudah subuh, kepada ibu bapa kita yang masih hidup atau yang telah tiada, semoga Allah sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki kita semua..
10 comments:
SALAM,
BAGUS N3 INI. ITU YANG SEPATUTNYA. MEREKA TELAH MEMELIHARA DAN BERSUSAH PAYAH MENDIDIK DAN MEMBIMBING KITA SEJAK KECIL DULU
Syukur kita masih dapat menikmati kasih dan sayangnya. Moga dapat mencurah yg termampu kebaikan buat papa kita...
sayangilah & hargailah ketika mereka masih ada. bertuah papa ada anak sebegini. setiap hari saya jumpa (di pejabat) anak yang buang ibu-bapa, tak ambil tahu kesusahan ibu-bapa mereka, ada yang tak dapat makan & macam2 kes. sampaikan kes ibu-bapa memohon untuk masuk ke rumah orang2 tuan pun ada walaupun mempunyai anak2 yang ramai & bekerjaya besar
Kakcik juga masih terbayang2kan arwah bapa kakcik. :(
LF: salam.. terima kasih, memang sepatutnya.. sedari kecil hingga sekarang, yang tak jemu2 pasal kita hanya mereka la.. buruk baik kita mereka aje yang sanggup terima..
Kak Zakie: Amin, moga moga mereka bahagia dengan kita semua, moga moga kita sentiasa berikan yang terbaik.. =)
Eelobor: sedihnya... =( apa yang membuatkan mereka ssemua tu sanggup tepikan mak bapak mrka ke rumah orang tua! moga moga Allah terus terus tetapkan hati ku ini menghargai jasa orang tua kita! yang penting, kita percaya pada Allah, kasih pada Rasul.. terus hati kita akan lembut pada orang tua kita..
sebak pulak aku rasa.. tringat kat arwah ayah..
wah...misai papa Kella... :)
semuga kita sentiasa mengingati ibubapa kita. sedih tgk rmai anak yang mernderhaka kepada parent mereka selepas sudah berjaya.
semoga menjadi anak yang solehah
assalmualaikum sayangku kella..
lama kak tak singgah sini..
rindu kamu
kak baca entry nie rasa sangat perasaan kamu., ya lah kan.. bila dah lama tak jumpa, lagilah ibubapa kita..
tiba2 datang jenguk aduhhhhhhhhh
mmg terus rasa gembira yang hingga menitiskan air mata
Post a Comment