Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, March 23, 2010

'BEEF LASAGNA' da bomm!!

Ni semua pasal tengok lasagna kat blog si Mimy lah nih! pasal lasagna beso nya tu..
huuu... meleleh aje aku tengok, aku memang sangat suka ngan lasagna ni,
tak tahan, terus cari resepi, buat sendiri! besar punya lasagna... hehehe...

Separuh ku sental ngan Mr Hubby.. separuh lagi bawak pi opis laa.. mana bleh nak abiskan.. kami berdua aje.. cheesee berketul dalam tu! satu peket mozarella abis aku tauk tau..
huhu..

Persembahkan 'Beef Lasagna' ku yang pertama kali buat ni..





.
~ a slice of yummy cheezzee lasagna..., want some?~

Mahu Resepinya? mudah dan ringkas sahaja, aku cari resepi ni dalam internet je..

(Original resepi from Kuchai FP)

Bahan-bahan:

Kulit lasagna ikut suka yg kena rebus dulu or takpayah
Mozarella cheese
Sos Daging
1 block daging kisar RAMLY ( i guna daging fresh yang dicincang sendiri, daging Ramly byk lemak dan ketul2 keras)
1 tin cendawan butang potong dadu

1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh

2 sudu besar tomato pure (i tak taruk pun)
1 tin kecik PREGRO tomato sos with basil & garlic ( i guna yg tin hijau, sekali dengan cendawan)
2 sudu sos cili ( tak taruk)
1 kuib pati ayam MAGGI ( tak perlu)
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Sos Putih

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 kotak (250ml) susu full cream
1/2 bar cheedar cheese potong dadu / parut if rajin
sedikit lada sulah & garam

Cara-cara memasak

Sos Daging
Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili boh & tumis sampai kering kemudian masukkan daging. Bila daging empuk masukkan sos pegro, tomato puree, sos cili, kiub ayam, oregano & lada hitam. Masak hingga serasi kemudian masukkan cendawan butang. Tips, mummy buat sos ni lebih rasa manis dr masin sbb nnt cheese dah masin

Sos Putih
Cairkan butter, then masukkan tepung atas api sederhana. Bila dah sebati tepung & butter masukkan susu & kacau atas api sedrhana jugak sampai pekat lepas tu masukkan garam (jgn byk) dan lada sulah. Lepas tu masukkan cheese & tutup api,

Letaklah sikit sos daging kat base mangkuk or aluminium foil supaya tak lekat mmt. Susun lasagna rapat2 kemudian lapis sos daging dan kemudian sos putih. Lepas tu tabur mozarella cheese (mama guna parmesan cheese) byk2. Lepas tu ulang ler sampai penuh mangkuk atas sekali tabur cheese byk2 jugak. Bakar pada suhu 180-185 darjah celsius selama 45 minit. Tunggu lasagna sejuk sikit supaya senang nak potong.




~ sos putih yg dah tinggal sikit je lagi baru sempat nak snap~


~ lapis pertama, kulit - daging - cheese..~


~lapis kulit lagi - letak sos putih...~


~kemudian cheese pula atas sos putih..~
Next time aku nak buat lasagna yg guna sos putih semata2 cam kat pizza tu, buat seafood plak, so takdela nampak merah2 sos tomato tu...
sebenarnya rasa terharu pun ada lepas buat ni, coz tak sangka lasagna ni boleh buat sendiri jer! yg tak tahan tu, sos putih tu cam sedap semacam jee.. uhh...
lain kali nak buat kasi lagi kaw kaw, coz yg ni cam byk kurangnya.. biasalah.. 1sttime buat...
apa lagi? (mimy ada bran?? hehe)
"Selamat Mencuba... berbaloi-baloi.. buat sendiri jer.."

2 comments:

Mimy Hamid said...

try buat ..aku beli ngan ko?? buleh laaaaaaaaaa..plsssssss

kella said...

haa.. akhirnya ko baca gak entry aku yg ni.. saje nk tayang kat ko lak! abis ko buat aku meleleh tayang lasagna segedabak gitu.. mahu tak tenteram idup aku weh..
takpe, aku nak uat sekali lagi ni, atas permintaan ramai ( hubby aku minta lagi, kwn opis mintak lagi! takpe nanti aku anta je kat ko, bagi ko rasa lak ye!)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker