Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, May 30, 2013

Kembali Bersiaran ~ Keajaiban

Assalamualaikum,

apa khabar sahabat blogger semua..
semoga semua sihat walafiat..

hari ini aku nak kongsi keajaiban aku berpuasa..
ini terjadi kepada diri sendiri sebenarnya..
sekarang kan bulan Rejab.. molek benar untuk berpuasa sunat..
mama pun dah acap kali mengingatkan aku.. untuk berpuasa sunat bulan ni..

aku sebenarnya memang rasa mustahil kot untuk aku berpuasa sunat buat masa sekarang ni..
sebab aku baru2 ni kan tak sihat..
kemudian penyakit baru pun baru dapat ni.. gastrik..
so aku hari hari pun kena amalkan makan.. makan tepat pada masanya!
kena makan! tak boleh tak makan.. huhu.. badan macam dah naik je...? huhu..
seawal pagi kan.. aku mesti kena makan..
kalo tak.. perut aku akan semacam.. mula la badan pun lemah gemalai..
tangan terketar ketar... lapoo...
ubat pun kena makan selepas makan..

tapi semalam...
aku teringatkan hari ini hari khamis..
isss... nak puasa sunat la..
baik la.. aku set jam untuk bangun sahur..
dengan lafaz bismillah.. aku berniat untuk berpuasa hari ini..
aku set jam kul 430... untuk sahur
tapi bila aku tersedar pagi tadi adalah jam 5.15 pagi..
bila aku tersedar tu.. aku kata dalam  hati, oohhh awal lagi ni... 
nak lepak golek2 dulu..
tak teringat kata aku nak bangun sahur nih! oii

bila awal pagi tadi je..lepas solat masa tgh siapkan sarapan suami..
baru aku teringat yang aku niat nak puasa la hari ni..
mungkin pagi tadi Allah kejutkan aku untuk sahur la !
uuhhhhh...
macamana ni nak posa ke tak ni...
tapi aku dah niat.. rasa bersalah pula..
tapi aku juga tak bersahur.. dapat kah aku bertahan..
nanti jatuh sakit pula..
ubat pun nak kena makan ni...
uhh...
tiba2 duk pening fikirkan hal tu kat dapur tadi, sambil kat tangan tgh standby nak makan madu lebah..

okeh!! aku set..
puasa aja!
teruskan sahaja.. kalau aku tak larat sangat... boleh berbuka... =)
Aku doa.. semoga Allah berikan aku kekuatan hari ini untuk berpuasa!
semoga aku mendapat rahmat dan kebaikan berpuasa pada hari ini..
Apa yang terjadi.. Allah lebih mengetahui segalanya..

dan Alhamdulillah..
rasa sangat lain tau kawan kawan...
ini lah keajaiban yang aku rasakan itu...
aku lansung tak rasa kelaparan!
perut aku tidak beronar..
kepala tak terasa pening2..
kuasa Allah.. :')
kalau tak aku dah menggigil nih!
terketar ketar mencari makanan....
namun,
tangan aku pun masih kuat untuk menaip.. jari jari pun laju je menari di papan kekunci ini.. =)
Alhamdulillah... syukur...

Itu sahajalah cerita aku untuk hari ini...
mungkin ini hanyalah cerita biasa biasa sahaja buat mereka yang tidak mengalami masalah seperti aku.. =)
tapi bagi aku... ini ialah satu keajaiban kekuasaan Allah..
aku yang merasainya dan aku yang mengharunginya... :')

Terima Kasih Allah...
(moga aku tetap kuat... hinggalah berbuka nanti..segala kebaikan dari Allah lah jua.. )

Subhanallah.. Walhamdulillah.. Walaa ilaa hai'llallah... WallaahuAkbar..





Wednesday, April 24, 2013

Nenek tersayang telah tiada...

Assalamualaikum,

baru dapat berita yang mengejutkan..
darah tiba tiba terasa hingga ke kepada..
tangan jadi menggeletar..
fikiran melayang layang
Ya Allah..
nenek tercinta telah pergi buat selama lamanya.. :-(
Innalillahirojiun..
Semoga mek ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Ya Allah, Ampunkan segala dosa dosa mek..
permudahkanlah segala urusan ya Allah..
semoga Kau berikan disetiap pengakhiran dengan kebaikan ya Allah..

Al fatihah untukmu.. nenda yang dikasihi selalu..

Saya pun nak telefon pintar!!

Assalamualaikum,

survey punya survey tak beli beli lagi telefon pintar yang diidam..
humm..
lagi pun fikir fikir bukannya begitu terdesak nak gunakan telefon jenis pintar ni..
sebab sedia ada pun dah pandai..cuma tak pintar je.. huhu..
telefon pintar yang selalu jadi mangsa ialah hp encik suami dan adik aku la..
selagi diorang tak bosan boleh la aku dok guna..

hari tu dah pegi tengok .. ada hp samsung Grand.. baru di pasaran..
sama besar dengan note 1 dulu.. boleh guna 2 sim.. humm menarik.. bodek bodek tokey tu.. last last tak beli.. sib baik dia pun tak kisah.. hehe.. ntah .. rasa cam berat je hati nak beli..
sayang ke duit pun ya! haha
idaman hati??
huhu.. memang dari dulu dok mengidam kat Note2 tu..
tapi mahai beno la pulak.. rasa cam tak berbaloi sangat pulak..
bek beli kameraaaa...
ntah...

kawan kawan mesti semua dah pekena telefon pintar kan??
apa yang korang semua pakai..
agak agaknya... ok tak kalau ku beli samsung Grand tu?
ada yang tahu tentang fhone ni tak?

tengkiu.. tengkiu...

=)

Monday, April 22, 2013

Chopp!!!

Assalamualaikum,

Choopp jap!!

mengantuk betul tadi tetengah buat kerja claimn ni.. so buka satu emel kawan kasi nih..
meh share kat belog la..

layann..




Dah.. dah.. sabung keje balik!!
mata pun dah segar sikit lepas minum air tenaga ni! =D

(humm.. tak sampai 5 minit pun hapdate belog... so sape yang kata nak hapdet belog kena amik masa yang panjang nih..
oppsss! aku ler tu.. ngeh.. ngeh.. )

Friday, April 19, 2013

Brand Nu: Soft Cookies

Assalamualaikum,

Lama dah tak cerita pasal makanan kan...

meh nak cerita tentang cookies terbaru keluaran Kay La's Homemade ( echeche..)
sebelum ni dok berkecimpung dengan choc chip cookies sepanjang zaman tu kan..
ni nak tambah produk sikit.. dengan soft cookies.. biskut lembut.. lembut je bila di gigit.. tidak serangup seperti biskut2 biasa..

Memperkenalkan...

Chocoholic Cookies....

~Penuh dengan rasa coklat melata.. kukis yang rangup di luar.. lembut di dalam, cair di dalam mulut dengan rasa coklat penuh...~

  
Dan..

Smarties Cookies  
(tak tahu nak letak nama apa sebenarnya.. ada idea tak??)  =)

~rasai kelazatan kukis yang unik dengan gigitan rangup yang sarat dengan smarties yang cair di mulut.. =) ~


Aku buat ni semua bulan lalu..
sempena mengikuti baazaar jualan  dengan sahabat..
Alhamdulillah..peluang untuk kenalkan pada kawan kawan kat luar sana.

~Presentation meja kami... simple je... ~

~dalam botol panjang tu.. adalah bahan bahan untuk membuat asas cookies, dan telah dipadatkan. jika nak buat kukis, tuangkan sahaja, dan campur dengan butter dan telur semua... senang je.  Lapisan, Tepung, Oat, ChocChip, Badam, Gula perang, Gula putih..   Tengok... Red Velvet in a jar pun ada.. = )  ~


Ada yang teringin nak rasa kukis saya??!

=)



Thursday, April 18, 2013

Doa ku Untuk Suami Tercinta





Assalamualaikum,


Moga kita semua dirahmati Allah..



Wednesday, April 17, 2013

Kerana mu anak.. =)

Assalamualaikum,

terasa ingin kongsi di sini..
Hari ini kena scan lagi, untuk periksa kesihatan..
lepas tu, doktor beritahu, perlu sambung rawatan lagi, kena ambil ubat lagi..
alamak!! mesti kena ratusan lagi ni...
terus check duit dalam beg ada RM 253 je.. rasanya tak cukup ni...
terus aku berpeluh di situ..
selongkar2 dalam beg, biasanya terjumpa gak barang sepuluh dua.. tapi kali ni tak jumpa laa..
hummm....
tak sangka plak kena sambung ubat, sebab ingatkan cuma pemeriksaan biasa tu yang tak bawa lebih..
kredit card VISA dah beri pada hubby masa dia nak outstation..
tinggal AMEX je.. kat sini tak terima pulak...
nak call adik suh bawa mai duit pun hp aku tiba tiba abis battery...
huih... buntu jap!
dan tiba tiba namaku di panggil..
" cik sila bayar kat kaunter pembayaran dahulu dan datang kembali dengan resit untuk ubat"
aku pun terus menuju ke kaunter..

tet.. tett.. tett.. kira kira.. orang tu pun maklumkan.. RM 287!

alamak.. sah sah la tak cukup duit..
tapi aku bukak juga beg duit.. dan kira kira kat depan dia..

humm tak cukup ni...

orang tu pun cakap..
" bayar guna kredit kad pun boleh.."

"tapi encik saya ada AMEX je.. tak boleh kan?"

"takpe la, saya datang kembali untuk ambil ubat, sebab duit saya tak cukup, tak tahu kena ambil ubat tadi.."
Humm.. jenuh la pulak.. nak turun naik.. parking bagai.. getus dalam hati je..

tiba tiba dia ternampak kot kad Maybank aku..

" haaa.. tu kad tu pun boleh guna.."

"Debit kad boleh ke? setahu saya hari tu tak boleh??"

" ooo.. baru je dibolehkan ni.. baru minggu ini kami terima Debit kad.."

ouhh... syukur banyak laaaa..... alhamdulillah...
tak perlu la aku nak menapak sekali lagi...
syukur2...

Makanya terus sahaja di swipekan kad debit aku itu..
maka berkurang la lagi duit didalam nya..
waaa.. minggu ini sahaja ratusan ringgit dah dikeluarkan..
tak mengapalah..
semuanya demi kamu wahai si anak..
mungkin rezeki wang yang Allah kurniakan baru baru ini adalah untuk tujuan ini juga...
Alhamdulillah...

sesungguhnya aku hanya mampu berdoa, berusaha seterusnya bertawakkal..
selebihnya hanya Allah yang tentukan..
rahsia Allah.. tiada siapa yang tahu..
aku bersyukur segalanya... =)

























Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker