Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, May 29, 2011

Nak minta tolong

Assalamualaikum,

aku nak minta tolong kawan kawan beri pendapat..
dah berapa kali kuar masuk ke kedai letrik, kedai kedai yang jual jual ni.. tapi masih tak dapat buat keputusan.. ishshh... macamana?

aku nak beli dapur.. sebenarnya lebih kepada oven..
dalam fikiran dari dulu lagi, memang nak beli yang Zanussi yang atas dapur, bawah oven tu, sebab utama dia pakai gas je.. aku lebih suka guna gas dari eletrik.. lagipun ovennya tu besar jugakkan?


tapi sekarang dah berbelah bahagi..
survey punya survey.. dalam internet pun byk citer pasal oven europa Valencia yang jet cook tu..
tapi oven ni pakai eletrik..
aku tak tahu la sekarang ni nak buat keputusan nak beli yang macamana
terukkah penggunaan eletrik untuk penggunaan oven europa ini?
ada sesiapa yang tahu?


boleh la tolong aku..
korang rasa yang mana lebih berbaloi untuk beli?
apa kelebihan antara 2 jenis dapur ni.. atau ada jenis lain?
aku memang dalam dilema ni.. aku sebenarnya taknak guna eletrik punya sebab takul bil eletrik naik ! :p hehe..
aku bertujuan untuk pakai lama... kot nak lebih serius dalam bisnes  ke.. mesti la nak pakai yang besar tak..
tolong ya, kalau korang ada apa apa cadangan atau pendapat boleh la dicatatkan di ruangan komen yang disertakan di bawah..

terima kasih banyak banyak!
=D

Wednesday, May 25, 2011

Kek Coklat Kukus Lembab, mudah!

Assalamualaikum,
Keknya dah habis..buat 2 hari lepas.. teringin nak makan kek coklat sebenarnya.. tapi  tak mahu makan yang beli.. tak puas.. jadi buat le sendiri...godek godek buku resepi.. ada resepi yang simple..
hari ni baru sempat nak postkan resepinya...
aku nak kongsi dengan teman teman semua sebab kek ini sangat senang, mudah, ringkas.. dan sedap laa! lalalala..  =)

 Kek Coklat Kukus Lembab

1 cwn tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1sk baking powder
1 kotak susu coklat ( 250 ml)
2-3 biji telur
1 cwn gula halus
1/2 cwan butter/ mentega
3sb susu pekat
1/4 cawan minyak masak
1sk esen vanila
(kalau taknak guna butter masukkan 1cwn minyak.. ganti butter tu..)


cara;

-pukul gula, butter, dan masukkan telur, kemudia esen, masukkan tepung, serbuk koko, baking powder perlahan lahan... kacau..
-masukkan susu coklat dan last sekali minyak..
- kacau rata..
-setelah kukusan panas, masukkan adunan tadi..
-kukus 23-40 minit.. =)

toppingnya;
3-4 sb susu pekat
1/4 cwn serbuk koko
2sb butter
2sb susu segar

iya..

inilah hasilnya...
sepiring kek ini ialah untuk jiran sebelah.. =)

~ tapi ini kek aku tak buat toppingnya pun... m.a.l.a.s. .... hehehe... tak sabar nak ngapp!~


selamat mencoba pada sesiapa yang mahu mencoba..




~Oh ya, lagu yang sedang ke udara di blog ini sekarang ialah.. Rapuh nyanyian Opick 
hayati ...


Gempar!!

Assalamualaikum

Selepas digemparkan baru baru ini tentang status halal yang diragui di secret resepi, hari ini aku dapat 1 emel dari sahabat tentang sejenis 'butter' yang telah disahkan tidak halal!



ianya ialah Golden Churn Butter keluaran newZealand!



sebenarnya aku juga mempunyai stok butter ni! ada 1 tin tak digunakan!
dah lama beli, tapi aku tak guna guna lagi.. mungkin disebabkan harganya memang agak mahal, makanya aku bertangguh tangguh untuk menggunakannya!!
mungkin inilah rahmatnya!!
balik nanti aku nak amik dan bagi sahaja kat Kak Chan kat pejabat ni! dia sahaja mangsanya..

berhati hatilah teman teman sekelian...
aku dapat emel ni  terus aku post??
cepat je nak post! tak check betul ke tak lagi, aku dah tengok surat tu, betulla tu kot..
walaupun tidak ada lagi secara rasmi di sebarkan dalam akhbar ke tv ke radio ke.. tapi aku rasa menda haram ni baik je aku bagitau cepat cepat maklumat ni kat kawan kawan...
kot baru je nak buka tin pakai ke.. ape ke..
ape pun,
tapi nanti aku nak semak lagi.. kot ada bukti lain akan ku sebarkan ok!

terima kasih.


Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

ohhh..ohh...
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...

:'(



Saturday, May 21, 2011

Cuba lah, Gerenti Sedap!!

 Assalamualaikum..


Syukur.. hujan sedang turun di luar sana... rasa dingin.. tapi kedinginan kurasakan bersendiri sahaja, kerana abbi berada di luar kawasan atas urusan kerja.. rindu dia.. semoga dia sukses dalam urusan kerja nya itu dan mendapat keberkatan Allah..insyaAllah..

Sehari hari ini memang penuh je jadual aku kat rumah!
berhousekeeping.. dari pagi! memang mampu mengeluarkan peluh jugak tau.. tak perlu nak berjogging ke apa ke.. pegang kayu penyapu, mop lantai. kemas rumah.. basuh kain.. sudah cukup untuk mengeluarkan peluh.. =)
Makan? masak ikan gulai tempoyak je dengan nasik! makan sorang... hmm..

oiii.. dah bebel panjang pula..
tajuknya  kan macam sedap!

kali ni aku nak kongsi dengan kawan kawan resepi baru!
pertama kali membuatnya,
bukan buat hari ni, buat minggu minggu lalu, tapi biasa lah tak terupdate kan..
so, resepi kali ini ialah..
Udang goreng tempoyak!
wallaaa.. sedap weh!
sebetulnya aku tak ingat di mana aku mendapat resepi ini, tapi yang pasti aku membacanya di internet dan ingat tak ingat je aku bantai buat sendiri, kebetulan stok tempoyak ada! apa salah mencuba ya!?

ok mari kongsi resepi;

Udang Goreng Tempoyak versi Kella ;p
10 ekor udang (terpulang mahu lebih ke)
2-3 ulas bwg merah(tumbuk)
2-3 ulas bawang putih (ketuk)
1biji bawang besar (hiris bulat bulat)
1 bijilada merah hidup besar
sikit hirisan lada benggala hijau
cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
Sayuran- aku letak bunga kubis, kubis, kacang panjang
1-2 sudu besar tempoyak
garam secukupnya

Cara:
Tumis bawang putih, bawang merah hingga agak wangi baunya, kemudian masukkan, hirisan lada, selepas itu sayuran.. bila sayur dah separuh masak ..kemudian masukkan tempoyak dan kemudian udang dan last  bawang besar dan lada benggala..
masuk garam gula secukup rasa...
rasalah ia...

siap! inilah dia... Udang goreng tempoyak .. ^__^


Cubalah!! :D

oh ya, ini rakan rakan lauk pauk..
~ aku buat juga kari ikan, kentang+tempegoreng pedas dan udang goreng tempoyak, nasi untuk 2 orang... makan depan tv, seperti biasa lapik kertas surat khabar atas karpet.. yang sorang duduk bersila.. yang sorang duduk bersimpuh.. menikmati hidangan penuh selera! masa ni kami 2 memang benar benar lapar.. tu yang sampai 3 jenis lauk! huhuhu... makan sebelum lapar sepatutnya.. tapi apakan daya.. ~

~ makan buah sepatutnya sebelum makan nasi.. tapi dah baru teringat.. lepas makan je la.. boleh buat cuci gigi.. hehe.. ~

ok itu sahaja resepi yang boleh di kongsi... boleh la cuba ya!

hingga kita bertemu lagi!

Malam ni nak buat kek moist choclate! teringin.. lama tak makan... =)

Thursday, May 19, 2011

Sedang Buat Apa tu.. ?

Assalamualaikum..
Apa nak jadilah dengan belog Mathari ni kan..
prestasinya makin menurun!
bukannya susah pun, bukak belog dan taip sahaja apa apa perkataan... dah boleh jadi satu entri! kan?
kalau la semudah itu... hmm..
menulis belog juga memerlukan mood.. memerlukan masa..
kerana setiap entri itu akan mempamerkan kewibawaan belog itu sendiri..
memberikan sesebuah belog itu punyai kualiti tersendiri dan bukannya langgar lari.. ;p

entah apa bicara aku di petang ini?
mungkin sebab baru lepas makan coklat cadbury pemberian Ezura tadi..
atau mungkin juga lepas kena tegur dek kawan yang perasan tentang nasib belog ini yang tidak berupdate kebelakangan ini.. tak sangka kamu perasan ya mimy

apa nak cerita lagi!
oh ya,
kamu tahu apa nama buah di bawah ini?





















Tahu ke?

ini ialah buah Nona... ada tertanam pokok ni kat rumah mak abah di bt gajah..
aku pada mulanya tak minat makan.. tapi bila dah rasa..
hmmm sedap pulok.. aku suka makan tika sejuk sejuk.. baru keluar peti ais.. sedap.. :)

















~ Begini lah rupa isi di dalamnya.. teksturnya seperti buah Belanda, rasanya pun lebih kurang je, cuma buah nona ni dia ada semacam bau wangi yang lain dari yang lain.. =)

ok! so petang ni korang dah tahu satu lagi jenis buah buahan, gembira tak? ;p

itu sahaja yang mampu dicoretkan di sini pada petang ini!

ikutkan nak cerita tentang Macaroon yang aku belajar baru2 ni, dan percubaan pertama membuat macaroon.. tapi..tunggu di next episod la ya!



Tu dah jadi pun satu entri tu.. =)

Monday, May 16, 2011

Loken atau Lokin atau Memory Lane

Ada sesiapa yang pernah pegi Lokin? kalau orang Perak terutama yang dok Ipoh mesti tahu Lokin punya..
atau dikenali dengan Memory Lane... atau Gerbang Malam di malamnya? ye ke?

Aku memang suka tempat ni! itu aku lah, tak tahu lah orang lain, tapi aku rasa ramai orang pun suka tempat ni, tapi ada jugak di antara kawan2 aku tak suka tempat ini, katanya tempat orang jual sampah! isssh, ada ke? hanya jauhari mengenal manikam..

aku suka tempat ni sebab ada banyak barangan klassik, barang pelik2, barang2 unik, barang barang yang boleh buatkan aku mengimbau masa lalu.. zaman kanak kanak.. pendek kata barang barang lama yang dijual samada tersangat mahal atau tersangat murah.. =)
tapi sekarang ni, dah banyak barang  barang lain turut di jual, dan makin besar dan Lokin ni, dah ada orang jual buah, pakaian, selendang.. dan macam2 lagi lah!

macam aku ni memang le suka.. sebab aku memang suka kat barang barang klassik, unik yang memang sukar untuk diperolehi zaman sekarang..


~ macam macam ada.. meh main 'cari barang tersembunyi' meh! ~


~ hai.. teringin nak telefon antik yang itu!! mahal weh....~

~ haa.. ini kegemaran aku le nih! tu tengok tu tangan aku le tu dok milih pinggan lama.. best!~

~ ini adalah barang lama, klassik yang paling besar kot kat Lokin ni!~


~ dan ini ialah aku punya! berjaya beli 3 besar, 3 kecil dengan harga yang cukup memuaskan hati selepas sesi tawar menawar! tersangat la murah hai..kondisinya pun masih elok dan cantik..~

nanti nak balik lagi, nak pegi Lokin lagi! geee... :D



Jom lah, pada sesiapa yang belum pernah pergi boleh la pergi, oh ya! Lokin hanya di buka pada hari Ahad sahaja ya.. ingat tu.. =)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker