Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, October 2, 2010

Its Fresh, hot!!

masa gambar diambil.. ya memang tengah hot..
tapi masa ku menaip.. ntah dah tinggal byk mana pun..
ini namanya kek marble..
resepi istimewa dari sepupuku..
Mentega/Buttercup 250 gram
Gula Perang 200 gm
Tepung 220 gm
Telur 4 buji
baking powder 1/2 sk
Soda bikarbonat 1/2 sk
serbuk koko secukupnya
esen vanila 1sk
cara2: pukul butter + gula= sebati
Masuk Telur+esen vanilla
Tepung+soda+Baking Powder, ayak sekali kedalam adunan tadi
bahagikan 2 bahagian, koko dan biasa
lapis dalam loyang selang seli.
bakar..
dalam 30-45 minit.
siap. Terima kasih..
IringJeling: tinggal sikit.

Friday, October 1, 2010

Hujung Nyawa

Kematian pastikan menjemput kita semua,

aku baru sahaja menerima berita tentang kematian suami salah seorang kakak sepejabat di sini..

berita itu agak mengejutkan apa lagi bila aku selalu sahaja melihat suami kakak ni setiap hari, tak pagi.. petang, sebab hari2 dia akan hantar dan mengambil pulang kakak ni dengan menaiki motor.. arwah suami kakak ni memang telah berumur linkungan tengah 50an mungkin, aku selalu bahasakan 'pakcik' shj.

Kematian disebabkan kemalangan, jam lbh kurang 11 pagi tadi, sekarang masih di HKL, aku tak tahu bgaimana cerita selanjutnya, cuma menunggu khabar dari rakan2 bila mereka pulang nanti..

Takziah aku ucapkan pada keluarga akak Shaadah, kita sama2 doakan semoga rohnya tenang di sana.. moga mendapat berkat Jumaat hari ini.. ditempatkan kalangan orang orang beriman..

*********************************************************
Sentap juga,bila difikirkan jika aku yang berada di tempat akak tu..
tak dapat ku bayang..
air mata bercucuran..
sebak..

terbayang juga orang tuaku di kampung yang selalu juga menaiki motor,
sentap...

Namun kembali ke hakiki, semua manusia akan pergi jua, aku dan kau cuma menanti hari..kerana semakin bertambah hari, semakin berkuranganlah hayat kita di dunia ini..

*****************************************************
Teringat aku dengan cerita semalam, seorang sahabat menangis teresak-esak akibat di herdik, dimarah oleh bosnya! takda angin takda ribut, dia kena tempias orang tua tu! dengar cerita ada satu projek luar negara gagal, makanya dia geram, tak dapat lepaskan pada orang lain, maka dilepaskan pd hamba Allah yg tak berdosa ni! dia panggil kawan tu masuk bilik untuk tolong tengokkan program komputernya yang rosak! tak pasal2 disemburnya budak ni bertubi2,

kata akhirnya mengugut,
"kalau kamu tak puas ati, pergila report polis, pergi bawa ke mahkamah! ingat aku takut?"
agaknya dia dah rasa dia buli budak tu teruk sangat sampai budak tu nangis.. tu yang dia kata begitu... tapi berlagak siott!!
umum mengetahui bosnya ini memang tak bertimbangrasa orangnya!
menganggap dirinya alim, serba serbi tahu tentang agama, khatam Quran berapa kali, kalau bercakap dengannya, apa dalil yang dia tak tahu!
tapi! MasyaALlah... berlagak nak mamposs! (astagfirullah..)
aku tak pernah jumpa orang sebegini!dia memang ada pangkat Dato', orang kenamaan, kaya raya.. tapi lupa diri..
yang lagi pelik, dia tak pernah nak menyalahkan dirinya, baginya apa yang berlaku adalah petunjuk dari Allah untuk melindungi dirinya!
bayangkan sampai satu tahap, 11 orang semuanya berhenti kerja! bukan calang2 orang, semuanya ahli2 lembaga, orang besar2 juga, tapi dek kerana kesombongannya dia kata..
"aku ni hari hari semayang, hari2 doa dengan tuhan,mintak petunjuk yang benar.. kalau sesiapa ada niat tak baik dengan aku, buat jahat dengan aku, Tuhan akan tunjukkan orang itu rasa panas..dan orang itu akan pergi (berhenti kerja) dengan sendirinya tak perlu aku buang, dia akan pergi dengan sendirinya"jadi, baginya sesiapa sahaja yang berhenti kerja itu dianggap petunjuk dari Tuhan untuk jauhkan dari dirinya dari orang2 tak baik ini!
pulak?!itu katanya, makanya dia tak perlu rasa bersalah apa2!
dia ketuk kepala orang..
dia herdik orang depan orang ramai..
dia maki orang..
Astagfirullah...
Dia fikir dia memang tak pernah salah, betul je memanjang, yang salah ialah orang lain!
aku pun tak faham la ada juga orang macam ni!

masa raya hari tu, dia buat rumah terbuka!
dia suruh buat kat rumah dia!
tapi tahu apa? barang makan semua beli, pinggan mangkuk semua beli.. pakai duit siapa? bukan duit dia tau.. dia 'claimn' dengan ofis tau! masyaAllah.. semua orang yang datang tu ingat memang di sediakan dirumahnya lah, tapi semuanya pakai duit pejabat... ufff.. baik tak payah buat rumah terbuka! Astaga...
pastu dikerah paksa pekerja2 kemas2..bersih2..arah buat itu buat ini.. padahal pembantu rumah bersepah..

betul la ada sepotong ayat dari surah Yaasin:
"Dan Kami letakkan di hadapan mereka dinding dan di belakangan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehingga tidak dapat melihat." (QS. Yasin [36] : 9).


kaya tara mana pun, tinggi tara mana pun, pangkat tinggi mana pun, bila sahaja menemui ajal, semua nya itu tak berguna lagi! bukan boleh bawa mati! entah.. mungkin dia 'tak nampak' lupa yang hidup ini hanya sementara..

kekayaan dan kesenangan yang diberi oleh Allah itu adalah untuk membantu orang, kerana ada rezeki orang lain di situ..

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"
(Hadis Riwayat Thabrani)

Puding Karamel Hari Raya

Semalam chatting dengan Kak Ayu Citarasa Rinduan,
borak2 saja tanya resepi puding karamel ni sebab nak buat untuk jamuan hari raya b di pejabatnya, resepi asal memang ada, tapi mcm tak syok je..

Kemudian Kak Ayu sarankan supaya jenguk kat blog Chef Mat Gebu..
cari resepi disitu..

ya.. memang betul!
Citarasa Rinduan memang tepat dengan Dapur Tanpa Sempadan..

dengan mengikut tunjuk ajar Chef Mat Gebu , maka terhasillah olahan..



Resepi kita amik dari blog CMG ya! tq..

Bahan-Bahannya:-
6 biji telur (kita buh 10 biji, sebab nak buat byk!)
80 g gula halus (kita buh 100 gm gula ising)
25 g tepung kastard
15 g tepung jagung
410 ml susu cair (kita buh lebih, 1 1/2 tin susu cair)
410 mk air ( kita lebihkan sikit airnya)
1 camca teh esen vanilla (kita buh 2ct) ;p
( lepas tu, kita tambah juga susu pekat 1/4 tin)

80 g gula halus* (kita buh 100gm)
100 ml air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-

1.Dalam satu bekas, pukul telur dan gula hingga larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastard. Tuang susu cair, air dan esen vanilla. Gaul rata dan tapis adunan, ketepikan.
2.Masak gula dengan air sehingga menjadi karamel kuning keemasan. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan mentega. Ratakan. Tuang no. 1 dalam acuan dan kukus 35 - 40 minit.

aku tuang dlm bekas kecik2 tu, senang orang nak makan.. sudu je, sediakan sendiri..heheheh..

terima kasih kat Dapur Tanpa Sempadan Chef Mat Gebu yang sudi berkongsi resepi..
Murah rezeki hendaknya.. :)

IringJeling: Tadi, ada bawa lebih untuk teman2 di pejabat, masuk dalam peti sejuk dulu, kemudian bagi mereka rasa... Alhamdulillah.. mereka kata sangat sodap! lemak berkrim disukai ramai.. hehe..Alhamdulillah.. tak cukup pula, mereka suruh buat lagi.. hihihi.. syukur..
mintak2 orang kat opis b pun suka lah, minta2 keadaanya elok la, sebab perjalanan ke opisnya tu dengan naik motonya, mesti keadaannya dah tak seindah sebelumnya.. semoga dirahmati..

Rezeki Antik lagi

Telah lama ku idamkan ini
akhirnya tercapai hajat di hati untuk memilikinya!
Alhamdulillah...

Aku dapat set telefon lama ni.....
suka...
Terima kasih Mr 'M' (nama terpaksa dirahsiakan, pemberi tidak mahu nama disiarkan.. :)
dan  ianya sebenarnya masih boleh digunakan, cuma kena tukar wayarnya sebab dah lama dan uzur...

tambah lagi koleksi barang antikkoo...
Alhamdulillah..

:)

IringJeling: asyik dok main pusing pusing nombor.. sreeeett.. sreeeeett..

Sunday, September 26, 2010

Rezeki Antik Syawal

Alhamdulillah..


semasa balik kampung Tok dan Nenek di Kuchai, Bota Kiri Perak pula.. kami mendapat rezeki ini..
mula nya b buka almari lama Nenek, cadangnya nak amik gambar sahaja.. maklumla.. kami peminat barang barang lama ni, bila melihat teko lama ni terus teruja, maka sesi mengambil gambar pun bermula la..


pastu, Mak tiba2 datang, tumpang melihat kami yang tgh leka mengambil gambar, nenek pun sekali bercerita tentang brg2 lamanya..

tiba2 mak berkata...
" kalau dah suka sangat, mintak la dengan nenek tu..."

terus pula nenek berkata..
" iye ler.. kalo kome dah suka.. amik la!"
( wah.. jwapan tak di sangka2 tu.. biar betul.. betul ke ni..? tapi aku walaupun hati melonjak gembira, tapi masih leh kontrol..kontrol.. dan terus berkata..)
" eh, takpe, kami nak amik gambar je ni,"
b pun nyampuk.. "haah, kami suka, saje nak amik gambar je.."


pastu dengar mak kata,
"nenek dah kasi tu amik je la..."
(masa ni aku dah tercuit-cuit peha b dah.. tapi masih kontrol lagi.. hahhahaha... excited tu..)
"haah.. amik je la, kalau kome suka, jaga la elok2.."

wahhh.. apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya,
dengan malu2nya aku dan b menerimanya.. ":D



tengok lah.. cantikkan?
pastu tetiba nenek bawa keluar juga pinggan yang sedondon dengan nya...
hahaha.. wallaweh...
cun siot..! i like sangat!

maka halal la kami mendapat teko lama ni pemberian MakTua (nenek)
Terima kasih tak terhingga...

tak sempat nak singgah pasal karat LOKIN kat Ipoh! uiih... kat situ byk brg lama woo... pandai cari, pandai tawar2 dapat le rega berpatutan.. :)


IringJeling: nak sangat set cawan kaca lama yg kaler ijau2 jed tu..

Friday, September 24, 2010

Syawal dan 'Bedil Haram'

 masa kat kampung berdentum dentam bunyi mercun,
orang kata, kalau raya tak ada mercun tak cun..
orang kata la..

tapi sekarang nak main kena tengok kiri kanan juga kan..
kot2 polis tangkap! kerajaan haramkan main mercun kan?
ianya satu kesalahan

kat kg aku stok mercun cam senang je dapat..
siap dapat separuh rega.. shhhhhh...
maaf ya jgn soal siasat aku mana stok boleh dapat!
aku tiada kena mengena! lalalala..

apa pun, bagi aku berpada padalah ketika bermain, apa pun kena sentiasa beringat, jangan gembira sangat sampai tak ingat dunia! niat main hanya untuk suka..suka.. bukannya main sebab terikutkan/ menyerupai budaya agama bangsa lain..
fikirkan orang sekeliling juga, timbangrasa, jgn bom tak tentu pasal, kesian mereka yang punya anak2 kecil.. org tua.. tu, terkejut dibuatnya!
lagi, tak perlu la nak terlalu kreatif motif! lain jadinya! yang banyak kes berlaku tu sebab kreatif sangat lah!
buruk padahnya.. tak pasal2 beraya di hospital..

aku setakat main main mercun je..
takdalah sampai ke meriam buluh..
dengar dari jauh je, diorang lawan lawan main meriam antara kampung sebelah..
seronok juga dengar cerita papa aku dan pakcik2 ku masa dulu dulu.. meriam buluh tak boleh tinggal! main belakang rumah, pastu kena kejar ngan nenda kami.. huhuhu..

" b jom main 'bede' !"
''main apa kebenda??"
"Main 'bede' la.."
"apa menatang 'bede' tu?"
"hahaha.. main Bedil la.. main mercun.. sini panggil 'bede'..bedil... :)


IringJeling : kata b ''udah ghupe macam kat palestin , dumm damm dumm damm.. sana sini..agaknya kalau orang palestin datang sini mesti pelik, aiii... suke beno main bomnya..!"
 
atte nye...
 
 
 

Thursday, September 23, 2010

Meraikan Syawal...

Serius....


kandid!!


Lelaki ku..


Wanita ku..



2 keluarga, anak sulong dan anak bongsu nenda.. keluarga lain tak sempat nak snap.. semua dah beraya, kalau tak mmg penuh rumah.. :)


Mama buat Nasi Tomato, Nasi himpit, ketupat rendang untuk hidangan hari raya..

Alhamdulillah..kenyang..

sebahagian sajianya..


tak lupa jugak tapai... mama buat juga.. manis letting! :)



ada satu gambar mesti ada!hahaha...




ok jom beraya!

iringJeling: post!


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker