Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, July 6, 2010

Amboi.. amboi.. amboi.. amik kesempatan ek?

(Gambar dari emel seorang rakan..)



buat ape tu.....!!!!!


Rezeki Berblog: Terima Kasih MzHany!!

Sebenarnya lama sudah ku mahu postkan entri ini,
sebab bulan lepas dapat ni!
tapi hari ni baru boleh upload gambar!

Rupanya berblog ini sangat best!
dapat ramai kawan!
dapat byk info!
dapat kongsi cerita!
boleh dapat duit..( tapi aku belum penah lagi.. )
boleh masuk kontest, kalau menang dapat hadiah! ya aku penah menang satu kontest awal tahun ritu!
dapat isi masa terluang, dari dibuang menpot pet pot pet.. huhu..
dan terbaru..
dapat makanan!!!

terima kasih pada Hany!! kerana sudi kasi kuih kering ini!
import dari pantai timur nih!
susah-susah je Hany post ke sini!
wehh.. bukan senang wehh.. orang nak susah siapkan, nak bungkus lagi, nak hantar ke pejabat pos lagi! nak timbang bayar berapa lagi..
uihhh... Terima kasih tak terhingga kerana susah begini untuk hantarkan ini!
Terima kasih.. murah rezeki aku dapat makan ni dan murah lagila rezeki si Hanny yang bermurah hati menghantar ni!
Aku sangat2 menghargainya!
ketahuilah!


IringJeling: korang ignorekan aje meja ku yang bersepah2 itu! huh!

Monday, July 5, 2010

Isnin Ini

waaahhhhh.... tetiba aku telah ditimbuni dengan kerja yang sangat banyak!

so kena cepat buat, sedang otak tengah fresh nih!

sambil buat kerja, sambil aku berjalai jalai ke blog korang ya!

So, selamat bekerja juga untuk semua !

kerja dengan amanah! supaya rezeki duit gaji tu nanti lebih berkat! Amin..

nah layan gambar di bawah ini, aku dah pernah post! tapi mahu post lagi, sebab tadi ada orang masuk bilik ini katakan yg gambar ini sangat mengujakan! hahahahaha! (aku print hari tu, lansung dia terjumpa di atas meja ku yg berkecamuk ini! ;p ) so terasa teringin nak post sekali lagi! :) takpe kan....


kepada semua perempuan-perempuan milikku

Perempuan-perempuan itu adalah adik adikku..
sungguh sebagai kakak aku sedikit sebanyak terbeban dengan pangkat ini..
sungguh hati ini sentiasa memikirkan mereka ini
semakin dewasa mereka, semakin pula hati ini sibuk
sibuk memikirkan tentang perlakuan mereka
sibuk memikirkan tentang pergaulan mereka
sibuk memikirkan persekitaran mereka
pembawakan mereka..
Aku harap, kamu adik2 ku tidak jemu, bosan dan marah dengan kesibukan aku ini..
terhadap kamu..


kamu semua jauh..
jauh merantau, menimba ilmu
ku harap kau
jagailah batas2 pergaulanmu
jagalah maruahmu, air mukamu, sebagai perempuan
buka mata, buka minda! supaya kamu jelas boleh melihat hiruk piruk kehidupan ini dan dapat mengawal nya dengan bijak!
kuatkan hati, teguhkan iman
supaya boleh menepis segala rintangan dan ranjau hidup yang berliku liku ini..


Ingat Allah itu Tuhan yang sentiasa Ada setiap masa untuk kamu berharap
kerana kau hambaNya seabadinya
ingat keluargamu yang sentiasa ada di belakang memberi sokongan!
kerana kau permata yang amat bernilai buat keluargamu

Aku sayang kamu semua!!



Peluk Cium...



~ alang, ayu, along, achik~






~Lah, Hani & Achik, AYu~


IringJeling: aku risau wehh.. zaman sekarang, tengok pula berita2 yg tak best tentang budak2 pompuan sekarang! aku risau adik2 aku weh, moga Tuhan melindungi mereka.. Minta Tuhan jauhkan perkara2 yang tak elok kepada kita semua.. Amin..

'Bantal' Tiada!?

5 malam lah aku akan tidur tidak berbantal..

entah bagaimana tidurku nanti..

entah nyenyak entahkan tidak..

kalau mengigau nanti bagaimana?

bantal itu tiada untuk menepuk ku! (ya, 'bantal' itu boleh menepuk..)

hmmmm... rindula aku pada bantal itu..begitu juga rindulah aku pada si tuan punya bantal itu..

arrggghhhh!!


IringJeling: Teman sekatil outstation! dah tentu2 bawa sekali 'bantal' itu... itulah nasib orang yang tidur berbantalkan lengan!

peace!

Ketik Kad Awal Hari Ini

Assalamualaikum,

Hari ini aku 'punch card' awal kul 7.07 pagi hari ini! keadaan di opis masih gelap ketika itu! (yelah sebab belum buka lampu! ;p)

sekian berita pagi ini!

Friday, July 2, 2010

Sedih weyyy..!!

sedih menyelubungi jiwa...

sebentar tadi aku menerima mesej dalam FB dari seorang sahabat lama!
Bermula minggu lepas..
dia yang aku cari2 selama aku berFB, akhirnya ketemu minggu lepas! aku si 'excited' ini pantas meng'add' beliau dan menghantar mesej betapa dia ku cari-cari selama ini. Rindu.

Beliau 'approve', dan aku gembira!
namun tiada balasan di bahagian mesej, sehingga lah hari ini! tadi.
perasaan berkobar2 gembira ingin membuka mesej itu..
terfikir apalah yang di balasnya pada aku! tentu dia pun teruja seperti aku!

namun setelah melihat ayat ini..

"slm..eh cik Mai ader no x? awak tau dia dok maner? boleh bagi?"

erk!!!!!!!

telan liur!

terkesima!

tertunduk sugul.. menyembah bumi.. di susuli rintik hujan lebat yang turun, membasahi diri.. titisan air mata bercampur titis hujan.. ( bayang kan aje ni.. )

hmmm terasa malu amat pulak aku nih! maaluuuuuuuuuu weyyyy!!

seperti sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu! (eh takda kena mengena..)

seperti hidung tak mancung pipi tersorong2 pula.. ( tapi idung aku cam mancung je! wek!)

hmm.. ntahlah, aku ingat nak ignore sahaja mesej itu tanpa membalas! tapi patut kah? sedangkan aku tahu sangat si Mai punya no. kami berhubungan. rasa mahu remove sahaja dia! tapi tak patut. macam jahat pula aku nih!

macamana nih? patut aku jawab ke tidak..? hati dah perih ni!..
korang faham ke apa ku rasa.. hmmm tak faham tak apa.. saja mahu mengadu di sini..

IringJeling: terasa hingga menusuk jauh di kalbu! sob..sob..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker