Assalamualaikum,
Hari ini 1 Zulhijjah, maaf terlewat untuk berkongsi 
mengenai ini. Aku mendapat info ini dari seorang teman di pejabat ni 
semalam..
Mari kongsi kelebihan berpuasa sunat pada Bulan Zulhijjah ini.. 
HARI 
 | 
  
PERISTIWA 
 | 
  
KELEBIHAN
  PUASA 
 | 
 
1
  Zulhijjah 
 | 
  
Allah mengampuni Nabi Adam
  di Arafah. 
 | 
  
Sesiapa yang berpuasa pada
  hari ini, Allah mengampuni dosanya. 
 | 
 
2
  Zulhijjah 
 | 
  
Allah telah mengabulkan doa
  Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. 
 | 
  
Sesiapa berpuasa pada hari
  ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan
  maksiat. 
 | 
 
3
  Zulhijjah 
 | 
  
Doa Nabi Zakaria
  diperkenankan Allah, 
 | 
  
Sesiapa berpuasa pada hari
  itu, maka Allah mengabulkan doanya. 
 | 
 
4
  Zulhijjah 
 | 
  
Nabi Isa dilahirkan. 
 | 
  
Sesiapa berpuasa pada hari
  itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta
  pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat. 
 | 
 
5
  Zulhijjah 
 | 
  
Nabi Musa a.s. dilahirkan
  dan memuliakan munajatnya. 
 | 
  
Sesiapa berpuasa pada hari
  itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. 
 | 
 
6
  Zulhijjah 
 | 
  
Allah membukakan pintu
  kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. 
 | 
  
Sesiapa berpuasa pada hari
  itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak
  akan diazab. 
 | 
 
7
  Zulhijjah 
 | 
  
Pintu neraka jahanam akan
  dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. 
 | 
  
Sesiapa berpuasa pada hari
  ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta
  membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan. 
 | 
 
8
  Zulhijjah 
 | 
  
Hari ini dinamakan 
  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah
  supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu
  datangnya dari Allah atau dari syaitan. 
 | 
  
.Sesiapa berpuasa pada hari
  itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali
  Allah. 
 | 
 
9
  Zulhijjah 
 | 
  
Hari ini dinamakan “Hari
  Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah
  Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi
  Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan
  dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. 
 | 
  
.Sesiapa berpuasa pada hari
  itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan
  datang. 
 | 
 
10
  Zulhijjah 
 | 
  
Hari Raya Aidiladha,
  dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). 
 | 
  
Haram berpuasa pada hari
  ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang
  mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa
  ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah
  dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat
  dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.. 
 | 
 
semoga mendapat manfaat darinya..
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
5 comments:
gd sharing ni
Salam Zulhijjah utk awak juga....=D
Salam Zulhijjah utk awak juga....=D
asalam kella salam zulhijjah..acik dah bersedia untuk berpuasa..tapi tahun ni..ada halangan yang dah ditentukan untuk kaum perempuan..harap2 sebelum 9 zulhijjah dapat juga acik berpuasa walaupun sehari
tak lama je lagi dah raya haji kan? :D
Post a Comment