Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 20, 2011

MC is a 'Master of Ceremony'?

Aku tak pernah menyangka akan berdiri sebagai emcee.. atau dalam bahasanya pengacara majlis. Kerana aku ini adalah seorang yang agak pemalu orang nya! chee.. betul! aku memang tak suka menonjolkan diri di khalayak ramai lebih lebih lagi di sesebuah majlis. Aku lebih rela membuat kerja belakang tabir sahaja, seboleh bolehnya aku takkan ke depan lansung, walaupun hanya sebagai seorang penyampai hadiah, lebih baik begitu asalkan tidak perlu kedepan dan dikenali ramai.

Memang sejak  kebelakangan ini, bermula dari awal tahun hari tu, aku banyak mengikuti majlis majlis dan program yang dianjurkan oleh pejabat sebagai sekretariat!banyak program yang telah diatur telah sama kami jayakan dengan sempurna. mulanya bekerja di belakang tabir, jaga pendaftaran.. makan minum, selebihnya menolong apa yang patut..
namun tak pernah terlintas untuk menjadi pengacara majlis!

Tapi, baru baru ini aku telah ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis!
dan untuk keberapa kalinya aku sama sekali terus menolak bulat bulat, mentah mentah!
aahhh.. tak mahu lah! aku bukan biasa pun, gila? tak pernah pernah dibuatnya!
tapi tugasan telah diberi, dengan alasan tiada orang lain lagi yang dapat membantu, selain aku!
uhhh.. serba salah dibuatnya! nak taknak aku terpaksa terima dengan hati yang amat berat, dah segala alasan yang ku beri tidak boleh diterima pakai... huu..

bermula lah pencarian teks2 ucapan, aku copy paste je ucapan dari seorang akak yang pernah mengacarakan majlis yang serupa minggu lalu, majlisnya serupa, tapi peyertaannya berlainan. so boleh la guna pakai!
masa tu, masa persiapan cuma 2 hari je! bolak balik perasaan masa tu! rasa nak tarik diri, tapi takkan la kot, rasa nak cabut je pada majlis tu tapi tak sampai hati la pula, perasaan bercampur baur rasanya.. rasa nak demam pun ada..

Hari nya pun tiba, rasa seram sejuk, perut jangan di cakap lah.. memang rasa sengal semacam! rasa macam ada rama rama...
namun aku mulakan dengan bismillah dan selawat nabi..., Alfatihah dan kursi memang dah berkali kali sblm tu..
aku memang tak sempat nak menghafal, memang aku bulat2 baca ikut skrip teks ucapan tu! kalau boleh mata taknak pandang  ke depan, tapi sesekali aku pandang juga, tapi memang formal habis, memang skema habis, takda gurau gurau.. memang serius je.. agaknya orang mesti berkata kata.. serius beno pengerusi majlis ni!
hahaha.. aku tak tahu la macamna ghupe aku! pucat lesi ke  ape..
tapi..
aku terperasan, bila aku dah di pertengahan mempengerusikan majlis tu, aku dah mula rasa sikit yakin, perasaan gugup sikit hilang.. walau apapun aku teruskan juga,
ada rasa sedikit berani..
:)
dan alhamdulillah... majlis itu segera selesai aku tamatkan.. hehe..:p
















~ tunjuk ajar di saat saat terakhir.. debar di hati Tuhan sahaja yang tahu..~

Itu ialah pengalaman pertama aku sebagai pengacara majlis!
memang mencabar diri aku sebenarnya!
orang lain yang dah biasa ke depan mungkin takkan rasa apa2
tapi bagi jenis macam aku yang penyegan amat ni? memang kurang selesa menjadi tumpuan ramai!
memang la tak kuasa dibuatnya!

tapi aku ada terperasan, selepas dari itu .. bila di perlukan dalam sesuatu majlis..
aku dah tak rasa kekok berada di khalayak ramai..
kadang kadang tu sukarela untuk membantu menyampaikan hadiah di depan,
lebih banyak bergerak ke depan berbanding di belakang tabir.. :)
itu sedikit sebanyak kesan dari MC kot..

dan teka apa?
baru baru ni pun aku mengikuti satu program pejabat sebagai sekretariat jugak!
dan, nak tahu sesuatu tak?
kurang dari setengah jam, aku  telah diberitahu untuk menjadi Emcee!
apa?? aku ingatkan ianya hanyalah sebagai gurauan sahaja! tapi betul! mereka minta aku yang jadi MC, Mr Magen, selaku ketua sekretariat, mahu aku menjadi MC! katanya dia seingatnya dia telah maklumkan sebelum ini! weehh.. aku ingatkan sebagai gurauan sahaja! aku menolak, tapi katanya tiada sesiapa lagi yang boleh ganti, tak ada! nak taknak kena jadi juga! aku berada dlm keadaan tersepit lagi sekali.
aku tak siap apa pun, sebab ini majlis agak grand dari yang dulu, mana mungkin aku pula yang jadi mc! majlis cikai cikai boleh la kot.. itu pun tergagap gagap!
nak taknak? sekali lagi aku dilanda perasaan gemuruh dan kekalutan!
kalut la nak menyediakan teks! teks ucapan mana ada!?
kalut aku mencari aturcara dan mula mengarang teks! tapi blank! semua tak keluar.. peserta dan mula mengambil tempat duduk! gila tak!? hahaha..
nasib baik mereka ada sesi bergambar, so boleh la ada masa sikit untuk siapkan teks! yang penting teks yang mula2 tu, yang lain boleh direka kan kemudian..
terkial kial aku mengacakan majlis itu..
dan ini ialah kali ke dua!
percaya tak percaya je..
tapi memang lah banyak kekurangannya.. yelah tak berapa nak bersedia..
tapi aku tetap ambil itu sebagai satu cabaran untuk diri aku!
dan tahu apa? untuk hari ke dua tu aku paksa teman se sekretariat untuk menggantikan aku!
punyalah aku tak mahu teruskan, aku pi bagi alasan sakit perut la apa lah..
ishh... kella.. kella.. teruk betul kan?!
pastu mula rasa bersalah.. hmm
















~itulah..tengah tengok teks la tu... kalau tak tengok terkapai kapai..sebab tak ingat, tak sempat nak hafal.. amatur la katakan..~

......................................................................................................

Dan terbaru... satu program yang agak besar, antara para eksekutif dari 'region' dari luar negeri akan datang mengikuti program anjuran ibu pejabat. program ini pula adalah pertama kali diadakan, iaitu permulaan bagi program2 yang akan datang untuk setiap 'region'. Jadi, ianya agak besar, bukan agak lagi.. tapi memang besar punya.....
mereka telah mempunyai team secretariat sendiri, tapi disebabkan bos kami turut serta, mereka menjemput team kami untuk turut menjadi secretariat kerana kami mempunyai pengalaman dalam menguruskan program.
dan......
sekali lagi nama aku dicalonkan untuk menjadi MC!
terkujat la aku..
lagi terkujat bila aku lihat nama aku dalam kotak.. 'Master of Ceremony'!

" eh, kenapa nama i kat master ceremony ni?"

" yelah.. u kan MC..."

" so kalau i MC kenapa nak jadi Master pulak?"

" halloo dik... MC tu kan ke Master of Ceremony??"

" hah??"

GULP!!

apa ke bengap nyaa la watak  budak tu dalam dialog di atas...tak kan ler tak tahu MC tu Master of Ceremony!  ishh.. ishh... ishh.. huhu..

Dan orang yang sama iaitu Mr Magen la yang usulkan nama aku untuk menjadi emcee.. dia memang letak penuh harapan pada aku.. aku pun tak tahu la apa yang dia pandang pada aku ni, aku rasa aku ni tak layak, tapi yakin sungguh laa.. kat aku ni, ok mr mag, harap i takkan kecewakkan u..
apa pun, majlis akan berlansung pada 22hb- 24hb ini!
boleh kah aku? dah bersediakah aku? mampukah aku?

apa yang boleh aku lakukan sekarang, ialah terus berlatih.. berlatih dan berlatih, masih ada 2 hari lagi.. practice make perfect kan..

lagipun, konsep kali ni adalah agak santai, taknak protokol sangat, maknanya tak skema laa.. aku ni pulak, ikut skrip ikut teks, memang agak skema la.. nak bersantai santai ni, memek muka kena byk main peranan, intonasi suara pun tak boleh mendatar.. kena ada turun naik.. kena ada gurau2 santai.. aku tak biasa la pulak..

aku ni satu je, nak mula tu yang gugup.. tergagap gagap jadinya, memang darah gemuruh la katakan.
kawan kawan ada ke apa apa tips untuk hilangkan rasa gemuruh ni, untuk lebih yakin apabila berada di depan khalayak ramai.. boleh la kongsi... :)

tu diah, panjang sedepa aku berborak..
kalau tersasul terlebih terkurang, salah silap harap dimaafkan ya.



6 comments:

uncle gedek said...

Kamu mempunyai suara yang lunak...?

Wow!

ct_nurmarlissaa said...

hi kayla...good luck dear ...you can do it..i suport u...

cun09 said...

salam kella ^_^

taHniAh!! ^__#

kalu kak liza mesti tak kuar suara...

ardinihumaira said...

dni pon gugup gak kalo awal2 hehe

azieazah said...

Pengalaman Kak Azie pernah beberapa kali jadi MC utk majlis kengkawan, memang macam tu juga.

Ada gugup, tapi kunci kepada semua itu adalah YAKIN.

bila yakin, kita rasa tenang dan menguasai majlis. Jangan bimbang.

tapi lepas tu, Kak Azie terus belajar dari tip tip cara mengendalikan majlis dan ayat2 yang sesuai digunakan.

Belajar tetap kena belajar.

Diela Zaimi said...

gud luck ye kella...u can do it!! ;)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker