Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, April 8, 2011

Ziana Zain | way to go !

Aku amat jarang atau boleh dikatakan tak gemar sangat menceritakan tentang dunia hiburan ni, namun malam ni terpanggil untuk menulis tentang penyanyi kegemaran ku.. tak lain tak bukan ialah Ziana Zain, sepintas lalu bila membuka TV tadi aku melihat dia di wawancarakan.. nampak seperti ada kontroversi.. aku tak tahu hujung pangkal pun, tapi jelas dia nampak tenang  dan matang.. semasa menjawab soalan soalan panas tentang kontroversi yang melandanya itu
apa lagi aku pun menyiasat le ape ke halnya diaorang buat kakak aku cam ni nih...
ooooo.. rupa rupanya pasal Ziana taknak pakai baju yang diorang sediakan untuk shooting majalah tutt... eh! tut pulak.. eh!.... ;p


Ziana pastinya punyai alasan tersendiri untuk menolak, namun, dengar apa kata pihak majalah tersebut;


"Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian. Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri). Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is wrong”. Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan."

cuba baca bait bait perkataan atas tu, nampak sangat kan.. macam tak ikhlas je...macam nak pekena je... hmmm

bawah ni pula salah satu kata kata penerangn dari kak Ziana Zain ..

"Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang. Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan. Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan."


semua ini ialah,ehhsan di petik di Beautiful Nara, terima kasih, kita tumpang ya.. :) 
jom baca seterusnya di Beautiful Nara atau boleh baca di Harian Metro 
 



sejujurnya aku menghormati pendirian Kak Ziana Zain yang tegas dalam menjaga imejnya, betul la kan, takkan dia nak jatuhkan reputasi imej yang dia jaga selama 20 tahun semata mata pada pakaian 'bareback' yg mendedahkan bahagian belakang beliau! Dia empunya badan semestinya lebih tahu apa yang baik dan sesuai untuk diri sendiri! kalau tak dia sendiri nak jaga, siapa lagi?  betul la, tak perlu menjadi hamba kepada fesyen yang kadang kala menjengkelkan..
yela.. buat apa, nanti disebabkan satu pakaian itu sahaja, rosak identiti, rosak segala yang telah dibina dari dulu lagi! yang tanggung siapa? diri sendiri jugak kan...? (masa tu seronoklah, larisla media2 ni sebab kontroversi meletup letup! yang kesianya artis tu juga... hmmm)
jadi? lebih baik la dia menolak dahulu sebelum nasi menjadi bubur.. ni la orang kata.. berfikir ke hadapan.. bagus!

tahniah pada Kak Ziana ku.. :D


Apapun, sebenarnya kita seharusnya hormat pada pendirian seseorang, tak kira artis atau sesiapa pun, sebab kita sesama manusia sama sahaja.. sekejap di depan sekejap di belakang.. hidup ni tak lama..
di harap permasalah ini selesai dengan amannya antara kedua belah pihak.. tak perlu persengketaan yang berpanjangan..jangan ada benci...


ok, peace no war.. :)


layan gambar ziana zain..




~ aku suka dia dari dulu hingga sekarang, cuma aku je dari dulu sampai sekarang bila nyanyi lagu dia tak lepas lepas.. pitching asyik lari je! ;p ~

 ~ Ziana bersama suami tersayang... so sweet.. ~

~ si kembar yang bertuah.. ~

ok moga kita bertemu lagi... peace.. (^_^)

7 comments:

uncle gedek said...

Uncle selalu mengusik untie...

"Ziana tu bukan menyanyi... tapi menjerit!!"

"Bencilah"

(Untie tu peminat ZZ...!)

Hahaha!

Unknown said...

selamat pagi sayangku kella

rindu kat kamu

PS: kes ziana nie, lama kak ayu tau..tapi tak sangka diperbesar2kan lagi..
kesian sangat2 kat ziana..
walhal dari kita kenal dia..dia mmg jenis beretika dalam menjaga pakaian dan personalitinya...
moga2 ziana tabah...

Kakzakie Purvit said...

Kalau ye pun nak melariskan majalah kena fikirkan juga perasan artis itu. Dia pun ada maruah yg nak dijaga. Kalau dia dah biasa mungkin tak jadi apa. Tapi setelah bepuluh tahun dgn style dia begitu tetiba nak dipusing 360 degree memang tak logik.

Menyakitkan hati kan....

kella said...

uncle gedek: hehehe.. kita sama lah ngan aunty~ suka ZZ! apalah uncle ni... ok apa ziana zain.. tu bukan menjerit tau.. itu ialah suaranya tinggi! paling tinggi di malaysia tu tau... huhuhu..

Kak Ayu: selamat pagi akak ku...!! haa.. ada pun dia, kita tunggu2 kak ayu datang sini.. ingaatkan tak ingat kita lagi...

itulah, kes ni tidak lah besar, tapi diperbesar besarkan oleh media..

kakzakie: hehehe.. kak zakie pun sakit ati kan? hhehe.. dunia artis ni mereka kena bijak, dan tenang menangangi masalah cam ni, tak perlu cepat melatah, nanti makin panjang jadinya.. betul tak kak?
betuulll...

Rohani Hashim said...

boleh hany tak tahu apa issue nye???

dah baca dah, umm betul jugak kan, zz ada pendirian dia, so apa nak tulis macam2 kan...

Redbloodsnow said...

lama zie tak skodeng gossip ttg ziana zain ni..hehehe

Mimy Hamid said...

megat kata zz ni baju mesti ketat tang perut pasal pa sebab nak tarik sore tinggi...pastu aku terus merasakan..ye tak ye gak..semua baju nak nyanyi mesti ketat pinggang...hihi..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker