Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, April 16, 2011

Pensel yang kamu perlu ada!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

merujuk kepada perkara di atas, ingin saya kongsikan bersama tuan puan semua mengenai kisah sebatang pensel yang mempunyai maksudnya yang tersendiri yang boleh di aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia.

semoga dengan artikel ini, dapat membantu tuan puan untuk lebih menghargai erti kehidupan yang sebenar..

segala kesudian tuan puan membaca dan memberi komen didahulukan dengan terima kasih.

sekian, harap maklum.

(waaaa...2 hari  tak berbelog, tiba tiba hari aku jadi begitu formal pulak? hehehe... saje je, baru je lepas karang surat bos ni, tu yang terbawa bawa format nya ke dalam sini... )

nak kongsi dengan korang semua tentang sebatang pencil, aku dapat cerita ni dari lynda, tq lynn.. :)
semoga sama sama kita mendapat manfaat darinya..
.......................................................................................................................................

Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang sedang menulis dengan menggunakan pensil.

Si cucu bertanya : "Nenek  sedang menulis tentang saya ya...? atau tentang pengalaman kita ni..?"


Mendengar pertanyaan cucunya, Si nenek berhenti menulis dan berkata kepada cucunya, "Sebenarnya nenek sedang menulis tentang kamu, tapi ada yang lebih penting dari isi tulisan ini iaitu pensil yang nenek pakai."
"Nenek berharap kamu boleh menjadi seperti pensil ini ketika kamu besar nanti" ujar si nenek.

Mendengar jawapan itu, si cucu kemudian melihat pensil yang dipakai neneknya dan bertanya kembali kepada si nenek kerena dia tidak melihat ada apa apa yang istimewa dari pensil yang dipakai neneknya.

"Tapi nek kelihatannya pensil itu sama saja dengan pensil yang lainnya dan tidak ada apa yang istimewa." ujar si cucu.

Si nenek kemudian menjawab, "Itu semua bergantung bagaimana kamu melihat pensil ini."

"Pensil ini mempunyai 5 kualiti yang boleh kamu contohi untuk menjadikan hidupmu selalu bahagia kalau kamu selalu memegang prinsip-prinsip itu didalam hidupmu."

Si nenek kemudian menjelaskan ke - 5 kualiti dari sebuah pensil.


"Kualiti pertama, pensil mengajar kita bahawa kita boleh berbuat hal-hal yang hebat dalam hidup. Sebuah pensil,  ketika digunakan untuk menulis, dia tidak boleh bergerak dan menghasilkan karya dengan sendirinya. Ertinya, kita jangan pernah lupa kalau ada tangan yang memegang dan selalu membimbing langkah kita dalam hidup ini sedari kecil. Dan terutamanya Allah yang menciptakan kita, Dialah yang akan selalu membimbing Kita ke jalanNya ".

"Kualiti kedua, dalam proses menulis, nenek kadangkala harus berhenti dan menggunakan  pisau atau pengasah pensih untuk menajamkan kembali pensil nenek dan ini pasti akan membuat si pensil menderita.
Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali.
Begitu juga dengan kamu, dalam hidup ini kamu harus berani menerima penderitaan dan kesusahan dalam bentuk pengorbanan untuk menajamkan serta membuatkan kamu terus berkembang sehingga menghasilkan kualiti yang lebih bagus kerena proses tersebut akan membuatkan kamu menjadi orang yang lebih baik".


"Kualiti ketiga, pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk mempergunakan pemadam untuk memperbaiki yang salah. Oleh kerana itu memperbaiki kesalahan bukanlah hal yang pelik. Itu  sebenarnya boleh membantumu menjadi lebih baik dan tetap berada pada jalan yang benar".

"Kualiti keempat, bahagian yang paling penting dari sebuah pensil bukanlah bahagian luarnya, tetapi ialah bahagian dalamnya iaitu arang hitam yang ada didalam sebuah pensil. Oleh sebab itu, jagalah selalu hatimu, kerana dari dalam hatimu akan terpancar kualiti kehidupanmu.

"Kualiti kelima, sebuah pensil selalu meninggalkan tanda atau pun goresan. Seperti juga kamu, kamu harus sedar walau apapun yang kamu lakukan dalam hidup ini, tetap akan meninggalkan tanda, samada baik atau jahat. Oleh kerana itu selalulah berhati-hati dan menjaga semua tindakan yang kamu lakukan".

Renung renungkan dan selamat beramal..

5 comments:

Amieynna Amin said...

menariknya entry ini..
5 kualiti yang perlu kita ada..

Rohani Hashim said...

bila baca cite ni cucu dan nenek tetibe teringat cerita PENSIL, sedey owhh cite tuh...

azieazah said...

Sebatang pensel sungguh pelbagai guna dan definasi. Juga pelbagai boleh diibaratkan...

Cuma, tak ramai orang guna pensel sehingga dewasa. Masa sekolah rendah saja, kemudian, lebih banyak guna pen.

uncle gedek said...

Whoa!

Selama ni uncle tengok pensel sebagai alat menulis yg murah....

Mimy Hamid said...

pensil ko mmg tajam tau...aku kena asah lagi..hehe tumpul sikit pun tulis gak..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker