Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, April 9, 2011

Bahaya! Telur palsu sedang berleluasa!

Negara China memang terkenal dengan barang copy paste, dari sekecil kecil barang hingga la kenderaan diorang ni nak buat yang tiruan!
dan terbaru ialah telur! telur tu pun boleh buat tiruan? tak tercapai dek akal aku untuk melihat telur tiruan yang seakan serupa!

baca emel 1 dan 2 kiriman dari sahabat di bawah;



1. Subject: Telur ayam tiruan (kini di Pulau Pinang)



Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


- Bernama

mari lihat bagaimana mengenali antara telur palsu dan tiruan..


tak percaya kan? nah... tengok cara pembuatannya!


2. Subject: Fake Eggs from China 




The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.

Hardy shells are formed by pouring paraffin wax and a liquid onto the egg, which are then left to dry


tabik betul la korang kat China tu, telur pun boleh buat yang tiruan!

semalam jugak aku dah check sepapan telur yang telah dibeli tu,
Alhamdulillah...telur asli hendaknya...
rasanya korang masih lagi boleh cam tau untuk telur mentah ni..
bila korang pecahkan telur tu, kan ke ada macam tali putih halus yang bersambung dengan telur kuning tu kan..
dan kadang kala boleh jumpa tompok2 kecil darah, yang biasanya kita akan buang tu..
haa.. insyaAllah masih boleh di cam yang mana asli dan yang mana tiruan..

hati hati lah..
sekarang bukan telur je tiruan..
orang pun dah ramai tiruan..
dan hati hatilah juga..
dengan hati manusia yang tiruan..

16 comments:

qasehraihan said...

uiiiiii..menakutkan ek???
trus ase dh xnak makan telor..hoho

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

bagus punye info nie..selama ni duk pikir camana nak bezakan telur palsu dengan telur betul

kella said...

qasehraihan: itulah, paling bahaya kalau makan kat kedai la.. sebab kita tak tahu dia guna telur betul ke tak.. tapi kalau kat rumah kita boleh check tengok kan... so kesimpulannya, takyah ler oder makan seangkatan dengan telur bila makan kat luar.. :) terima kasih singgan sini.. :)

Cik Jue: haah.. kita pun mulanya runsing juga, tapi bila try test kat rumah semalam, ternyata kalau yang rtiruan ni susah nak ada tali2 putih atau tompok2 merah tu kan.. :) sama sama kita saling berwaspada.. :)

Raden said...

sok luse dorang buat pulak boipren tiruan...aauuww..nk beli la

pak long said...

salam...
semua boleh tiru....dah tak ori ma..

Rohani Hashim said...

a'ah rasa mcm boleh beza kan, tang yg pecahkan ada merah kecik tuh kan...

Redbloodsnow said...

frankly speaking, kagum gak tgk dorg buat tu. tp itu lah...entah apa2 lah china ni. benda cam ginie pun nk "copycat". ini kerja tuhan. kasi aje lah ayam tu bertelur...haishhh,

Unknown said...

kella--
terima kasih yer berkongsi info yang bagus nie...kena war2...pada semua sahabat..
bahaya sangat2

EimaruSi|ence™ said...

memang bahaya lah sekarang nih

uncle gedek said...

jangan ada kella tiruan, dah la....

perjalanan pulang said...

baru telor belum lagi benda lain....

~aSHa~ said...

ini la kot dinamanye telur klon...mak ai..mcm2 boleh diklon skrg ni...bijak betul...telur pun boleh diklon2....haiyaaaaa...sgt bahaya tul....

aritu dah baca kat paper...tapi dia tak terangkan perbezaannya...

thanks for sharing...

Unknown said...

dah lah kat umah ni memang suka makan telur..tapi selalu beli kat orang islam jual.

kamu duk kat gombak ker?

My Little Diary said...

salam

hari2 saya makan telo.... ish3x...

munna said...

kena lebih berhati2 lepas ni... dah tgk yg stock kat rumah semuanya original telur

Redbloodsnow said...

mcm² je china ni. telur yg sepatutnya jd ciptaan ALLAH pun dorg nk tiru. cisss!


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker