Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, April 17, 2011

Apalah erti Tiramisu

Mari mengemaskinikan belog!

agaknya, masih ada kah orang yang masuk sini malam malam begini?
kira kira 2 hari aku dah tak jalan jalan belog kamu kamu ya!
itulah, dapat buka belog pun sekejap2 je.. ada orang tu.. tengah kemaruk main game, takpe la.. kasi chan... :)

hari ni aku buat kek lagi! kemaruk dengan kek continental!
maka terhasil la.. tiramisu? kenapa namanya tiramisu ya?
aku pun tertanya tanya juga.. lalu aku pun menyiasat lah kat dr google,
banyak ertinya tiramisu, antaranya ialah
[from Italian tira! pull! + mi me + su up]
atau..
'cheer me up'! gembirakan hatiku.. ha... begitulah maksudnya tiramisu..

memang tiramisu ini telah menceriakan hatiku.. kerana ini adalah pertama kali membuatnya, terima kasih pada kak maza ku, kerana dia ialah inspirasiku.. :)




tuu... tengok, ya agak comot, biasalah pertama kali, siap dengan tulisan nama seseorang.. hehe.. :)



~ ni pula.. saja je gatai tangan nak taruk dalam gelas kecil.. ada 3 semuanya.. sebab hari tu pernah makan kat hotel diorang buat cam ni, tapi ada hiasan cantik bagai la...~

nanti esok la update resepi..
mesti kongsi resepi punya.. :)

selamat beristirehat.. selamt berhujung minggu.. :)

UPDATE: 6:31 petang

~ hari ini baru potong kek tiramisu ini, kebetulan ke rumah saudara, bawakan untuk mereka sikit.. ~
Resepi kek Tiramisu yang mudah:


1 biji kek span sama da coklat atau vanila, ( Guna mix sponge kek pun senang. aku punya tu..aku buat vanila campur coklat! haha..)
250 whipping cream (aku pakai jenama Pride, sedap macam aiskerim,yang penting halal..)
200gm Creame Cheese (kalau nak senang boleh pakai 250 gm punya terus..)
1/2 cawan gula halus ( kalau jenis whipping krim manis, bubuh susu pekat je sikit, tak perlu gula)
1/2 atau 1 cawan air panas di bancuh bersama1 sudu nescafe
serbuk koko dan serbuk nescafe untuk hiasan..

Cara:
1. putar krim dan cheese, gula, hingga kembang gebu
2. potong kek 3 bahagian, ketepikan
3. atas lapisan kek pertama, tuangkan 1/3 bancuhan nescafe tadi rata rata
4. sapukan 1/3 krim tadi atas kek tadi,dan mula melepa
5. letak kan lapisan kedua dan ulangi langkah yang sama hingga lapisan kek ke 3
6. simpan kek sebentar di dalam peti sejuk
7. kemudian baki krim tadi  boleh la di sapu di atask kek itu tadi, 
8. taburkan serbuk coklat dan nescafe atas kek itu..
9. oh, tentan deko tulisan tu? aku ukir dan gunting plastik, letakkannya atas krim atas sebelum di tabur coklat tu.. jadilah begitu.. hehe.. :)

selamat mencuba


18 comments:

ayanuts said...

wahhhh nmpk sedap...lps ni blh kgsi resepi

LYAfrina said...

BESTNYER JD KELLA..
SERBA SERBI RETI,, MMG KELLA PNDAI MSK KAN..UNTUNGLAH CIK ABE TU:-)

Rohani Hashim said...

sgt meng"cheer me up"


nak!;)

kella said...

ayanuts: kita dah update resepi.. boleh la coba.. :) terima kasih sudi singgah singgah sini.. :)

Lya: adoi..jgn la berkata begitu lya, lya kalau jadi kita menyesal nanti.. haa.. kita biasa je lya, tetap ada kekurengan! suka je dak kella ni nak mencuba menda baru.. hehe.. macih lya..

hany: jom hany! makan tiramishuuu... :)

uncle gedek said...

Ingat kan Tiramisu tu bahasa jepon...

ciK LyndaWawa said...

wah..sedapnyeeee........=]

Unknown said...

tiraimisu tu rasanya mcm cheese cake jugak ke?

ct_nurmarlissaa said...

yang..dap nyerr..terase sejukk ditekak ku....

Nadine said...

sgt cun la ur tiramisu. pandai n kreatip Kella ni. bestnya!! :)

Deanna Yusof said...

Kay... akan ku cube...!!

Mimy Hamid said...

hamboii koo..sudah advance...aku nk try tp sedap ke weh..tak pernah rasa sepanjang hidup...aku takut pening sbb lembik je

SITI NOARIZAH ARIS said...

Nampak shedap sgtlah kella... !!!

Granny Hani said...

buat rosak niat nak diet akak aje lah..sedap tu.

My Little Diary said...

ermmm patutlah bila makan cake tiramisu sentiasa terasa happy & sedap jer...
rupa2nya maksud dia 'cheer me up'

miloaiskurangmanis said...

my peberet kek!
nampak sedap banget tuh!

Anonymous said...

teringin jugak lah nak buat :)

BERMASALAH said...

tak nak hantar ke rumah saya? saya pun saudara anda juga. haha joking2 :D

ayanuts said...

resepi pn dah ada lps ni blh la buat sndri ;)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker