Sekali lagi keluarga kami menerima berita kematian..
kali ini giliran nenek kami ( yangkami panggil dengan panggilan Mek) sebelah mama pula yg dijemput pergi oleh Illahi..
Pemergian yg tentunya tiada pengganti..
Setahun lalu dalam tahun Islam, Arwah Chek kami (belah papa) pergi buat selama-lamanya pada hari Isra' Mikraj, dan tahun ini, selang 2 hari selepas Isra' Mikraj.. Mek (belah mama) pula dipanggil Illahi..
Ajal Maut ditangan Tuhan..
setiap manusia akan menghadapinya..
cuma masa dan ketikanya belum tahu..
Aku agak terkilan, kerana sudah dalam perancangan hujung minggu nanti memang nak balik kampung, tengok Mek.. kami dah rancang adik beradik..
tapi apakan daya..
berita kematian yg diterima adalah seawal 2++ pagi, adikku yg memaklumkan tentang berita ini, nasib baik suamiku tersedar tentang panggilan telefon tu!
Kebetulan adikku berada di KL, jadi, kami terus bersiap untuk balik kg awal pagi tu jugak!
dalam hati ku amat berharap semoga aku sempat untuk menatap Arwah Mek buat kali terakhir, kerana Arwah Chek dulu, aku tak sempat!
Sesampai je, aku terus peluk mama..
aku tahu mama paling sedih..
dia yang berada bersama Arwah, saat Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
aku kenal mama, hatinya memang kuat, cekal, mama memang agak payah untuk mengalirkan airmatanya!
tapi kali ini, Aku nampak wajah mama yang sugul.. aku tahu mama menangis.. aku tahu dia amat sedih sekali.. walaupun begitu, dia cuba sedaya upaya menenangkan aku ketika itu..
Jelas kedengaran suara hibanya yang tersekat-sekat dek menahan kesedihan..
aku mengerti kesedihan hatimu mama.. mama cuma ada mek kerana ayahnya dah lama meninggal dunia.. tapi kini.. Mek juga telah pergi buat selama-lamanya..
seperti tidak percaya.. melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa ! itu jasad Arwah Mek!
berteleku aku di situ menemaninya dengan bacaan Yaasin..
sebak dan hiba sangat.. dan airmata ini memang tidakdapat diseka-seka lagi..
Tiba masa untuk memandikan jenazah..
Melihat jasad Mek diangkat begitu perlahan..
penuh berhati-hati oleh anak2 lelakinya..pakcik2 ku..
kemudian diletakkan di atas papan tempat untuk dimandikan...
aku masih juga di situ.. entah bagaimana perasaan hatiku terdorong untuk turut sama memandikannya.. walaupun memang belum pernah aku lalui perkara ini pun!
Ustazah, jurumandi disitu mula menyarankan agar hanya kaum perempuan yg ingin mandikan shj berada di situ, kaum lelaki juga tak dibenarkan berada di situ..
Seperti terdorong..aku masih berada di situ, aku ingin berikan penghormatan dan bakti terakhirku pada mek hinggalah jasadnya dibawa ke liang lahad..
Asap kemenyan dah meliputi ruangan..bersama baunya...
oh..bila melihat wajah arwah.. putih bersih...tenang...seperti sedang tidur...
makcu ku bersuara.."hmm... mek tengah tidur...." sambil mengusap2 rambutnya..
bengkak muka dan mata makcu ku..dek kerana mengangis..
Perlahan-lahan.. air dijirus..
di bersihkan dengan sabun dahulu..
berhati hati kami menggosok ke kulit nya.. dengan penuh lemah lembut kerana memang diketahui sesungguhnya jasad yg telah terputus roh dari badan akan merasa kesakitan yg amat walaupun hanya setitis air...
MasyaAllah... aku teringat itu semua.. hati kecilku mengangis sendiri... sambil dalam hatiku juga berzikir-zikir dan berdoa memohon semoga diringankan kesakitan itu terhadap mek.. dan dipermudahkan segalanya...
sbnrnya sebelum ini telah 3 kali aku bermimpikan arwah! dan salah satu mimpi itu ialah aku mengangkat bdn arwah dan melihat tubuhnya begitu kurus.. tak disangka-sangka rupanya bygn mimpiku itu adalah realiti sebenar bahawa aku akan memandikan nya..aku memegang tangan dan kakinya... sama seperti yg dilihat di dalam mimpi... Subhanallah..
semua itu adalah kekuasaan tuhan...
kemudian air serbuk bidara pula dijirus...disusuli air kapur barus... sebelah kanan dan kiri..
selesai memandikan... arwah segera diangkat dan aku juga turut mengkafani mek..
Suasana bertukar menjadi hiba dan sayu apabila tiba giliran semua anak cucu untuk mengucup nenek kesayangan buat kali terakhir...
esakan2 kecil mula kedengaran...
aku juga tak dapat menahan sebak di dada..
melihat wajah tenang mek.. kami tahu yang itulah kali terakhir kami akan menatap wajah mek..
kerana mek telah pergi untuk selama-lamanya...
Alhamdulillah... selesai sahaja sembahyang jenazah..segala-galanya berjalan lancar sehinggalah saat arwah dikebumikan ke liang lahad..
Doa aku panjatkan buatmu.. Ya Allah
semoga roh Mek dicucuri rahmat..
dilindungi olehmu Ya Allah..
Kau ampunkanlah dosa-dosanya
dan peliharalah dia dari seksa kubur dan seksa neraka..
Amin..
Al-Fatihah buat Mek..
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
takziah dari aku..Al Fatihah...rindu ar beb ngan ko
tengkiu..
aku pong rindu ko...
TARZIAH...MOGA ROH NYERR DICUCURI RAHMAT....
tengkiu..kak Mas.. moga-moga..Amin..
Post a Comment