Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, August 4, 2009

Kematian itu Jelas dan Pasti

Dah lama gak sebenarnya aku tak jenguk blog aku nie.. dah agak bsawang dah nih!
mcm2 yang tjadi.. itu, ini, mbuatkan aku takde mase nak update..
sibuk tu dah tentu2.. hmm.. mcm2..
selagi kita bgelar manusia .. so, selagi itulah kita takkan tlepas mhadapi tekanan kehidupan

nothing much to say..
cuma perasaan aku masih lagi melayang-layang tentang peristiwa kematian nenek ku baru2 ni..

Setahu aku, sesungguhnya amal seseorang itu akan terputus ketika ajalnya tiba!
Di dalam hadits shahih dari Abu Hurairah [rodhiyallahu ‘anhu] bahwa Rosulullah S.A.W. bersabda,


“Jika seorang anak adam meninggal, maka terputuslah amalnya, kecuali tiga perkara, iaitu: Shadaqah jariyah, Ilmu yang manfa’at, Anak yang shalih, yang berdo’a bagi orang tuanya”.

(HR. Muslim).

Setiap yang hidup pastikan mati... bila melihat arwah nenek ku yg tbujur kaku.. aku sungguh insafi diri.. sesungguhnya anak2 cucunya yg masih hidup inilah sahaja harapannya yg tinggal.. selain sedekah jariaah dan amalannya ketika waktu hidupnya..

Astaghfirullah.. aku tfikir.. kalau Tuhan nak amik nyawa ni.. bila2 masa je... masa tu dah tak sempat nak uat apa lagi.. nak taubat pun tak sempat lagi! takut aku bila mikirkan yg diri ni pun msh tunggang langgang..

Sbnrnya aku sempat bsembang dengan nenek ku (sebelah papa ) yg juga telah kematian datukku setahun lalu.. dia yg bgtu bsungguh2 menegaskan aku betapa pentingnya bacaan al-Quran dan mdoakan pada arwah kerana sekurang-kurangnya ianya boleh meringankan dan melapangkan kuburnya.. jgn lupakan dan biarkannya kerana dia keseorangan di sana... tiada sesiapa dan hanya kita yg hidup ini shj yang boleh mbantu selagi tmampu.. Nenek ku juga sempat bcerita.. tentang saat Chek aku nak pergi.. dia tak putus2 bisikkan pkataan "ALLAH" di telinga Chek.. kata nenekku lagi, saat itu syaitan sedang mggoda.. supaya kita lupa siapa Tuhan kita.. sesungguhnya syaitan akan terus mhasut anak Adam hingga ke saat kematian! tdiam shj aku mdengar apa yg diceritakan oleh nenek aku..

Apa yang boleh aku sendiri lakukan ialah, sedekahkan bacaan Al-Quran, Yaasin dan terus berdoa untuk arwah datuk nenek moyang ku... itu sahaja lah yang kita mampu.. semoga sampailah kepada arwah..

Hatiku terus bermain2 dengan bmcm2 di benak fikiran.. bagaimana pula jika yang ditinggalkan itu ialah anak2 yang lansung tidak mengenali butiran huruf alif ba ta? bagaimana kah nasib orang tua mereka? aku ada tbaca ttg 1 artikel, tapi kalau salah maafkan, sebab aku dah tak ingat sgt aturan ayatnya, cuma maksudya mungkin sama..; "Perempuan yang mandul bukanlah perempuan yang tidak mpunyai anak tapi, perempuan yg mandul ialah perempuan yang punyai ramai anak, tapi tiada seorangpun yang boleh mendoakannya ketika dia meninggal " saat ini tlintas difikiranku! tak perlu fikir ttg orang lain! bgaimana dengan adik2 ku.. keluarga ku..! cukupkah ilmu agama didada..? tekad aku ingin perbetul diri.. begitu juga aku bgtau kat adik2 ku dan perkara yg sama aku usulkan pada suami ku.. semoga kami semua adik beradik sedar sama2 ttg perkara ini. Semoga mereka di luar sana juga menyedari hal ini.

Hari itu pasti tiba, semua orang pasti akan merasa... cuma saat dan ketikanya belum tahu..

"Ya Allah Ya Rabbi... Kau ampunkanlah dosa2 ku, dosa suamiku, IbuBapaku, seluruh ahli keluargaku dan umat muslim sekelian.. kau ambillah nyawa kami dalam keadaan kami beriman.. berikanlah petunjuk yg benar ke jalan MU Ya Allah.. Sesungguhnya aku hambamu yang hina dan lemah.. selalu melakukan kesalahan dan akan terus leka jika tiada arah petunjuk dari mu Ya Allah.. sekarang aku mengingati mu..mengagungkan Mu, mungkin esok, lusa aku akan leka dan hilang arah tuju lagi! kerana aku lemah.. Namun, Kuatkanlah dan peliharalah imanku Ya Allah.. supaya aku tidak terus-menerus mengikut jln yg salah..Ya Allah Ya Rabbi... daripada Mu aku datang.. dan kepadaMu juga aku kembali.." Amin..

2 comments:

Mimy Hamid said...

kadang aku pun berfikiran mcm ko gak..yang hidup akan matai cuma tak tau bila..ingat mati tu wajib kann..lagi la aku ni pkir byk dosa..semoga dimaafkan oleh ALLAH swt

kella said...

itulah...byk tul dosa2 masa skrg campur masa lampau lagi.. huh!! takpo.. bulan posa ni kita pulun minta ampun ngan tuhan! kan


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker