hahahaa...Jauh kat Kajang nun aku pi..tapi takpe.. demi keinginan untuk belajar.. kugagahi jugak.. (geee)
lagipun dah mintak izin dari hubby...
~Kak Siti (sama dtg belajar) dan Kat Aida.. Cikgu yg ngajar kami uat roti...
----------------------------------------------
~anak2 kak Aida yang sangat comel dan rajin.. si kakak tu, agaknya pejam mata pun boleh uat roti nie..~
----------------------------------------------
-so, di bawah inilah hasilnya roti.. buatan sendiri.. hehe... tu yang mini piza tu senget2.. biasalah.. amatur...
-tapi percaya lah! sesungguhnya roti2 ni memang lembut gila! dan sedap giler! pergghhh!! nak2 baru kuar jer dari oven pembakar tuh! bapak....
~semua tu adalah hasil dari satu doh sahaja, Shanghai Bun namanya... Dari Doh Bun tu siap boleh buat Pizza, Mini Pizza, Bun Kacang.. Sosej Bun, ada satu Bun yg diselaputi Chiken Loaf! sedap giler tapi tak sempat nak snap coz btery cam out! Bun2 di atas tu pun belum lagi masuk oven tu.. tapi dah sabar nk nnggap sebenarnya!
----------------------------------------------
"Wholemeal Bread"
~ ini pulak 'wholemeal Bread'! arrgghh sedapnya! Pulak tu Kak Aida ni siap sediakan kari Ayam untuk kami makan cicah roti nie! hallamak.. terangkat.... (serius aku tak tipu memang sedap!)
Thanks sangat kat Kak Aida coz sudi nak buat kelas ni dengan bayaran hanya RM 20!! pulak tu siap jamu kami makan Kari Ayam lagi.. dan lagi, boleh bawa balik roti banyak pulak tu...
(luckly gak ada orang tak jadi dtg last minit.. hmm.. byk la bekalan yg 'harus' dibawa balik sebagai bekal.. yelah sempat bagi makcik aku rasa jugak tuuu... hubby aku lagik! haa.. tak banyak ker tu...)
Murah rezeki aku hari tu dan murah lagilaa rezeki Kak Aida..
Sebelum nie aku penah cuba uat gak! tapi jadi keras DONG! penyudahnya.. makan topingnya aja.. roti..huuu..cecah air pun tak sudi..! itu yang sematkan dalam hati nak belajar jugak!
Ape kata aku share jer resepi yg aku baru belajar nie..
~Shanghai Bun~
-220ml air
-75gm butter/mentega/margerin atau seangkatan dgnnya..
-1 biji telur (kalu leh, size m or s)
-1camt bread improver
-1/4camt 3+1 doh pes (dough softener)
-1/4camt garam
-4 camb susu tpg (susu tpg pe pun boleh, jgn susu cair pulak!)
-100gm gula kastor (gula biasa pun ok..)
-500gm tpg high protein (haa.. pkai tpg ni, tekstur roti akan cantik tambah pula ianya berkhasiat, kalau tepung biasa tekstur akn jadi agak kasar )
-1 peket yis mauripan
Cara; masuk 1 persatu ikut turutan bhn di atas, then, uli atau lebih senang masuk breadmaker..
~Wholemeal Bread~
-250ml air
-75gm butter
-1 biji telur
-1 camt bread improver
-1/4 camt 3+1 doh pes/ bread softener
-1.5 camt garam
-3camb susu tepung
-100 gm gula kastor/halus
-300gm tepung high protein/tepung biasa pun leh ler
-150/200gm tpg high ratio wholemeal
- 1 peket mauripan
~Cara buat sama seperti Bun di atas~
~Selamat Mencuba-cuba~
Tip;
-kalau uli manual, kena uli lebih kurang 30 minit, kmdian tinggalkan doh biar naik kembang dahulu.
-bila dah kembang doh tu, sebelum di acu-acukan, tepuk2 dulu doh tu supaya keluar anginnya..
-Doh sempurna bilamana kita pegang, ianya tak melekat2 kat tangan.. tambah gandum kalau agak lembik.
Fakta;
Warna tepung sebenar adalah kuning keperangan, dan kebanyakkan tepung yg dijual menjadi putih kerana telah di lunturkan menggunaka BP-Benzoyl Peroxide yg mbahayakan kesihatan!
2 comments:
ni mak rajin nk baca ko nya blog ni...resepi unik2 ...mari nya...x terbuat le aku...tp aku nk try gak one day..
nantila kalau ada rezeki, lenkali aku pi annexe boleh bagi ko rasa kat menara nun yeh..
Post a Comment