Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, September 22, 2010

Syawal yang diraikan..

sehari sebelum raya memang hari yang paling sibuk!
ibu2 kita lah yang paling sibuk..

nasib baiklah mama aku punya anak2 pompuannya yg boleh la dikatakan ringan tulang... :) ada yang tunggu kena suruh pun ada..

Aku nak share resepi Kek Buahan Campuran yang aku buat untuk raya kat kg ritu..
pertama kali buat ni, tapi Alhamdulillah menjadi, dan menjadi kegemaran semua pula!
resepi aku terjumpa kat internet. Sgt2 berterima kasih atas resepinya itu! tak perlu aku copy paste, korang pegi je clik sini>> Koleksi Resepi Diana satu persatu diajar, senang diikuti..


ni gambar dari Koleksi Resepi Diana, kredit untuk beliau..
dan, ALhamdulillah..

bwh ni aku punya,

tak sempatlah nak snap pic masa potong..tak sempat..

satu lagi Kek Marbel
resepi dari sepupu ku, rasa sekali terus tangkap resepinya! huhuhu.. tengkiu cuzz'

-250gm butter/mentega
-130-150 gm gula perang
-esen vanila
-4-5 biji telur
-1sk baking powder dan soda bikarbonat
-230gm tepung gandum
-1 cwn serbuk koko

cara:

pukul butter dengan gula hingga kembang, masuk telur satu2 dan esen vanila, kacau sebati.

kemudian masukkan tepung serta soda dan baking powder.
bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian dicampur serbuk koko.
lapiskan setiap bahagian berselangseli sampai habis..

mama suka kek ni, dia yg request untuk buat.
maka hasilnya di bawah..




**************************************************

last berpuasa adalah dengan ahli keluarga!
excited sebab sempat ke pasar Ramadhan di Kelantan,
saja bwa b jln2 tgok kuih2 tradisional Kelantan..

Meriahnya pasar Ramadan kat sini... mcm2 ada! :)
gambar tahi itik, buahgomok dan tanjung amik kat google,


pernah ke makan etok etok ? persis kerang/kepah, tapi ianya kecik2 je, saje kasi org Perak tu rasa.. hehe.. sebetulnya inilah kali pertama aku rasa pun! sebelum ni tak pernah berkesempatan nak jumpannya.
mereka jual dalam kelonsong mcm kon tu, 1 RM 1, makan cam kuaci je, tapi kalau mula2 nak mkn, nak kokaknya susah juga, bila dah biasa.. baru lancar je.. :)

Buat gomok? ini kesukaan papa! tu pasal kami beli.. penah ke makan buah gomok ni? :)

Sementara kebanyakkan kuih menggunakan kuning telur,seperti Bunga Tanjung dan Jala Mas tu, Kuih Tahi itik pula dihasilkan dari putih telur! tidak lah membazirkan?

Akok dah tentu2 menjadi kegemaran semua.. tambah makan ketika panas2.. pulak tu yang banyak telur..uihh..terangkat la pula!



IringJeling: udah caca merba entri aku.. nak kuarkan semua punya pasal.. hmm ;p

5 comments:

Kazaztan Team said...

suka makan kuih2 dr klantan...terumata akok...feveret gak tu

kella said...

kazaztan: haah,... akok yang paling hot...
kalau kat kl pun ada, tapi jarang dapat makan yang sedap, kebanyakkannya keras je, tak lembut ranum...

terima kasih

Mimy Hamid said...

makanan kelateeeeeee memanis aku rasa...nama tak leh blah..kelakoooooooo

kella said...

mimy: memang nama tak bleh blah kan... tahi itik lagi..

Ain said...

tahun ni kami kempunan nak makan tepung gomok, jenuh carik kat pasar ramadhan, tapi nan adooo...

kalau etok tu dari kecik akak dah biasa gi carik kat sungai, paling suka kalau goreng berempah atau rebus dengan serai...

sedappp...

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker