Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, September 6, 2010

Ramadan semakin berangkat pergi

Assalamualaikum..

Ramadan bulan mulia.. semakin ingin berpergian...
tiba tiba aku rasa sayu..
sebelum2 ni, memang aku tak pernah rasa begini..
sebelum2 ni, masa2 ni memang dok sibuk fikir nak raya dah!
fikir nak pakai baju apa.. plan itu.. plan ni..
naik serabut pun ada!

tapi tahun ini..
di akhir Ramadan ini aku rasa sedih..
sedih Ramadan hampir sampai ke penghujungnya..
Bulan penuh ketenangan ini semakin berangkat pergi!
terasa betapa aku masih tidak gunakan sepenuhnya Ramadan untuk beramal..
walau masih cuba sedaya upaya..

Aku suka Ramadan!
Aku suka rasa tenang di bulan ini,
Aku suka tidak di kelilingi oleh iblis-iblis yang sebelum ini asyik campur tangan..dan walau dengan ketiadaan mereka pun di bulan Ramadan, seringkali terbawa perangai iblis..
dek kerana 11 bulan yang lalu..mereka sentiasa ada.. huh!
Aku suka bila tahu yang betapa banyak pahala berlipat kali ganda yang Tuhan kurniakan pada yang beramal ibadat.. wlaupun hanya menyebut .. "Subhanallah.."

Ya Allah. mungkinkah tahun hadapan akan ada kesempatan untuk ku bertemu Ramadan lagi..
Ya Allah.. aku nak, aku mahu bertemua Ramadan lagi,
rasa menyesal tak gunakan sepenuhnya Ramadan kali ini.. namun aku telah lakukan yang termampu..

Benar, hari Raya adalah tanda kemenangan dan kesyukuran, bersyukurlah bagi orang orang yang berjaya mengharungi Ramadan! laungkan Takbir tanda kemenangan!

Nak raya.. baju raya takda pun lagi..
alaa.. bukan susah pun, baju lama masih lagi boleh dipakai kan.. :)

Maaf zahir dan batin untuk semua teman-teman ku yang mengikuti blog ku..
salah silap harap diampun..

7 comments:

Amieynna Amin said...

Salam Aidilfitri jua untuk kamu..
Semoga kita akan bertemu di Ramadhan akan dtg..
insyaallah..

LYaFRINA said...

itula kella.. smoga, thn depan bkesempatan lg utk melalui bln ramadhan.. ieyrla.. bln ramadhan nila pluang utk kt b'amal ibadah dgn sebaik-baiknya.. krn ganjarannya x sama dgn bln2 lain...

kella raya kat mana thn ni??? kalo blik kg tu, bhati-hati yer...

ok, salam aidilfitri dr lya n family..

maaf zahir n batin

LyNn HaMzAh said...

selamat hari raya aidilfitri buat kella sekeluarga...maaf zahir n batin yer dik...

Otromen said...

selamat hari raya kella

Nadine said...

Kella, we are in the same boat. Dah nak dkt raya ni, rasa sayu n sedih sgt Ramadhan dh nak berlalu. Time flies fast kan, rasa mcm tak cukup lagi pengisian Nadia dlm bulan ni :(
smoga masih ade Ramadhan utk kita lagi. sama2 kita doa k. InsyaAllah...amin.

Slamat hari raya, maaf jika ade salah silap Nadia pada Kella..

Rohani Hashim said...

kella, selamat hari raya...ampun dan maaf dari ku mzhany

DrSam said...

Salam. Semoga Ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini membawa pulang seribu keberkatan.

Eid mubarak.


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker