Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, October 10, 2011

Kek 'Marble Cheese Chocolate Brownies'





Assalamualaikum,

Lama tak buat kek kan?
kek ini dibuat pada 8hb Oktober hari tu..
kebetulan makcikku nak datang.. dan anak buah ku sorang tu memang gemar dengan kek coklat, makanya tercetusla idea mahu buat kek ini..
Terima kasih buat jiranku Suhaida, sebab sudi kongsi resepi!
ini gara gara penangan makan kek ni kat rumah beliau hari tu!
terus jatuh cinta.. dan apa lagi.. sesi mencungkil resepi pun berlaku la.. haha..

Terima kasih ya Su, keluarga makcik saya sungguh menggemarinya..
tahu sesuatu? b tak rasa pun lagi kek ni, maka masih tiada lagi komen darinya.. 
maklumlah.. beliau kurang gemar kek coklat, tapi kalau kek fresh fruit tu memang 'feberet' la.. =)


Sebetulnya aku memang nak kongsi resepi,
tapi resepinya tak sempat lagi nak copy, resepi dalam 'handphone' nih hehe..
petang sikit ya kita kongsi.. jangan risau.. mesti kongsi..

Update: RESEPI dari Suhaida (jiran saya)

Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla


Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.

Cara-cara

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

so itu sahajalah untuk hari ni..

oh ya,

Semalam bulan penuh dan amat cantik..
sempat aku mensnap sekeping 2 gambar bula yang bersinar indah itu..
Subhanallah... =)

Alhamdulillah..



saya dah kemaskini resepi ya.. =)

14 comments:

LYAfrina said...

nmpak sedap sgt kek marble tu... skali tgk cam srg labah corak dia...

fenomena bulan smlm tu org pgil "moon halo"

Prince Halilintar said...

tgk pic dah nampak lazat sgt ..blum makan lagi tu

Qhaifa Nur said...

pandang 1X dah tau kek ni mesti sedap, suka corak bahagian atas tu..kreatif sungguh

dah follow jom follow back

Unknown said...

sedapnya kekkkkkk..
pandainya buattttt...
rugi kita tak dapat tgk bulan tu...

wanita mutalib said...

aaa...gle sedapnya..aduh..macam dapat rasa dalam air liur ni haaa..adeh adeh...

kella said...

Lya: tulah...ada nama rupanya.. hoho.. cantikkan lya.. mungkin ada petanda di sebalik kecantikan tersebut.. Allah maha mengetahui..

Prince: risau je kalau makan tak sedap pula.. sebab tengok je dah sedah.. huhu

kak Qaifa: terima kasih ikut blog yg tak seberapa ni.. tima kashi.. haa.. kek coklat memang kegemaran kita..bila org len makan sedap sonot je..

kella said...

Asfa: tu lah.. kita pun sempat tengok gak kejap.. bersyukur atas nikmat Allah itu... tapi takpe, tengok ramai yang dapat snap gambo bulan tu.. so bleh refer kat situ.. =)

WM: aduih,, tiba tiba kit apun turut sama merasakan yang sama gak! hehehe merembes je.. huhu

Anonymous said...

aduyai ,leleh tgk itu kek ... sgt2 suke kek choc, pehtu ado plak chese , nyaman je rs..


salam kenalannnn

Mimy Hamid said...

kawan ku mmg seorang yang rajin mencuba dan hasil nya kebabom...

cun09 said...

salam kella...

nok eteek ^__^

**pic pun comel**

Unknown said...

malam semalam mmg ramai yang syer ttg bulan..
cantik, ada ring
kella..
bilalah kak ada peluang nak rasa air tangan kamu...
mmg nampak mengirukan

Anna Zanna said...

Salam, bestnyer kek..saya memang bercita-cita nak buat kek tapi bila buat asyik taj jadi jer..kella nih pandai lah

My Little Diary said...

sedapnya kek...
tapi i tak pandai buat...makan pandai ler..hehe

deena farhana said...

salam...

kella apekaba...dah lama kita xckp ye..rindu kat kella..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker