Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, October 21, 2011

Adab Menyikat Rambut


 Assalamualaikum,

sekadar berkongsi maklumat yang ku dapat.. moga mendapat manfaat darinya..






Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. 
Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. 
Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. 
Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. 

Kongsi jom...

Update :
(didapati maklumat ini adalah tidak benar, walaubagaimanapun saya tidak membuang entri ini untuk membolehkan kita sama sama kongsi makluman yang di kongsi oleh En Farid dan Pn Qabsah di ruangan komen di bawah..
 boleh rujuk kepada komen en Farid dan Cik Qabsah di bawah)
sama sama kita perbetul antara satu sama lain..
wallahua'lam..

terima kasih..

13 comments:

Mimy Hamid said...

owh beb..thanks a lot...baru ku tau...biasa berdiri kan...harus ku elakkan..sikat je duduk patut la aku pasan nenek aku kt kg sikat mesti duduk

LYAfrina said...

ooo... lya x pnah tau psl ni.. tq sbb sharing info ni..

Nadine said...

Waaaa, baru tau pasal ni. Nasib I mmg wajib duduk kalau menyikat rambut sbb akan amik masa yg agak lama duk tenung cermin tu. ihihi...

TQ dear for sharing ;)

miloaiskurangmanis said...

thanks beb...

sokmo iols sikat rambut berdiri aje...
nak kena ubah ni!

Anonymous said...

salaam wbt..maaf nak tnya kesahihan hadis ini btl ke x? bkn pe bimbang hadis ini, hadis lemah or palsu or mmg betul..tu je...k wassalam

Anonymous said...

kena support dalil please sape perawi nya cant simply said nabi saw said this n that//tq

[leily.laily] said...

tq 4 sharing..
sblm ni mmg tataw..
tp anak, konpom ai sikat sambil duduk..

pasni kena ubah stail, dh hampir 32 thn, br ku tahu.. huhuhuu

kella said...

yes dear.. mungkin saya terlalu terburu buru meletakkan artikel ini tanpa memeriksa terlebih dahulu, ya silap saya kerana terlepas pandang pula! maafkan saya ya, ok, saya juga sebenarnya mencari cari juga kesahihannya... nanti kita kongsi ya!
terima kasih atas keperihatinan.. teguran dan komen2 sebegini membantu sesama kita untuk menjadikan kita lebih berpengetahuan dalam mencari kebenaran yang sebenar.. ke jalan yang diredhai Allah.. =)

Farid said...

Dipetik daripada http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/39914

Hukum Sikat Rambut Berdiri
Soalan

Assalamualaikum..
Soalan saya adakah benar RASULULLAH SAW melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.? Sekian.
Jawapan

Waalaikumussalam.

Tidak benar kenyataan tersebut

Kella said...

En farid: terima kasih atas kperihatinan dan bantuan ini.. semoga Allah jugalah yang membalas jasa saudara.. =))

Qabsah Anisah said...

Shahih ke hadis ini?



salam ustaz...saya nak tanya ttg ksahihan hdis ini

"Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak."

syukran ustaz














........

Wasalam terima kasih diucapkan kerana bertanyakan soalan ini ...ustaz minta maaf sangat-sangat kerana lambat membalas pertanyaan tentang hadis ini kerana ustaz terlalu sibuk dengan kerja... program dan kuliah

Baiklah berkenaan dengan matan hadis yang diberikan di atas....setakat ini ustaz tak jumpa matannya di dalam hadis yang shahih...kerana ada satu lagi lafaz hadis yang sebegini....



- (حديث مرفوع) أَنْبَأَنَا أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ السَّمَرْقَنْدِيُّ ، أَنْبَأَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مَسْعَدَةَ ، أَنْبَأَنَا حَمْزَةُ بْنُ يُوسُفَ ، أَنْبَأَنَا أَبُو أَحْمَدَ الْحَافِظُ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَفْصٍ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ بَهْرَامَ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْهَرَوِيُّ ، عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

" مَنِ امْتَشَطَ قَائِمًا رَكِبَهُ الدَّيْنُ " .




Ertinya : Barangsiapa yang menyikat rambut sambil berdiri maka dia akan dibebani dengan hutang




هَذَا حَدِيث موضوع عَلَى رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَفِي إسناده الهروي وَهُوَ الجويباري ، وَأَبُو البختري وَهُوَ وهب بْن وهب ، وهما كذابان وضاعان الْحَدِيث



Menurut ulamak hadis seperti Abu Zur’ah dan juga Syeikh Al-Albani .. telah menetapkan bahawa hadis ini adalah hadis palsu…kerana di dalam sanad hadis ini terdapat dua orang iaitu harawi yang juga dikenali sebagai Juwaibari dan Abu Bukhtari yang juga dikenali sebagai Wahab b. Wahab…mereka berdua adalah pembuat hadis palsu…..



عن أبي الحسن موسى : قال : لا تمتشط من قيام فإنه يورث الضعف في القلب ، وامتشط وأنت جالس فإنه يقوي القلب ويمخج (4) الجلدة



Daripada Abu Hassan Musa berkata : Jangan menyikat rambut ketika kamu berdiri kerana ia akan melemahkan hati….dan hendaklah kamu menyikat rambut sambil duduk kerana ianya menguatkan hati dan mencantikkan kulit.

Kata-kata ini bukan datangnya dari Nabi saw tetapi ianya kata-kata seorang Tabi’in…..

Kesimpulannya hadis di atas bukanlah hadis Nabi saw…maka janganlah kita menyebarkannya dengan menyatakan ianya datang dari nabi saw kerana nabi saw pernah bersabda:



عن المغيرة بن شعبة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول :
"إن كذبا علي ليس ككذب على أحد ، من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ، سمعت النبي صل الله عليه وسلم يقول : من نيح عليه يعذب بما نيح عليه".
صحيح البخاري




Ertinya : Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku (dengan mengatakan ini adalah kata-kataku padahal tidak benar)maka akan disediakan tempat duduknya dari api neraka yang menyala-nyala.

Sila hentikan penyebaran hadis yang dimaksudkan( tentang menyikat rambut)
.
Wallahua’lam............

Kella said...

Qabsah.. terima kasih atas keterperincian maklumat berkenaan perkara ini =) saya sangat hargainya kerana saudari sudi memberi komen di sini.. ya seperti en Farid di atas, saya juga bersetuju bahawa hadis ini tidak benar..

sama sama kita memperbaiki diri satu sama lain. teirma kasih.. =)

ju said...

Saya pernah belajar perkara ni dan ia ada dlm kitab...tp saya dah lupa kitab mana...biasanya ulama dahulu x akan memasukkan hadis palsu didlm.kitab mereka sbb mereka sgt alim ttg hadis dan klu hadis x soheh pun kita boleh.beramal dgnnya hanya x leh.buat hukum shja...itu pesan tok guru saya...wallahuatlam


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker