Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, October 6, 2011

Poco Poco Di situ Kamu ya???

Assalamualaikum,

nak dijadikan cerita petang semalam aku kena balik sendiri, abbi tak dapat ambil, kebetulan kereta memang parking kat pejabat.. dan kebetulan pula kunci rumah tertinggal dalam box motor abbi.. so tak boleh la balik lagi.. tunggu sampai abbi selesai urusan baru bleh balik la..
then aku putuskan nak ke Testko la, sambil2 beli brang ..sementara tunggu dia balik..

Dah habis beli semua, saje la jalan2 lagi sebelum membayarnya..
lepas tu tiba tiba aku melihat kelibat 2 orang wanita, sorang tua, sorang muda sikit, bertudung.. sedang kelam kabut melakukan sesuatu!
bila aku pandang diorang, diorang pun pandang aku, yang aku peliknya pandangan diorang tu cam lain sangat,
mula mula aku takdalah rasa apa apa.. tapi..
bila kejap kejap diorang pandang... kejap kejap diorang pandang.. muka cam kelat semacam je..
pandang pandang macam ada sesuatu je..
tu yang buat aku curiga tu..
aku bebuat tak tahu.. tapi aku sempat curi tengok, aku nampak diorang buang tag besi yang lekat kat tin susu!  ala.. yang tag biasanya kalau kita nak beli tu, masa bayar baru 'cashier' tolong buangkan tu.. biasanya ada kat tin tin susu tepung... atau barang2 yang mahal tu.. tahu kan?
aku tengok diorang cepat cepat buang besi tu dan sorokkan dalam bahagian rak barang2...sesambil tu mata diorang melilau pandang aku.. tapi aku bebuat tak nampak je!
pastu mereka berdua pun berlalu pergi ke tempat lain... tak nampak mereka di lorong tu lagi..
aku tak adala rasa apa2 sangat masa tu.. just teruskan window shopping..
dan seterusnya nak ke section sebelahnya pula.. (lorong sebelah) sebelah yang ada milo, teh, nescaffe semua tu..

dan tiba tiba, aku terlihat kakak tu lagi di situ!
dan kali ini, bukan mereka berdua lagi, mereka ramai! adalah dalam lebih kurang 10 orang kot.. berderetan di tepi tempat letak letak barang tu!
dan ketika itu juga rasa berderau.. tiba tiba meremang dan jantung berdegup kencang! mereka semua dan akak tadi juga memandang ku!..
bila aku rasa tak sedap tu  terus aku baca ayat kursi, alfatihah dan segala ayat! rasa tak kuat pula nak lalu kat situ! tapi aku kuatkan juga, aku nak lalu jugak! aku nak tahu apa diorang ni nak buat!
mulanya firasat aku kenapa la melayu2 ni, pakai tudung, baju kurung segala.. tapi kekdah apa yang dibuatnya ni.. tapi bila aku terdengar mereka bercakap! sahlah , orang indon rupanya!!
aku sengaja mengambil telefon dan pura pura berbual.. aku ckp kuat kuat
" haa.. nak milo ke oveltine ni? oveltine yang besar takda.. yang kecil je ada.. milo yang besar ada lah.." sambil sambil tu aku pun menuju la ke tempat2 letak milo, di mana mereka semua berderetan di situ..!
mereka saling pandang pandang aku! yelah.. nak taknak mereka kena bergerak, sebab aku nak amik barang kat situ! sengaja je aku nih!
korang pernah tengok tak muka orang yang macam takut takut, muka orang buat salah.. tengok tengok orang macam berani berani takut gitu.. macam pelik, ye lah.. kalau kau tak buat salah buat apa ko pandang pandang kan.. macam cover cover je..

bila aku selak2 milo dan ovaltine tu aku tengok berlambak2 tag besi disorokkan di sebelah dalam, diorang cover dengan milo2 kat depan! tu yang ramai ramai buat tu, diorang cepat cepat tanggalkan besi tag tu dan sorokkan cepat cepat! boleh nampak la! kelam kabut semuanya buat kerja!! aku perasan, bukan susu tepung je, banyak gak benda yang diorang cabutkan tag tu! tapi yang aku sangat la pelik! sangat mudah je aku tengok diorang cabut besi tu!! serius aku rasa cam pelik, tapi benar!  sekelip mata je, besi tu dah tercabut, dan cepat2 sorang lagi pula menyorokkannnya ke belakang.. diorang pakat sorok menda alah tag besi tu kat mana2 yang boleh di sorok kat atas rak tu la..

aku juga perasan, mereka semua memegang satu bakul biru tu.. troli takda  pun, sorang sorang pegang bakul biru.. apa yang aku perasan... sorang dua berlegar2 kat bahagian hadapan, macam cover line..  pastu aku perasan lagi (suka sangat perasan aku nih! hehe).. mula mula kat dalam bakul macam penuh dengan barang barang.. pastu..bila diorang jalan kesebelah sana.. datang balik sini, bakul tu dah kosong, tinggal 1-2 barang je... tadi penuh, pastu kosong! tu yang buat aku lagi curiga nih!
aisshhh tak boleh jadi ni!
diorang ni nak mencuri ke? tapi takkan la diorang berani kat testko ni beb..

pastu bila diorang pun dah mula tak senang dengan kehadiran aku kat situ...satu persatu hilang terus mereka ni dari pandangan aku..
aku tengok2 juga mana mereka ni pergi,  dan aku pula meneruskan perjalanan ke lorong sebelahnya pula!
masyaAllah... meraka beramai ramai kat situ pula!! kali ni di bahagian air2 botol tu..
macam biasa tadi la, tengah berderetan, kelam kabut melakukan sesuatu!
macam sedang masukkan sesuatu dalam baju pun ada! issshhh! kelam kabut jadinya mereka kat situ!
aku perasan, makcik yang mula mula aku jumpa tadi, macam tak senang dengan aku, yang lain lain pun sama..macam marah marah je, mcm ikut diorang la kot...
tapi aku buat tak tahu je, aku perasan, sorang sorang tengok kat aku!
masalahnya aku nak cari orang lain nak suruh diorang tenogk juga, tapi takda orang lain pula kebetulan..
dah mereka pun pandang aku semacam je! muka cam takut pun ada...
memang dalam hati aku ni semacam satu perasaan yang tak best tau, rasa tak sedap hati sangat.. tapi aku terus2 membaca ayat ayat suci Al-quran.

kali ni aku tekad, aku nak cari pekerja mereka dan nak maklumkan yang mereka ni nampak mencurigakan! tapi sorang pun aku tak jumpa kat lorong2 bahagian depan tu, aku nak cari sesiapa pembeli juga, kot kot mereka pun rasa apa yang aku rasa.. tapi takda orang! aku tengok cashier semua tengah sibuk dengan pelanggan yang nak membayar...
aku terfikir jjuga, takut gak nanti aku yang termalu, mungkin aku tersilap tafsir ke ape ke..
aku terus terfikir nak bgtau kat cashier bila bayar nanti..
terus aku menuju ke cashier yang free.. yang hujung je takda orang, so aku cepat cepat pergi,
bila aku letak barang atas meja cashier yg bergerak tu, aku perasan ada sorang geng berkumpulan tadi tu ikut aku dibelakang rupanya! aku buat tak tahu je,  terus je cashier tu nak kira..
mungkin diorang nak check kot kot aku ni pegi report ke ape ke.. sampai hujung ikut aku, pastu bila tengok aku berlagak biasa je, terus dia patah balik!
apa lagi, aku terus la bgtau kat cashier tu tentang keadaan yang mencurigakan itu tadi! kebetulan seorang officernya ada kat situ! setelah aku gambarkan bagaimana keadaan mereka itu tadi, terus officer tu ke sana!
lepas tu datang sorang lagi officer, terus ke sana juga...
dan aku tak tahu apa lah yang berlaku di sana ..
harap2 ada sesuatu yang tak betul dpat diperbetulkan lah..
kata cashier tu, mustahil diorang dapat keluarkan tag tu, dan untuk makluman, susu2 tepung ni berada di tingkat atas tau.. maknanya mereka angkut dari atas bawa turun ke bawah? hmmm pelik pelik,

lepas je habis bayar, officer yang mula2 tu tadi datang..
ucapkan terima kasih kat aku, aku tanya, boleh ke keluar kalau barang2 byk camtu..
katanya diorang ada bawa beg! katanya takpe, officer lain tengah check lagi tu!
huh! menakutkan betul laa...
officer tu ucapkan terima kasih sekali lagi..
aku bukan buat apa pun, cuma ingin membetulkan keadaan kalau tak betul!
sakit hati tengok keadaan mereka tu tadi!

aku tak tahu la apa kejadian seterusnya,
malas dah nak fikir, sekurang kurangnya hati ku dah sikit tenang sebab dah maklumkan pada pihak pasaraya tu, kalau tak hati aku mesti tak tenang dan tertanya tanya..

Baliknya aku cerita kat abbi, dia minta aku sembahyang dan byk baca ayat kursi, sebab kadang kadang orang macam ni, kuat pukau..
yaa.. mungkin yang buat aku berderau je tu.. ada kaitan kot.. entahnya..
wallahua'lam...

panjang nao ceritera aku kali nih! hehe..


7 comments:

Mimy Hamid said...

kejadian depan mata ni...macam macam hal ragam orang kan..dia nak mencuri kahhh mereka mereka ini...nasib keprihatinan ko perasan...bukan nak jadi kepoci ke apa tapi mencurigakan elok la kita siasat

Prince Halilintar said...

ade jugak org macam tu kan..slmt la ade kella..klu tak rugi pasar raya tu..mesti nk curi klu dah cabut tag tu kan..

Nadine said...

scary nya baca Kella. boleh siap ikut u dr belakang eh. nasib u takde pape dear, alhamdulillah.

anyway, itu mmg tindakan yg sepatutnya Kella. proud of u to take the risk n do the right thing :)

cik dah faridah said...

alhamdulillah ada yg prihatin...

byk kes dah kan berlaku cenggini...takut jgk pukau memukau ni...

Zanna Rohim said...

Itulah orang nih kalau nak buat benda tak elok cepat jer..kalau saya berada di tempat kella belum tentu saya pun berani.

LYAfrina said...

huhuhu... x sangka dia org brani buat kt psaraya bsr g2,,, tp xde cctv k?? cnfirm geng2 ni mmg dh biasa buat kje gni.... klo x.xkn express j buang tag tu kan.. tp mujurlah...kella report gk kt cashier tu.. ni la...spndainya tupai melompat...akhirnya jtuh k tnh..

Diela Zaimi said...

ish jahatnya...tp bahaya gak kan...yela diorang ramai...kdg2 nak bertindak sendiri pun takut gak...tapi mujurla ada kella yg berani & prihatin...tahniah kella! ;)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker