Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, October 7, 2009

Santapan Ramadhan di KL sblm blk Kg.

~Hati Lembu Goreng Terkesima~


~Beby Kailan Goreng Selayang Pandang~


Hahaha... ayat poyos giler lak.. saje je aku main taram je nama masakan tuh.. Gimik lebih.. well... my cooking my own name la.. (sbnarnya resepi mama ni, sorry ma.. cilok jap!)

entry masa pose ritu lagi ni.. tapi takpe, its for my cooking journal only.. resepi disertakan.. kot la lupa plak caranya, leh rujuk sini.. takkan nak tanya mama je setiap kali..


~ Hati Goreng terkesima~
- Hati tu di potong 4 segi, kecil2, lepas cuci, tos, gaul dengan garam, kunyit, halia, bwg putih (semuanya tumbuk sekali dan digaul) juga masukkan serbuk jintan manis & putih sikit je, serbuk ketumbar pun sikit je.
-then masuk kuali, tanpa minyak, rebus hati tu sampai kering airnya, pastu baru masuk minyak.. goreng lagi selama mana, kalau nak garing sangat boleh la goren lama.
-pastu masukkan bawang besar yg di potong bulat2, cili hidup yg besar juga di potong, dan daun bawang dipotong dimasukkan sekali.. untuk hiasan.
-siap boleh di hidang
-maaf la kuantiti setiap bahan tu, agak2 sahaja.

~Beby Kaila Goreng Selayang Pandang~
-Tumis udang kering yg telah di tumbuk2 sikit kedlm minyak yg panas hingga naik bau/garing, kemudian,masukkan 5-6 ulas bwg putih yg ditumbuk, juga ditumis semuanya.. hingga naik bau..
-kemudian, sos tiram 2-3 sb, kicap sikit je, dan masuk sayur beby kailan tu tadi.
-kalau nak kuah boleh taruk air lebih sikit, tak perlu garam sebab sos tiram dah masin.
-siap, boleh di hidang, dimakan panas2 bersama nasik...
hmmm terangkat..
tak caya? tanyala my b..

No comments:

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker