Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, March 27, 2012

Resepi Ketupat Sotong Bonda


Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
berkesempatan hari ini untuk update blog, dah sihat pun..
 suara je masih sengau2 lagi nih..

mari tengok menu ni minggu lepas punya..

Ini Ketupat Sotong resepi Kelantan
kalau Kak Mas tak request, kita pun tak terbuat la..
thanks to kak mas yang sudi..



Resepi Ketupat Sotong
dari Mama ku;

8-10 ekor sotong sederhana besar
2 cawan beras pulut (direndam terlebih dahulu)
3-4 helai daun pandan 
2-3 keret gula merah / manisan
1-2 cawan santan pekat
1 sudu gula biasa
secubit garam
1sk halba ( optional sahaja, tak buh pun takpa)
lidi yg di potong tajam untuk mencucuk kepala sotong

Cara:

Bersihkan sotong, toskan (kalau sotong ada telur usah buangkan, itu lagi sedap makan )
masukkan beras pulut yang telah di rendam tadi, isikan separuh dari badan sotong sahaja,
masukkan kembali kepala sotong dan cucuk di bahagian atasnya antara badan sotong dan kepalanya, supaya kepalnya tidak tercabut, dan beras pulut tidak terkeluar..
letakkan daun pandan ke dalam periuk,
susun sotong yang telah di isi pulut itu satu satu bersama daun pandan
masukkan sedikit air dan rebus sotong itu seketika bersama gula dan manisan
biarkan seketika,
masukkan santan, dan teruskan mengacau..dengan api yang perlahan shaja..
selama lebih kurang 20 minit.. agak agak pulut dalam nya dah masak..
dan boleh dihidangkan lah..

selamat mencoba..



Masa buat ni, daun pandan hilang!! tertinggal kat kedai santan! takkan nak p balik, kedai pun dah tutup.. nak taknak kena buat juga, sebab dah janji kan.. so buat juga.. buh sikiiittt ke esen pandan kat dalamnya kasi bau je.. hehe
tapi respon dan Kak Mas kata ok! 
kawan2 pun kata sedap je.. hmm
nanti2 nak buat lagi ya!




8 comments:

Unknown said...

ya ampunnnnnnnnnnnnnn
kella.. bestnya, mmg nampak nyami
nak minta pasti dah abis..
tumpang meleleq air liur jelah

Kakcik Seroja said...

Bolehlah buat untuk di bawa ke rumah Dato' LF. :)

Mimy Hamid said...

macam hari raya pulok hehehe..

Darling Pya said...

first time acu makan ketupat sotong nie di rumah kawan acu...not bad
tapi acu belum pernah masak sendiri lagi la :)

Aine Ainun said...

Sedapnyaaaaaaaa....

Weee, nak nak, tp mals buat;)

miloaiskurangmanis said...

tak penah makan ketupat sotong ni...
teringin nak rasa

munna said...

last week kak munna dah buat ketupat sotong versi macam ni... lain kali nak buat yg kaler putih punya versi pulak

Bitt (double IS) said...

perghhhhhhhhhhh

sedap sangat neggg


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker