Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, March 2, 2012

Sabah, The Land Below The Wind

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
minggu lalu kami telah selamat pergi ke negeri di bawah bayu dan selamat pulang ke tanahair tercinta..
bajet cam jauh je kan... =)
feeling gi oversea... hehe





  ~ Selamat tinggal semenanjung Malaysia.. jumpa lagi 4 hari.... =)  bertolak jam 4.33 petang,
masa kapal terbang mula naik.. hati tiba2 jadi terharu.. masyaAllah.. macam2 perasaan ketika itu.. rasa bertuah, mampu terbang tinggi begini melihat keindahan yang Esa.. rasa terharu atas peluang yang bukan semua orang dapat.. rasa bangga.. rasa bersyukur sangat sangat.. emosi merajai ketika ini...~

 ~ ni dah nak mendarat ke Sabah dah ni... sampai lebih kurang jam 7 malam..
untuk makluman anda semua, aku bersengkang mata dok sebelah tingkap ni.. melihat keindahan di awanan biru!  aku terlalu teruja! dan bibir ini tak lupa memuji muji kebesaran Allah.. Subhanallah.. cantik sungguh laa.. sampai aku mengalirkan air mata la juga..! ye la.. bukan semua orang di beri peluang melihat keindahan seperti ini... Aku bertuah,, dan aku amat hargai segala nikmat Allah ini.. Alhamdulillah.. :' )~

~ action memang lebey minah nih... ~

Sepatutnya, my sis yang akan ambil kitorang kat airport tapi atas sebab2 tertentu dia sampai lambat sedikit, jadi kami harus ambil teksi sahaja ke hotel
 teksi di airport KKIA ini semuanya harga RM 30 untuk sekitar Kota Kinabalu
dekat ke jauh ke sama sahaja..

berbual dengan pemandunya..
katanya di KK ni tak boleh buang sampah merata rata! denda RM500 katanya! betul kah?
patutla.. nampak macam persekitaran KK tu.. bersih je.. =)

pastu ada satu cerita saspen,
pakcik tu mulakan dengan begini..;

" ni saya nak cakap ni.. tapi minta maaf awal awal laa... "

kami dah mula saspen la.. apa je dia nak cakap ni..
dan dia mengambil masa yang agak lama untuk memulakan bicara mengenai hal itu..

kami masih menunggu...

 " di KK ni..."  dia memulakan semula... kemudia berhenti seketika..

" di KK ni... agak ketat sikit undang2 nya.. 
hari tu 2 orang kena tangkap.. 
berkhalwat! denda RM5000 (aku dah lupa dah berada ribu dia ckp) dan 5 kali sebatan!
teruk..  baru baru ni ada 2 pasangan..  ada yang muslim dan bukan muslim... tapi masing masing kena tangkap juga..."

aku dan b saling berpandangan.. tiba tiba b seluk kocek.. ambil beg duitnya..

aku masih mendengar celoteh pakcik tu.. agak bagus sebenarnya jika mereka mengamalkan undang2 begitu! kurangkan maksiat..

" jadi itulah.. di sini undang2nya ketat.. mana2 hotel pun sekarang ni mereka jabatan islam dapat masuk, kes khalwat mesti kena punya"

lebih kurang macam tu la celotehnya... lupa dah dialognya bagaimana..
jadi , tahu la aku.. mesti pakcik ni nak tujukan pada kami nih..
takut kami ni pasangan yang belum berkahwin..
huhuhhuhuh..
faham la aku..  patutla..

si b pula dok bisik kat aku..
katanya...
kad kahwin tak bawa!
huu.. makin suspen la jadinya!
takut juga kan, di buatnya jab agama ketuk pintu.. tak pasal2 lak..
kad tiada..!
ohh. haru.. haru...

sebelum turun ke hotel pakcik bercerita anaknya suda 4, aku pun bgtau dia yang aku masih belum punya anak.. muka nya agak berubah sedikit.. maka tahulah dia yang kami ni pasangan yang dah berkahwin..
tak pasal2 dapat pula tips free untuk dpt anak.. huhuh..
apa pun.. pakcik tu memang friendly... =)

(tapi pelik jugak kan.. sabah adalah Malaysia.. hmm macam lain je sikit undang2nya..)


Ok, balik cerita asal... 
dah siap siap..adik kami pun sampai la.. datang bawa kereta yang hendak di sewa.. 
dan kami menuju ke tempat santapan... =)

~ Kampung Nelayan, Floating Seafood Market Restaurant ~

Boleh rujuk peta kat bawah  ni.. atau ke laman web nya..  =)

KOTA KINABALU CITY OUTLETS


                               
 
 ~ ini ialah Sayur Manis atau dikenali sebagai 'Sabah Vegetable', aku memang sengaja order ni, sebab dah review komen2 dari pelancong2 lain, katanya sayur ni 'mesti coba'! dan bila rasa.. memang sedap di masak begini!! memang sedap!! ratah sahaja pun ok baahh.. ~


 ~ udang ni entah masak apa.. aku dah lupa... tapi memang boleh tahan laa.. lain dari yang lain.. hmmm banyak ni tau!! pinggannya besar sangat! meratah la lagi.. humm.. ~

 ~ ini ialah tiram masak cheese b... hmmm.. tapi kurang memuaskan hatinya la.. tak tahu dimana silapnya... aisshhhh.....! 4 ketul ni..RM 30... harap maklum.. ~


 ~ nampak tak pinggannya yang besar tu.. besar tau.. berat pulak tu pinggan tu... setakat nak pegang sebelah tangan memang tak dapat la.. kena 2 belah tangan... itu ialah ikan merah.. entah di masak bagaimana aku pun lupa.... asik lupa je.. tapi alhamdulillah.. sedap.. =) ( mestilah sedap.. mahal baaa.. ) ~


~ so itu dia my sis nabila wit her fren.. aliaa.. diorang study kat UMS... =) ~


lepas makan.. mahu hantar mereka ke UMS.. sebelum jam 11 kena masuk...
jom berjalai jalai di UMS kejap...

~ Luas dalam UMS nya... ada pantai sendiri.. cantik.. tapi malam malam tak berapa nampak sangat... siang2 baru leh jalan.. =) ~

so lepas tu.. masa untuk merehatkan diri lah..
esok banyak agenda yang perlu dilaksanakan!
get ready for tomorrow..

nanti kita sambung episod seterusnya..

sudi sudikanlah membacanya ya.. =D

8 comments:

*SiRibenMerah said...

salam,

tahniah ye da menang GA.. nanti emailkan address n detail kat email iyramutalib@gmail.com


wahhh, baru balik dari sabah.. patut la dapat jawab..
thanks ye sudi join GA saya..

nabilah_2908 said...

wah...dah sampai dah.... :)

tak sangka pulak yer undang2 kt sabah ketat...ingtkan longgar je.. :)

gadisBunga™ said...

nampaknya lepas ni nak si sabah saya kene amik flight pukul 4 lebih utk dapat view senja mcm dlm gambo tu. superbo!!

Unknown said...

fuh,.. mmg kak ayu pun panik dengan cerita pakcik tu.. tambah2 lagi hubby kamu tak bawa kad..

ingatkan k.ayu jika dh update blog ttg kesinambunagnnya ya dik

Darling Pya said...

acu penah sekali je ke KK
tu pun atas urusan seminar
kalau dah ke sana sebab keja confirm la tak sempat nak berjalan-jalan..acu sempat ke Kundasang je

*SiRibenMerah said...

sabah mmg best...

*email alamat dear.. tanak collect hadiah ke?*

munna said...

bestnya ke sabah... cantiknya view awan senja tu...

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah kakcik akan KK lagi bulan April nanti. Ambil flight malam dan akan sampai di sana tengahmalam.

Kakcik pun suka makan sayur midin yang macam pucuk paku muda tu. :)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker