Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, October 3, 2012

Welcome Muhammad Aliff Rayyan bin Mohd Zawahir

Assalamualaikum,

Rentetan dari entri semalam..
Alhamdulillah, sempat melawat Atie semalam, dan tiada ucapan lain selain memanjat kesyukuran atas keselamatan kedua dua ibu dan anak ini...

2hb Oktober 2012, lahirlah seorang lagi khalifah di muka bumi Allah ini..
Muhammad Aliff Rayyan Bin Mohd Zahawir!  =)


Masa mula mula datang Aliff tiada.. dia baru di bawa nurse untuk diberi susu,
Alhamdulillah, untuk seberapa ketika nurse datang bawa Aliff dalam bilik..
dan tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku sewaktu melihat wajahnya.. 
sejuk hati melihat wajah suci anak kecil ini..
saat menyentuh kulitnya yang gebu itu hati terus terusan memuji Allah..
Subhanallah atas ciptaanMu ini..

  Muhammd Aliff  Rayyan, 
lahir cara Caesarean,  berat 2.5 kg.. kondisinya normal.. sihat.. Alhamdulillah
macam muka atie je.. tapi kata neneknya.. mulutnya ikut macam ayahnya..
humm.. ke mana tumpahnya kuah.. ye tak.. =)

   Aliff memang nyenyak tidur sepanjang kami berada di sana..
sesekali riak wajahnya bergerak dan berkerut mendengar suara suara kami.. 


InsyaAllah ingin sekali aku melihat Aliff lagi..

Tahniah diucapkan kepada Wae dan Atie atas kelahiran cahaya mata pertama ini.
Alhamdulillah atas rezeki Allah yang sangat hebat ini.
nikmat dari Allah yang tidak semua orang dapat rasainya..
Kami suami isteri mendoakan semoga Allah memberkati Wae dan Atie di atas kelahiran baru ini.
semoga Aliff membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata ibu dan ayahnya
dan bakal menjadi khalifah Allah yang unggul di dunia dan akhirat.

Yakini bahawa Allah sangat menyayangi setiap khalifah Allah yang lahir, sehingga terakamlah ayat
“..Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya..” (AlMaidah :32)



Tumpang gembira atas kegembiraan orang lain..
merupakan rezeki dan nikmat dari Allah jua..
ku bersyukur
dan percaya..
Allah Maha Mengetahui segala rahsia setiap kehidupan..





13 comments:

Kakcik Nur said...

Selamat datang Rayyan. Semoga membesar dengan penuh keberkatan. :)

Acik Erna said...

assalam kella..tahniah buat ayahbonda rayyan.
semoga rayyan membesar menjadi anak yang solleh

Kakzakie said...

Bersyukurnya seisi keluarga-sahabt-handai gembira menyambutnya. Tahniah buat kawan Kella itu.

Nadine said...

congratulations utk kwn kella. suka tgk baby tidur. suka bau baby baru lahir. bau syurga dikatakan...wangi! :)

My Little Diary said...

tahniah kpd kedua ibubapa anak ini
comelnya aliff rayyan
semoga menjadi anak yang soleh

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Subhanallah!. Sejuk hati melihat wajah bayi yg baru lahir. Tulus wajahnya tiada berpalit dosa.. Tahniah buat kedua ibubapanya diberi amanah ini.

~aSHa~ said...

indah ciptaanNya

Kunang-Kunang said...

Salam Kella,

Begitu comel wajah orang baru ni.

Tahniah kepada ibubapanya Wae dan Atie . Semoga baby membesar menjadi kebanggaan ibubapa kelak.

Kesuma Angsana said...

seronoknyer dgn bau2 baby ni KA suka

nabilah_2908 said...

alahai...comelnya dia.. :)

atuk said...

Assalamualaikum Kella

terima kasih sudi ziarah PHD


Assalamualaikum Aliff
amin amin atas doa2 tu...

LYAfrina said...

olohh..comelnyer ciptaan ilahi..geramnyer tgk..selamat datang ke dunia si comel

Citarasa Rinduan said...

tahniah wee dan atie

btul tu kella.. mmg semuanya ada rahsia dan hikmahnya...

kita berusaha dan berserah.. jika tiada... redha walau hati ingin juaaa

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker