Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, October 11, 2012

KOMET

Assalamualaikum,

Selamat pagi.. hari ni aku tiba awal ke pejabat..
langit gelap lagi dah keluar...
sekali lagi aku pandang ke langit..
cantiknya hari ni.. tak sama sperti hari hari yang berlalu..
cantiknya memang tak pernah sama.. :)
Subhanallah... Syukur aku masih mampu menikmati semua keindahan ini..

semalam pula.. hujan membasahi bumi...
seluruh lembah klang dalam keadaan sejuk dan lembap..

semalam juga.. sekali lagi misi mencari bintang gagal..
sebenarnya aku dah lama tak tengok bebintang bertaburan..
menghiasi ruang angkasaraya..

dulu2 aku ingat.. selalu ada..
aku akan duduk di luar rumah dan cuba mencari buruj..
hehe.. sesekali aku akan terlihat tahi bintang ke.. atau komet ke ..
memang aku sentiasa bernasib baik dapat tengok tu..
dan kadang kadang aku berfantasi sendiri bila tengok semua tu..
berada dalam dunia sendiri..
hehe. macam macam dilamunkan..
aku memang suka tengok langit!!

pernah sekali aku dapat tengok mcm komet yang agak besar,
bercahaya biru kehijauan macam tu laa... 
seakan akan jatuh di belakang rumah jiranku..
nampak macam sangat dekat!
dibelakang kawasan rumah tu.. memang tanah lapang.. semak samun je....
belum dibangunkan.. memang sangat luas..
hati memang nak sangat pegi kat belakang rumah tu, tapi masa tu dah lewat malam sangat!
aku kayuh basikal sekadar berlalu di depan rumah tu..
dan cuma merenung tajam ke lorong gelap belakang rumah tu..
isshhkk tak berani nak pergi.. gelap gulita! semak samun..

uhhhh.. malam tu aku tidur tak lena.. huhu
dok fikir2 apa aje lah yang aku nampak tadi..
citer kat mama n papa.. diorang suh aku basuh kaki, baca alfatihah, kursi dan 3 Qul sebelum tido!
hehe..

pagi esok dengar cerita.. ada kebakaran kecil kat belakang tu!
aikk.. takkan ada kena mengena dengan apa yang aku tengok semalam??!
uihhhhhhh... misteri.. misteri...

Shooting Star Sky Nice

tulah...
sekarang dah jarang dapat tengok bintang bintang bertaburan...
dah banyak sangat kekotoran menyelaputi ...
asap , jerebu... tebal sangat dah...

panjang lebo aku bercerita pasal bebintang pulak pagi nih!!

hehe.. jap lagi nak share resepi lak ya...

tunggu...

=D



malam ni tengok langit lagi...
moga moga bertemu bintang bertaburan ..


9 comments:

Kakzakie said...

Kakak rasa mama/papa Kella mesti teringat dulu-dulu kan banyak org jahat buat itu ini - takut sebab itu suruh cuci kaki baca ayat suci bagai..

My Little Diary said...

MLD pun dah lama tak renung langit untuk mencari bintang
tiba-tiba rasa rindu pulak nak renung langit dan bintang
ahhh....dunia ini sememangnya indah utk org2 yg memahami

sgt rindu..... ^_^

Acik Erna said...

assalam kella..sama lak kita pagi ni pun acik tengok lanit macam cerah cantik je

faraherda.razalan said...

Awak, smlm sy nak komen entri psl nasi kandar tu tp nape tak jumpe eh? Huhuhuhu.....

:: Mrs.Eady :: said...

sama la..suka tgk langit!

NM02 said...

salam kenal. singgah sini terus follow. jom tukar link, citer dan pendapat. kalu tak keberatan, mari le singgah umh kita plak. hehehe

gadisBunga™ said...

siyes awak penah nampak komet??? bertuahnya awak..!!!

*saya suka tengok bintang. tapi sekarang ni susah nak nampak kat langit kite. paling best experience tengok bintang kat taman negara and kat kundasang masa pegi tahun 2002 dulu.. priceless!

Kella said...

Kakzakie: itulah.. memalam punya hal kan.. apa apa boleh jadi...

MLD: kan? sangat indah.. dan tambah indah kalau mengsyukuri.. =)

Acik: betul... acik pun suka tengok langit yaaa.... :)

Cik Fara: lerr... mesti pasal mula2 tu dia auto not allow for comment.. pastu dah ok dah.. nanti leh komen ya! hakss.. =)

Mrs Eady: kita samaa... gimme hi 5! :)

NM02: terima kasih! sudi singgah sinih!!! =D yaa.. kita dah singgah.. dan follow jugak..
tq tq yaa...

Kella said...

GB: haah... sedari zaman kanak kanak hingga la zaman remaja.. memang dapat tengok.. cuma sekarang ni.. memang tak jumpa da... ye la.. dulu dulu kerja dok merenung langit jee.. masa free banyak.. hehe..
sekarang masa tak berapa banyak nak renung langit di malam hari.. bila time renung pula.. bintang tiada yang bertaburan.. hummm... =(
betul tu..sekarang susah nak nampak kat langit!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker