Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, July 31, 2012

Untuk semua kaum hawaku ketika ABC




Assalamualaikum,

sedikit perkongsian untuk teman teman hawaku yang berada dalam keuzuran di bulan Ramadhan ni.
Perkataan ringkas yang baru aku tahu dari seorang sahabat ialah ABC.. iaitu..
Allah Bagi Cuti..

=)

mari lah kita sama sama tingkatkan amalan.. rebut sebanyak mungkin pahala di bulan bonus pahala ini..




Thursday, July 26, 2012

Resepi Kerabu Sedap Istimewa

Assalamualaikum,

Ini ialah menu hari pertama berpuasa yang lansung menjadi menu untuk berbuka hari ke dua juga..
gara gara sedap? hehehe...
hari pertama buat tanpa udang...
hari kedua incik bos request nak lagi.. tapi dengan udang pula.. =)
bahan2 memang dah ada.. beli udang je..

jadi mari kita kongsi resepi aneka saya ni!



Resepi Kerabu Sedap Istimewa (Incek Bos)


10 ekor udang (dimasak terlebih dahulu dengan sos ikan)

5 batang kacang botol (potong kecil)
7-8 batang kacang buncis (potong kecil)
1 biji tomato (potong dadu besar)
1 biji cili besar (potong halus)
Serai (hiris halus)
sekuntum Bunga kantan ( hiris halus)
bawang merah/ besar (hiris)

2sudu besar kerisik/ kalau nak lebih pun boleh..
1biji limau nipis/ lemon pun boleh
gula dan garam secukup rasa

Cara:

masukkan semua bahan2 sayuran ke dalam mangkuk. Gaul.
masukkan kerisik, perahkan air limau, tmbahkan garam gula dan gaul lagi hingga serasa sedap.
last sekali masukkan udang dan gaul lagi..

dah siap pun!

inilah Salad melayu kita.. kan?

=)





Tuesday, July 24, 2012

Astagfirullahala'zim...

Assalamualaikum,

Istighfar panjang aku tadi...
pagi pagi naik darah sampai ke kepala.. hingga buatkan aku meninggikan suara!
astaghfirullahala'zim...
aku tenang2kan diri sendiri...

(aku dah taip panjang2 ni ... tapi delete balik.. sebab tadi menulis mengikut emosi.. tak perlu la di tunjukkan kat sini.. astagfirullah..)

Apa yang aku boleh katakan...
dalam persahabatan ni .. perlulah ada kepercayaan..
tak guna bersahabat jika tiada lagi kepercayaan..
kamu menyatakan yang kamu ikhlas berkawan dan ingin semuanya bersih dan terang..
tidak mahu selindung2 dan perlu berterus terang!
ya aku setuju!
ada sesuatu yang kamu sangsi terhadapku, lantas kamu bertanya untuk kepastian,
dan aku menjawab,
namun jawapan jujurku tidak memuaskan hati mu?
apa kamu mahu aku mengaku pada sesuatu yang tidak aku lakukan?
ya...samada percaya atau tidak.. itu hak kamu..
jika jauh di dasar hati mu tidak percaya..
apa boleh aku lakukan?
walau aku berteriak pertahankan kejujuranku,
namun tetap tidak ada gunanya jika kamu sukar untuk terima..

ouhh...
terasa sungguh..
kecil pula jadi hati ini...
kamu kamu adalah sahabatku..
dalam diam berpakat menyangsi terhadapku?

Isshh ishhh ishh
terasa kesian pada diri sendiri...

sebab aku sayang sanagt pada kamu kamu...

sedih pula...

hubungan ini nampaknya telah tercalar...
sayangnya.....

Dugaan dan cabaran untuk aku di Bulan Suci Allah ini...
aishh.. tak sangka pula!
hummm...

sabar... sabar... sabar..

oh! Jom la kita pergi solat Dhuha dulu!
Subhanallah....
walhamdulillah..
walaa ilaa ha illallah..
Wallahu Akbar..

Monday, July 23, 2012

Resepi Kueh Gulung aka Ketayap


Assalamualaikum,

salam menyambut hari ke 3 berpuasa...

Semalam, buah kuih gulung ini untuk menu kuih masa berbuka..
mulanya nak buat puding karamel..
tapi bila suami meyebut nak makan ni..
terus aku keluar sekali lagi untuk beli kelapa parut pula..
bahan yang lain ada di rumah..

dan terus juga aku sms kat mama..
minta resepi kuih ini!

mari kongsi resepi Mama.. Kuih Gulung atau juga dikenali dengan kuih ketayap!



Resepi Kuih Gulung

Untuk intinya:

Sebiji Kepala parut muda (ambil kelapa putih sahaja)
beberapa helai daun pandan di lerai halus dan disimpul
2 karet nisan (gula manisan)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air

cara:
panaskan air, masukkan daun pandan,
 masak manisan, gula, garam, hingga cair
masukkan kelapa parut..
kacau sebati hingga airnya serasa meresap 

Untuk kulitnya:

-200ml santan pekat
-3-4 cawan tepung gandum
-1 biji telur
-2-3 sudu besar minyak jagung
-air daun pandan ( kisar pandan dan perah airnya untuk warna hijau - tapi malangnya..
pandan tak cukup, makanya buh pewarna kuning sahaja..sesekali tukar la sikit.. =)
-secubit garam
-air secukupnya..

Cara:

Gaul semuanya hingga sebati.. tidak terlalu cair dan jangan terlalu pekat.. 
sedang sedang aja..
(kata mama: tengok kat senduk pengacau tu adunan ada melekat nipis kat senduk tu kiranya boleh la tu,) 

masak atas pan tak lekat
atau kuali yang di sapukan minyak sedikit
letak sesenduk dan golekkan ia menjadi bulat dan nipis
tak perlu balik
angkat bila dah masak
kemudian, mulala mengisi inti kelapa dan gulungkan ia..


ok.. selamat mencuba...





Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan..

Assalamualaikum,

Selamat datang.. bulan penuh barakah..
bukan kesayangan...
Bulan kecintaan..
Bulan kerahmatan..
Bulan kesucian
Bulan kemuliaan
Bulan kemenangan 
Bulan keagungan
ya Ramadhan..

di kesempatan ini..
Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini  kepada teman teman semua, dengan penuh rasa syukur dan rasa kecintaan kepada Allah..

Ampun maaf sekiranya selama aku berblog ini terdapat salah silap dalam tutur bicara menaip bait bait perkataan.

Semoga Allah berikan kita kekuatan dan kesempatan untuk bersama Ramadhan hingga ke penghujungnya..

Esok Ramadhan akan menjelma!
Ya Allah.. panjangkan lah umurku supaya dapat melalui Ramadhan penuh barakah ini...
Sama sama lah kita bersedia menghadapi Ramadhan..
jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja..

Peringatan untuk diriku sendiri juga yang lemah
dan masih mencari cari keredhaan Allah..

Projek Sebelum Puasa

Assalamualaikum,

Apa khabar teman teman semua?
setelah lama bercuti semalam baru mula bekerja semula.
maaf, belog ini juga terpaksa dicutikan.

Alhamdulillah...
esok dah puasa ya!
Aku sebenarnya sangat teruja dengan Bulan Ramadhan yang satu ini..
berdebar debar pun ada!
MasyaAllah.. seribu perasaan bermain main di kepala ni..
ya Allah... moga aku diberi kesempatan menikmati bulan barakah ini dan di beri kekuatan untuk mengharungi nya..hingga akhir..
sesungguhnya jauh di lubuk hatiku sangat mengalu alukan kedatanganmu ya Ramadhan..

Selesai sudah beberapa projek sebelum Puasa.
Alhamdulillah.. ini semua pun rezeki dari Allah..

mari kongsi antara projek2 baru2 ni yang sempat di buatku

~ kek Coklat Indulgence... untuk Juanita..~

~ ini kek feveret aku buat... memang suka buat yang ini... =D Selamat hari lahir Mr Mac! many happy return to you.. ~
 
~ Fruitty tiramisu untuk jiran ku Nikki... ~

 ~ Strawberry tiramisu untuk kak Mai... =) ~


oh ya.. kalau ada kawan kawan yang berminat untuk menempah biskut raya pun boleh...
Homemade Cookies Moms and Daughter... 
=D

~ tinggalkan pesanan di katalogkay@yahoo.com atau komen saja di sini ya..
tapi semestinya di area lembah Klang la kot.. sebab kalau nak pos risiko pulak kan..

aaahhh.. lama tak menaip, tangan ni macam makin bersemangat je nak menaip dan berjalan2.. tunggu..
jap lagi kita singgah2 ya..

Sampai Jumpa..
=D



Thursday, July 12, 2012

Sizzling Yee Mee lagi

Assalamualaikum,

Seperti tidak jemu, setiap kali tetamu datang menu yang wajib ada ialah Sizzling Yee mee!

agaknya dah jadi trademark dah kot... kalau datang umah mesti nak buat ni..
sebenarnya baru baru ni je pun.. ye la... semenjak dah beli hot plate hari tu.. jadi bermula dari beli tu la asyik dok buat ni je..
lagipun senang je nak buat! heheheh =p
Abbi la.. dia kalau boleh kat rumah tu sentiasa ada stok untuk buat sizzling yee mee ni, kalau orang datang senang katanya.. buat je nih.. pasti orang suka katanya!
errrr... ye ke ni b.. ke u yang suka!? heheh

tapi, betul.. ianya menu yang lain dari yang lain..
dan memang mampu membuat keterujaan kepada sesiapa sahaja tetamu yang datang.. Alhamdulillah..
asalkan mereka suka.. aku amat bersyukur...


~ cantik kan telur kuning tu? telur omega tu kaler oren semacam je.. =)  ~



~ Keluarga poksu yang datang bertandang minggu lepas... terima kasih sebab sudi datang.. kebetulan maksu ada kursus.. so paksu ambil kesempatan datang ke KL untuk ambil maksu bersama anak2nya... meriahlah Sabtu Ahad kami dengan riuh rendah bebudak tu...
2 hari berturut2 mandi kolam.. di kecil Bahiyyah tak mahu naik la kalau dah masuk dalam air.. walaupun dah ketar gigil pun nak berendam jugak! ~

stok sizzling dah habis.. nak kena topup ni.. tapi dah nak dekat puasa kan... =)

kalau ada sesiapa yang nak makan sizzling mee mai la datang umah.. insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana.. =)

oh ya.. nak resepi Sizzling mee?? Klik SINI atau SINUN

Selamat mancuba! =D

ok, sampai jumpa!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker