Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, July 20, 2011

Baru nampak BE!!

Selama ini aku sering mendengar blogger sana sini dok sebut tentang BE kan.. Buffering Earning! tapi aku tak pernah nampak pun! atau sebenarnya tak pernah dapat? hehehe..

baru baru ni.. lepas je cashout hasil menuai yang ngam ngam cukup untuk di cashoutkan tu, aku ternampak atas sekali ada tulis Buffering Earning! ohh.. inilah yang mereka dok sebut sebut tu! ohh... oh... hehehe
so mengikut apa yang tertampal di situ.. BE yang sedang rancang di Mathari ni ialah.. Touch N Go SS, DiGi iPhone 4 Grapevine dan Toyota Vios Improvement Showroom Promo! kiranya ada 3 lah tu..

pastu tadi aku terperasan.. ada satu lagi.. bawah kotak BE iaitu Metered Earnings! nama kempen nya.. Berita Harian Online Treasure Hunt LB! aku pun tak tahu apa maksud metered earning nih! korang tahu?
hmm nak kena godek godek untuk faham semua ini.. hehehe..

ok.. sehingga jumpa lagi! ya.. ya.. aku belum singgah lagi rumah korang.. =) tunggu ya.. akan ketemu jua nanti..

see ya! love ya! =D

Tuesday, July 19, 2011

Tok Tok Tok... Assalamualaikum...

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

dengan lafaz Bismillah.. aku masuk ke belog kesayanganku Mathari ini yang telah lama ku tinggalkan.. dan Alhamdulillah.. aku masih lagi mampu menaip barang sepatah dua ayat untuk tatapan teman teman!

wah...
belog semua dah bertukar 'setting' ya? mula mula masuk tadi terkial kial jadinya! mengapa dan kenapa begini! takkan dah lama tak update kena hukum begini? ohh.. rupa rupanya sudah tukar maa... huhu... lain kan!

Hari ni baru masuk pejabat ni, wlaupun dalam keadaan yang tak berapa sihat!
minggu lepas cukup lengkap semuanya ada.. Demam.. Selsema, Batuk dan sakit mata!! 4 in 1! =)
sakit itu dapat menggugurkan dosa dosa kecil kita kan.. Alhamdulillah.. sakit juga lebih mendekatkan diri kita dengan Allah..

Minggu lepas juga, aku sibuk dengan Karnival Sukan di mana tuan rumah ialah Kuala Lumpur! kami la tu! jadi memang agak sibuk la.. tambah lagi bila aku juga terlibat sebagai atlit dan aku juga sebagai AJK.
Aku main untuk badminton! dan secara keseluruhan Badminton di tempat yang ke 4 sahaja.. pertama ialah Sabah (juara bertahan), kedua ialah Ibu Pejabat, ke tiga ialah Sarawak dan ke empat ialah kami! Kuala Lumpur..
Apapun Juara Keseluruhan Karnival Sukan ialah.. Kuala Lumpur!! hehe.. tuan rumah Juara beb..  so kami yang terlibat secara lansung ni telah diberi cuti pada hari Isnin semalam.. =)


Namun, dalam sibuk sibuk bermain tu.. sempat juga aku buatkan kek butter ni.. sebenarnya buat ni hajat nak bagi untuk jiran depan rumah, katanya nak buat majlis makan untuk harijadi anaknya.. tapi tak jadi pulak, so kebetulan makcik datang sebelah malam tu.. makanya.. rezeki mereka la.. oh lupa, sebenarnya aku teruja nak guna oven baru! tu yang tak sabar sabar nak buat kek! tengok! kapasitinya dapat banyak! syukur.. akhirnya kan.. dah beli pun oven tu! =)


hm... sambil dok update ni.. sambil dok batuk koh! koh! makin teruk batuk aku nih! aku rasa.. ni mesti gara gara banyak makan raja buah nih!!




 Sedap ooo durian ni! tengok isi pun dah tahu!! tetengan malam melantak durian lagi! durian ni namanya Durian Udang Merah! RM 17-19 sekilo! huh.. memang puas hati makannya!!! waaa..  nak lagi!

Ok lah panjang celotehnya kan.. kalau bercakap memang aku tak mampu sekarang ni nak keluarkan suara! batuk boleh la.. tapi disebabkan menaip.. so boleh je la.. =)

Oh, ya! projek Matharians aku pun belum setel lagi kan! hmm... insyaAllah... bakal ditayangkan dalam masa terdekat!

sehingga bertemu lagi ! harap maaf lama tak menjenguk kawan kawan sekelian! harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera belaka.. ku doakan yang baik baik sahaja untuk kalian semua..

Wassalam.. =)



Monday, July 11, 2011

Please Vote Me!!

(STICKY POST hingga 10Hb Julai, entri terbaru di bawah ya!)

Assalamualaikum...

Kali ni aku amat amat memerlukan bantuan dari rakan rakan seperjuanganku di blog nih!
Untuk makluman, aku telah terpilih sebagai 'finalist' dalam 'contest' 'I LIKE MY HOME' dari Nippont Paint (facebook)!
Alhamdulillah.. syukur dah..
Namun, untuk menang, kena mempunyai voting tertinggi!
setakat ni aku berada di tempat ke 5!
hadiah utama ialah RM 15000 'make over home'!
oohh.. how i want it so much!
10 terendah pula akan dapat hadiah consolation RM 2000 untuk cat rumah..

dan untuk 100 pengundi terpilih akan mendapat, bantal comel 'bloobby' dari Nippont Paint!

so, pada kawan kawan yang ada akaun Facebook, aku nak minta jasa baik rakan rakan untuk vote ku di sini
'I LIKE MY HOME'

cara caranya mudah sahaja!

1. Klik pada tab ' I Like My Home'
2. Klik 'Vote Now'
3. Klik gmbr 'Kayla' sama dgn pic profile tu
4. Klik 'I Like' sebelah gambar tu
5. Jwb survey mudah (drag no 1 tu ke no 4) n SUBMIT!

bila nampak 'THANK YOU FOR VOTING'maka selesai sudah!

____________________________________________________________________

1. Klik pada tab

Nippon Paint BlobbiesI Like My Home

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Klik 'Vote Now'





















3. Klik gmbr 'Kayla' yang sama dgn pic profileku  itu

  













4. Klik 'I Like' sebelah gambar tu
















5. Jwb survey mudah (drag no 1 tu ke no 4 sahaja) n SUBMIT!

 Selesai....

tolong ya kawan kawan!! kali ni memang nak minta tolong sesangat!
silalah vote setiap hari sehingga 10hb Julai ini.
'Vote' boleh dilakukan setiap hari tapi sekali sehari sahaja!
jom lah ajak kawan kawan pun vote! tak tahu lagi macamana caranya nak dapatkan vote lagi.. hanya dengan post kat belog ini mungkin dapat ehsan dari kawan kawan kan...
kalau dah hari hari bukak facebook tu.. ringan ringankanlah tangan untuk vote daku ya!! Ayuh!!
mula mula dok ranking ke 4, pastu sekarang dah rankin ke 6 dah! makin menurun!
arrgghhh mahu kejarrr!!!


Apa pun rezeki semuanya terletak pada Allah juga..
Aku percaya setiap ketentuan Allah ada rahmatnya..
=) InsyaAllah..


terima kasih.


~best kalau menang sekurang kurangnya rumah ku boleh di make over.. dari tiada apa apa pun..~

Monday, July 4, 2011

To All Matharians..

Assalamualaikum,

aku sedang menyiapkan sesuatu untuk all my Matharians.. =)

bukan la sesuatu yang gempak pun.. cuma sesuatu untuk tatapan je.. =)

ok moga ketemu lagi ya! love ya'all..

Friday, July 1, 2011

Uncle Gedek! Saya Coba!

~ di Pejabat, berlatarbelakangkan komputer yang sedang buka blogspot di ruangan 'Newpost?'  nak post something.. tapi no idea! ~

dan tiba tiba, tinggg!!!! idea datang...~

~ idea nak ikut Uncle Gedek punya style... =) tengok.. di belakang tu! dah ada new entry!!~

sekian terima kasih

_________________________________________________________

Kawan- kawan.. jangan lupa hari ni!

kalau nak tahu cara caranya.. DI SINI  ya!
undian anda setiap hari amatlah dihargai!! please.. please... tinggal 9 hari je lagi..
terima kasih banyak banyak.. =)

Thursday, June 30, 2011

Khamis yang spontan?

Assalamualaikum..
saja aku membahasa Malaysia kan.. 'spontaneous Thursday' jangan marah ya! pertama kali buat segmen ini... WW semalam tak sempat nak join.. namun, siapa sebenarnya pengasas segmen WW dan ST ni? siapa tahu sila la jawab ya.. 

so.. apa yang spontan hari ini?
V
v
v
v


Meh nak cerita sikit..
Aku berjaya jadi finalist untuk Contest 'I like My Home' anjuran Nippon Paint! Alhamdulillah..
jadi sekarang masa untuk mengundi! undian tertinggi akan memenangi Make Over rumah bernilai RM15k dan 10hadiah consolation RM2k,
Undian dibuka dari 25hb hingga 10hb Julai!!
jadi apa tunggu lagi..
jom la kawan kawan yang mana selalu buka facebook tu, undi saya!
jom la! jom la!
Undi ini tidak memerlukan bayaran apa apa pun!
dan anda boleh 'Vote' setiap hari!! sekali sehari sahaja.


~ Berkat gambar yang di ambil oleh abbi dan slogan bertuah yang kami fikirkan bersama! Alhamdulillah.. VOTE sekarang dah ada 150! ~



itu sahaja yang spontan dalam fikiran ku buat masa sekarang ni! jadi kawan kawan yang berkelapangan boleh la bantu ku untuk naik ke ranking tertinggi! =)
terima kasih diucapkan terlebih dahulu!
kalau panjang umur murah rezeki dapat ni.. boleh la buat kenduri kesyukuran !
InsyaAllah..




~ jom vote jom sepanjang 10 hari yang tinggal ini! ~


Tuesday, June 28, 2011

Bila Kella gilakan Kek Continental..

Assalamualaikum,

Sebetulnya memang dari dulu lagi minat untuk buat kek yang begini!
dulu aku memang tak tahu jenis kek begini, sehinggalah aku ditemukan dengan kak Maza, pembuat kek tempahan di kwsn rumahku ini.. katanya kek ini orang panggil kek 'continental' ..
ooooo baru la aku tahu.. hehe.. kek 'continental' ni jenis kek yang belah belah dan buh filling kat dalam nya...

Kak Maza juga lah yang selalu menjawab segala persoalan aku tanpa pernah jemu! dan selalu juga dia bagi tips untuk aku! terima kasih kak Maza! i love u 4 eva! =)

Mari tengok transformasi kek kontinental aku..

1)
~ ini lah kek Kontinental pertama ku! aku bersungguh nak buat bila dapat tahu yang abbi suka sangat makan kek Fresh Fruit Flan! yaaa.. kek ini inspirasi dari Kek itu lah! tapi memang banyak kekurangannya!  tapi kalau nak resepi boleh klik gak kat sini ya!

2)
~ ini kek coklat biasa sahaja! namun dek kerana keterujaan kek kontinental masih menebal.. maka ku belah juga 2 lapis.. mula mula letak strawberry jem dan pastu letak krim! tapi! apa terjadi? perhatikan gambar kek yang belum dibelah, sekelilingnya penuh krim? ya.. itu krim tumpah , cair dari dalam! kenapa? sebab aku lapis terus kek yang tengah panas2 tu! huhuhu.. tak terfikir yang krim tu tak boleh la panas sebab nanti mencair! hehe.. saya budak baru belajar!!

3)
~ ini pulak entah apakah namanya.. mungkin blueberry kot.. practise... practice.. ~

4)

~ kek ini dibuat masa Makcu ku datang rumah.. dan berkebetulan hari lahir si Boboy pula! so.. kebetulan ada bahan2 di rumah.. ini yang paling simple sahaja dan senang membuatnya.. cuma taburje buah buahan koktel itu di atas kek tersebut.. dah siap... ~
5)
~ TIRAMISU KEK.. ~
saje je nak try buat kek kegemaran  orang ramai ni.. saje nak cabar diri sendiri.. tak sangka percubaan ni menjadi pulak! Alhamdulillahh...

kalau nak resepi boleh klik kat sini TiRaMiSu


6)
Durian Dream Cake dapat resepi dari Kak Maza... ohh aku suka penampilan kek ini! sebab nampak sangat canti jer! hehe.. pandangan aku je laaa.. tak tahu la pandangan korang...

Resepinya di sini ya!

Cake : boleh guna mana2 resepi vanila sponge/chiffon cake

Filling:
A: 350ml UHT Whipping cream
B: 150g durian flesh (pureed)
C:1/2 tbsp gelatine (dissolve in 50ml water over heat)
D: 250g Durian flesh(pureed)

Topping:
60ml UHT milk
1/4 tbsp caster sugar
1tbsp custard powder
1tsp gelatine (diss in t1tbsp water over heat)
70g durian flesh

Method:

Filling:
Whisk cream of A on medium soeed until soft peak form.Stir B n C mix well.

Topping:
Combine milk, custard powder n sugar in a saucepan.Stir over heat until mixture boils n thicken.Add gelatine mixture..finally add durian flesh.

To assemble:
Sandwich the filling n D between layer of cakes.Spread top n sides with remaining cream. Decorate side of a cake with croquant rice..Chill well b4 serving..

7)

~ dan ini pula kek terbaru ku! nampak lebih matang kot.. hehehe.. walaupun masih ada yang kurang... Ini kek Fresh Fruit Flan..... tapi kali ni slack sikit sebab terlebih gula la pula! ohhhh macam macam ler.. hehehe...

dah lama nak publish entri ini.. tak sempat nak siap ..
so itu sahaja pembelajaran kita hari ini..

selamat menjamu mata dari budak baru belajar ni..

^___^


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker