Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, July 19, 2011

Tok Tok Tok... Assalamualaikum...

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

dengan lafaz Bismillah.. aku masuk ke belog kesayanganku Mathari ini yang telah lama ku tinggalkan.. dan Alhamdulillah.. aku masih lagi mampu menaip barang sepatah dua ayat untuk tatapan teman teman!

wah...
belog semua dah bertukar 'setting' ya? mula mula masuk tadi terkial kial jadinya! mengapa dan kenapa begini! takkan dah lama tak update kena hukum begini? ohh.. rupa rupanya sudah tukar maa... huhu... lain kan!

Hari ni baru masuk pejabat ni, wlaupun dalam keadaan yang tak berapa sihat!
minggu lepas cukup lengkap semuanya ada.. Demam.. Selsema, Batuk dan sakit mata!! 4 in 1! =)
sakit itu dapat menggugurkan dosa dosa kecil kita kan.. Alhamdulillah.. sakit juga lebih mendekatkan diri kita dengan Allah..

Minggu lepas juga, aku sibuk dengan Karnival Sukan di mana tuan rumah ialah Kuala Lumpur! kami la tu! jadi memang agak sibuk la.. tambah lagi bila aku juga terlibat sebagai atlit dan aku juga sebagai AJK.
Aku main untuk badminton! dan secara keseluruhan Badminton di tempat yang ke 4 sahaja.. pertama ialah Sabah (juara bertahan), kedua ialah Ibu Pejabat, ke tiga ialah Sarawak dan ke empat ialah kami! Kuala Lumpur..
Apapun Juara Keseluruhan Karnival Sukan ialah.. Kuala Lumpur!! hehe.. tuan rumah Juara beb..  so kami yang terlibat secara lansung ni telah diberi cuti pada hari Isnin semalam.. =)


Namun, dalam sibuk sibuk bermain tu.. sempat juga aku buatkan kek butter ni.. sebenarnya buat ni hajat nak bagi untuk jiran depan rumah, katanya nak buat majlis makan untuk harijadi anaknya.. tapi tak jadi pulak, so kebetulan makcik datang sebelah malam tu.. makanya.. rezeki mereka la.. oh lupa, sebenarnya aku teruja nak guna oven baru! tu yang tak sabar sabar nak buat kek! tengok! kapasitinya dapat banyak! syukur.. akhirnya kan.. dah beli pun oven tu! =)


hm... sambil dok update ni.. sambil dok batuk koh! koh! makin teruk batuk aku nih! aku rasa.. ni mesti gara gara banyak makan raja buah nih!!




 Sedap ooo durian ni! tengok isi pun dah tahu!! tetengan malam melantak durian lagi! durian ni namanya Durian Udang Merah! RM 17-19 sekilo! huh.. memang puas hati makannya!!! waaa..  nak lagi!

Ok lah panjang celotehnya kan.. kalau bercakap memang aku tak mampu sekarang ni nak keluarkan suara! batuk boleh la.. tapi disebabkan menaip.. so boleh je la.. =)

Oh, ya! projek Matharians aku pun belum setel lagi kan! hmm... insyaAllah... bakal ditayangkan dalam masa terdekat!

sehingga bertemu lagi ! harap maaf lama tak menjenguk kawan kawan sekelian! harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera belaka.. ku doakan yang baik baik sahaja untuk kalian semua..

Wassalam.. =)



10 comments:

ZR said...

amboiiii..kuning yeee

LYAfrina said...

W'SALAM...

LAMA SEPI BLOG NI..SIB BAIK X NGAJUK TAU..
WELKEM BACK KELLA..

LYA MKN PULUT DURIAN COTEK JER..SMPAI NAIK PITAM

kella said...

Kazaztan team: memang kuning.. sedap pulak tu! aisshhh,, tak boleh ingat la... memang sangat menggiurkan...

Lya: terima kasih lya.. tu lah.. bukannya taknak update..tapi tak kesempatnan nak buka blog lansung! merajuk merajuk pun relaku pujuk.. =) durian cotek sampai naik pitam tu! lagi dashyat lya! hehehe

miloaiskurangmanis said...

semoga cepat sembuh ye nokk...

iols masih lagi batuk2 ni
dah dua minggu - tekak pun perit jahhh!

Rohani Hashim said...

duyan...sedapnyer...

kella said...

miloais: terima kasih... =) batuk ni mesti lambat nak ilang kan.. teruk rasa cam nak terkeluar je!!

Hany: uiiihhh.. memang tak dinafikan tau! =)

nabilah_2908 said...

ohh...sedapnya..pasti lemak berkrim kan durian tu.. ;)

Prince Halilintar said...

semoga kella cepat2 sembuh dari sebarang penyakit ye...

wah aktif juga bersukan ni kan..bagus tu tuk kesihatan..hehe

sedapnya durian tu...kene balik kg cpt ni..haha

Mimy Hamid said...

kella geram nya tgk durian...aku dendam je...nengok takleh makan..hukhukhuk...beb tayang la oven baru nak tengok...boleh yer yer

azieazah said...

Ya Allahhhh... durian kah tu? Tolonglahh... jangan goda. KUNING tu bersih, kan? kan? hehehehe

Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker