Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, July 5, 2013

Hidup ini Indah..

Assalamualaikum,.. salam Jumaat yang barakah..

Semalaman.. hingga ke saat ini.. aku memikirkan tentang seorang sahabat aku ini..
semalam.. akhirnya aku baru tahu kisah sebenarnya..
Terkejut.. tersentap.. kecewa.. kasihan.. sedih.. dan menangis..
disebalik kejayaan yang dia kecapi sekarang ini terlalu pahit dan beratnya ranjau ranjau berduri yang perlu dia tempuhi... Subhanallah..

dia diberikan dugaan yang begitu berat dalam kehidupannya sebagai wanita.. isteri dan ibu..
diuji dengan dugaan perkahwinan yang sangat mencabar dan menakutkan bagi aku..
dari awal kahwin hingga 7 tahun perkahwinan!
tapi demi anak2 dia bertahan..
Namun, sampai masa anak2nya sendiri yang hampir menjadi korban bapanya? yaa. dan itulah petunjuk yang paling  tepat untuk dia meninggalkan lelaki itu.. walau sehabis daya dia pertahankan rumah tangganya itu..
tapi dia tidak sanggup lagi menahannnya sendiri..hingga anak pun sanggup dijadikan mangsa!?
rumahtangga yang dipertahankan akhirnya ternoktah sehingga disitu sahaja..
ibu bapa dan kaum keluarga semua bagai tidak percaya kerana kawan ku ini memang tidak pernah menceritakan keburukan suaminya kepada sesiapa pun.. dan lelaki ini pula depan keluarga sangat2 la baik dan prihatin.. mengaburi mata semua orang..

kisah yang diceritakan olehnya itu..biasa ku lihat dalam drama drama..tidak sangka perkara itu terjadi kepada sahabatku sendiri..

apa yang dapat ku simpulkan..

Allah itu menyayangi sahabatku ini sebenarnya..
Dia berikan ujian ini untuk buatkan dia lebih kuat dan berjaya seperti sekarang..
Dia dikurniakan anak anak lelaki sebagai peneman perjalanan hidupnya
Dia mempunyai ibu bapa dan adik adik yang tak pernah tinggalkannya walau apa jua keadaan..
Dia mempunyai sahabat2 yang sayangkan nya.. (i love u frenn..)
dia tidak putus semangat tapi digunakan hikmah yang Allah berikan ini untuk lebih maju..
Dan dia nyata lebih tenang dan bahagia..
ya.. memang dia ibu tunggal sekarang.. tapi Alhamdulillah.. Rezeki Allah sampai pula melalui cara yang lain..

Allah itu Maha Adil..
tidak semua insan di dunia ini sempurna..
setiap insan di uji dengan pelbagai jenis dugaan..
selagi kita ini bergelar manusia.. hamba kepada Allah.. selagi itulah kita akan sentiasa di uji

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing..
pergunakan kelebihan yang Allah berikan itu sebaik mungkin!
insyaAllah.. hidup ini akan jadi lebih indah..

Love u all..

7 comments:

faraherda.razalan said...

Di kalangan sy, mmg ada kisah sadis seorang isteri. Mcm2 kisah. Malah, ade yg lebih teruk dr dlm entri awak ni. Kite ni kdg2 rs hidup kite susah tp msh ade yg lelah meneruskan life diorang. Mmmm...

Awak apa khabar? Sihat? Baby mcm ne?

Kella said...

farra.. =) ya... kita sendiri tak dapat menilai sebegitu teruknya selagi kita tidak merasa kan.. berat mata memandang berat lagi la bahu yang memikul..

thanks sudi singgah2 sini..ingat lagi kat kita kan..
tak sihat hari ini.. cirit birit! haha.. baby? amin amin.. moga moga ada rezeki nanti...berkat doa cik farra kita.. =))

Anonymous said...

betul berat mata memandang berat lagi bahu memikul. KA pun pernah diuji tapi kesabaran itu adalah kunci segalanyer.. alhamdulillah kini hidup lebih tenang,, jadi faham sangat cerita2 macam ni, ujian tanda Allah sayangkan kita !

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah Kella... terpempan sejenak kakak bila ada kisah seperti ini. Sebab itulah pada kakak agama mesti kena jadi pilihan pertama utk hari ini. Bila iman ada insya-allah tahu pikul tanggung-jawab.

Sedihnya... moga kawan Kella itu dilindungi Allah dan diberi kekuatan.

Kalau Kella nak air zam-zam bagi alamat pada kakak insya-allah boleh kakak kirim tak ada masalah. Kakak dapat semuanya pun free. Pihak Arab Saudi mana benarkan air zam-zam dijual.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allah sentiasa melihat kella... Ya Basir...
atas rasa At Rahman Dan Ar Rahim... Allah terus memimpin kita... semoga sahabat kella tabah dgn ujian ini ;)

asyifamustaffa said...

mmg mcm drama tv...tp itula realiti khidupan kan...alhamdulillah....skrng dia bahagia...tumpang gmbira buat seorng yg bergelar wanita...dia semstinya seorng yg tabah kan...

Kakzakie Purvit said...

Emailkan pada kakak di promceil@streamyx.com ok:)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker