Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, July 29, 2011

New Born Apam Polka Dot Dot versi Kay n Achik!

Assalamualaikum,

nak kongsi keterujaan baru nih!
Keterujaan membuat Apam Polka dot dot..

Achik, adik ku ada datang sini..  ni ha dia! hehe..
dia datang interview kerja..
so sekarang masih kat rumah tu, dera dia suh buat keja umah! hehehe...
bersih ler umah aku..h uhuhu...

ni ler achik! hehe.. interframe jap
hari tu dia ada buat apam dot dot ni, so aku pun amik le kesempatan buat dengan dia semalam! hari tu, masa dia buat agak keras katanya! so kali ni nak buat betul2 jadi la kiranya!

Alkisahnya kami berdua di dapur!
masa mula mula nak tunggu apam tu masak, memang agak mendebar kan!
tak sabar nak tengok hasilnya!!
menjadikah?
naikkah dia?

dan bila kami buka tudung kukusan tu! tengok apam tu jadi begini!!!































 Whooaaaa!!! terus kami berdua menjerit kegirangan di dapur itu! hahahahahaha!
kelako je mase tu! masing masing sangat teruja je melihat apam apam itu begitu montel.. comel comel.. dan lembut juga.. =)

hahaha.. kekdahnya kami adik beradik..

jadi, marilah kita kongsi resepi Apam ini yang disalin oleh adik aku.. katanya dia amik resepi ni pada orang yang masuk tv3 hari tu pasal apam ni lah.. so aku search la kat internet.. Fifazbakery tuan punya resepi.. mohon untuk kongsi ya!

Resepi Apam Polka Dot dot..

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur- adari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna ( aku pakai filing, blueberry, strawberri, peanut butter)

Cara-cara

masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Ok, so kepada sesiapa yang mahu coba.. boleh aja! sangat senang membuatnya!
insyaAllah menjadi... =)

To xtionkamen! mari coba Apam Polka dot laaa.. abaikan g string itu! hahah
terima kasih kat en Usop juga atas gambar ini..

7 comments:

Nadine said...

so cute!!

skang mmg tgh musim apam polka dot kn. sana sini org sibuk upload gamba :)

Unknown said...

kella..
kak datang dik.

aduh!!
lama tak dgr kamu..
mujur dihidangkan dgn apam dot2 y mmg sgt2 gebu dan cantik

nak sikit dik...
atau kamu jual di bazar kak ayu??

cun09 said...

salam...

comel...comel..comel ^__*

Mimy Hamid said...

wah ko sudah buat la beb...aku amik resepi tapi tak terbuat lagi..heheh

munna said...

comelnya apam dot dot tu..munna kali ke2 buat baru menjadi

Prince Halilintar said...

cute la apam dot dot tu..

Rohani Hashim said...

Selamat berpuasa...;)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker