dah pun masuk minggu yang baru..
terasa lama sangat aku tak post tentang masak masak dan makan makan.. hehe..
sebab memang dah lama jugak tak masak betul2 ! bulan ni memang bulan yang sungguh padat!
kesian kat abbi.. makan tak teratur jadinya.. "lama tak makan masakan isteri.. rindu nak makan masakan isteri.." katanya.. aduh! terasa seperti menyucuk nyucuk je dada ni!
bukan taknak masak b.. tapi tak kesempatan!
minggu lepas, selepas je selesai semua kepadatan aktiviti.. aku berkobar kobar nak masak untuk si dia! =)
tengok satu rancangan masakan cina! lain dari yang lain! so salin resepi terus cari bahan! sib baik la ada senikata.. kalo tak sepatah haram tak paham..cakap cina la katakan... =)
Resepi Pertama :
Telur Goreng Udang Kering dengan Taufu Hancur
Resepi:
Semangkuk kecil -Udang kering (dicincang halus)
2-3 biji telur
sebungkus kecil taufu ( telur tauhu-dihancurkan)
1 sk kicap
secubit garam
1 sk pati ayam (secubit kiub ayam)
1 sk tepung jagung
Salad
daun sup dan daun bawang potong halus
Cara:
- satukan kicap, garam, pati ayam,tepung jgung bersama dengan telur, dan kacau
- panaskan minyak, goreng udang kering yang telah di cincang hingga garing, naik bau
- masukkan taufu yang telah dihancurkan, goreng sekali hingga kering
- masukkan telur yang telah di kacau bersama perisa tadi..
-goreng hingga masak. (terpulang mahu garing atau tidak)
-tabur dedaun sup dan daun bawang
Cara makannya! =)
letakkan telur hancur itu tadi ke dalam salad, bungkuskannya (kecil).. dan makan!
sedaaaaaaap...
*cara tu yang diajar dalam rancangan tu lah.. kalau korang nak makan biasa biasa pun boleh... asal di makan kan... ;)
Resepi kedua;
Ayam Goreng Walnut minyak bijan
itu nama resepi asalnya..
akan tetapi.. dirumahku tiada pula walnutnya.. jadi resepinya telah diubahsuai sedikit oleh ku.. =)
Resepi:
Isi Ayam- potong kecil
(diperap dengan; 1-2 sb minyak bijan+ kicap+secubit kiub ayam, perap selama 10-15 minit)
3 keping halia
lobak merah (potong dadu)
Timun Jepun (potong dadu)
Lada benggala ( potong dadu) - aku tambah
Cendawan - aku tambah
kacang walnut (bakar atau goreng dahulu) - aku tak bubuh sebab takda
Cara:
Goreng ayam yg diperap tadi, sampai masak dan angkat
(gaul ayam dengan minyak sedikit untuk tidak melekat ketika goreng)
tumis 3 keping halia itu sampai naik bau
masuk segala timun, lobak dan lada benggala
masukkan ayam dan cendawan
akhir sekali masukkan kacang walnut yg telah dipanggang
Siap sedia untuk dimakan
(abbi kata sedap.. bau minyak bijan tu mencipta kelainan... )
=)
Jadi, pada sesiapa yang sudi untuk mencuba..
silakan mencuba..
=)
7 comments:
menu simple ni..sure sedap makan...aku dah copy nak baut time puasa...thanks beb
mencabar perut betul ni!
heheheheh
ok.... ambik ye resepi uols ni...
bila kerajinan di dapur melanda
iols nak cuba resepi uols ni!
Menarik betul berwarna warni lagi... sesekali mencuba resepi bangsa lain pun sodap jugakkan?
nak rasa jugak....=]
prince nk try wat resepi ni la..nmpk simple dan sedap..
sedapnya...terliur I yg dlm pantang ni tau! dhla kitaorg mmg suka chinese style cooking ni. nnti pas habis pantang nk cuba la resepi you ni.
tq for sharing! :)
terima kasih berkongsi resipi. insya Allah akan mencuba :)
Post a Comment