Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, May 8, 2009

MAMA

baru-baru ini..
aku melihat mama di dalam bilik.. sedang menyiapkan diri, untuk keluar bersama...
melihat dia yang sedang sibuk di depan cermin, aku pergi mendekatinya..
saja.. sebab aku dah pun siap.. cuma tunggu yang lain-lain lagi.. dan juga mama juga belum siap, baru aku perasan, mama lambat sebab sibuk mengemas dapur tadi.. aku plak melepak dengan adik, main game...(sungguh tak patut aku! aku pun tak perasan sebab mama tak bersungut!)
Melihat mama yang baru mula nak pakai bedak, aku meng'offer'kan diri untuk pakaikan! sambil tu aku mengomel-omel pada mama..kerana cara pakainya macam tak kena...
"orang pakai macam nie.. sapu macam nie... biar sekata..."
"hmm.. mama tak kisah la.. asalkan pakai aje.. " balas mama...
Bila aku mengoles bedak dimukanya.... betapa aku perasan.. kulit muka mama dah lain sangat..ada kulit mati.. ada sedikit jeragat..
Aku nak letakkan eyeliner pula.. walaupun ditegah mama.. tapi aku nak letak juga...
ketara perbezaannya...susah aku nak lukis.. aku lihat mata mama...
dah ada kedut kedut...
betapa mata ini lah yang bersengkang... menjaga kami 6 beradik dari kecil.. tak pernah merungut walau sedikit! betapa mata ini lah yang telah mengeluarkan air mata, dek kerana kelakuan aku adik beradik... sedih, gembira... semua ada di mata mama...
aku tahu mama ku sememangnya seorang ibu yang kuat dan cekal...
tak pernah ingin menunjukkan kesedihannya dihadapan kami...
saat itu, aku terus meluru ke dapur, tidak dapat menahan sebak di dada... tak sanggup menerima hakikat betapa mamaku telah dimamah usia..walaupun dia tidak pernah menampakkan begitu...
begitu pada riak wajahnya sentiasa ada ketenangan..
sentiasa mengukirkan senyuman..
begitu tabahnya dirimu..
Rasa bersalah pada diriku sendiri...

Pada malamnya pula sengaja aku duduk berborak dengan mama...
ku pegang tangan mama...
terasa begitu kasar tangan mama...
ku cium tangan mama...
tangan seorang ibu yang telah membelaiku dan adik-adikku semenjak mula kami mengenal dunia..
tangan yang menyuap kami makan.. bila kami merengek lapar...sedari kecil hingga dewasa
tangan yang membimbing kami ketika kami mula belajar merangkak dan berjalan...
tangan yang memukul kami untuk memberi pengajaran atas kesalahan yang kami lakukan...
walaupun sebenarnya tangan itu sebenarnya selalu mengacah-acah sahaja..
inginku cium tanganmu seumur hidupku...

Mama...
betapa besar pengorbanan mu pada kami..
betapa kami selalu menyusahkan mu..

Sempena dengan Hari Ibu ini... inginku luahkan padamu..betapa aku sayang padamu mama...walaupun ribuan ucapan terima kasih ku takkan pernah cukup untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mu mama..
Selamat Hari Ibu, Mama....



No comments:


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker