Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, November 7, 2012

Recipe Homemade Meatball ala IKEA

Assalamualaikum,

atas tekanan perasaan , desakan keinginan yang membuak2 dan
kemahuan sang suami 
terhadap menu di atas ini, yang sememangnya sangat fofular di IKEA Damansara..
  maka..
gigih aku mencari cari resepi untuk membuatnya di rumah sendiri!

dan Terjumpalah resepi dari teman teman blogger Nice to see Nice to Eat, yang turut merujuk pada  Faa Rosli , dan wildcutecat , daripada rujukan resepi resepi mereka.. maka terhasillah.. menu seperti di bawah ini...
terima kasih tidak terhingga!

nyumm.. nyumm...




Apa kata anda cuba juga resepi ini di rumah??
puasss hati... =D




Cubalah resepi ini  di rumah .. ! =)
Resepi ini diolah sedikit sebanyak dari sumber resepi resepi kawan kawan kita juga=)
terima kasih tak terhingga.. =D
Resepi Meatball Ala IKEA

250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
Untuk sayuran:
Baby Carrot
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..


Selamat Mencoba ya.. =)



~ tu tangan juri proffesional sedang mencobaa..... ~



 Selamat mencobaa.... =D



warning! sila tutup mulut anda pabila melihat gambar2 ini..
dikhuatiri akan meleleh dengan sendirinya..
heheh.. ;)

Wassalam..




24 comments:

Anonymous said...

tq share ye sedap tu !

Unknown said...

serius nampak sedap :))

kurus said...

mak aihh
x sanggup tgk lama2 .. huhu
minggu dpn nak ke KL
nak ajak adik ke ikea lahh makan meatball ;)

wakgelas said...

airlioq wak pon meleleh2 niii.. ammboiii

Anonymous said...

memang sedap nampaknya ni. Kena cuba resepi tu. Terima kasih Kella.

faraherda.razalan said...

Peh! Dasat ni. Jem tu, jem ape yg awak guna?

Mimy Hamid said...

ko mmg sgtttt rajin...kagum...aku nk buat nanti bila setel pindah..harussssssssss..tak payah pegi IKEA

Kella said...

KA: terima kasih.. =)

Princess Nur: rupa dah ada la kiranya yaa.. ;)

ieda: yukk apa tunggu lagi.. hehe

Wak; hehe.. wak ni.. kasi lap ok.. =) tq..

Kunang kunang: terim akasih.. harus cuba ya...

Kella said...

Fara: jem tu blueberry jem je.. =) sebenarnya filling blueberry! hehe

Kella said...

mimy: haah.. ko lagi la rajin dah kan sekaarng ni.. sejk ada fayel... =) ko contoh ibu yang sangat gigih berikan yang terbaik untuk fayel!! well done dear fren.. =)

JaSSNaNi said...

salam kenal juga.. thanks singgah rumah tadi..
alaaaa.. malas la nak wat.. tapi nak beli funfries tu.. nak balik goreng....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah! boleh akak cuba resepi ini... mesti anak akak nabil makan sampai berguling-guling kesedapan hahahha

Afasz said...

rajin nye awak. tingin plak nak masak gak.. nk g ikea cam susah je

zila norazila said...

akk tgk pun dh tau sedappp..rajin btl:)

munna said...

dah meleleh pun bila tgk pic kat sini

nabilah_2908 said...

uuaiii...sedapnya... teringin lak..tapi malas nk buat... ;P

Papa-NtiQ said...

Hi....hmm bolih cuba resepi nih....saya bolih agak kicap manis dan tomato sos tu trick menarik yg bolih buat rasa mengancam...bagus2
saya ada google dan dapat resepi original IKEA dan dia pun letak soya sauce tapi tomato sos takde.

anyway...cakap pasal meatballs IKEA nih...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat sana baru2 nih di blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com

Senang2 tu jenguk la ye....topik blog saya nih pasal tempat2 makan menarik yg saya visit seperti restoren, warung,gerai,foodcourt, hotel buffets dan lain2....100% topik makan jerrr tak de topik lain hehe.

Jangan lupa ye follow blog saya kalu sudi...TQ TQ

Don't Afraid to Try said...

cantiknya presentation...

terus rase lapar...

dygchristina said...

adedeedeiii....cobaan..sedapnya nengok.nak kena balik try ne..

ibh_sue said...

Tenkiuuu share resepi.. :)

Zura said...

Mintak izin copy resepi yer.. Tq...

Kella said...

singgah balik ke belog sendiri.. mencari resepi ini laa. hehhe..

terima kasih semua atas komen2 di atas.. =)

dja azis said...

Bakar dlm oven bape lama? Temp bape?

Unknown said...

Tq share resepi
Petang2 nie rasa lapa lak
Tengok meatball nie..mengancam
Perut betol


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker