Hati manusia ni sama... semua berperasaan..
kalau tak berperasaan tu bukan manusia namanya
ada yang cepat benar tersentuh hatinya...
ada yang keras hatinya .. lambat nak terasa hatinya..
sepanjang penghidupan aku di dunia ini..
tahap kemasinan garam yang telah dirasai sedikit sebanyak mengajar aku betul lurus kehidupan..
aku belajar bahawa
salah! jika kamu beranggap semua orang akan bahagia jika kau bahagia..
salah! jika kamu beranggapan setiap senyuman yang dilemparkan itu akan mendapat balasan yang sama
salah! jika kau beri gula gula orang akan ingat kemanisannya sampai mati
salah! jika kau anggap semua angguk itu tanda setuju..
namun...
betul! tak semua orang itu berhati hasad
betul! kebaikan akan menang.. dan kejahatan akan kalah juga akhirnya..
betul! kebahagiaan akan datang selepas kesusahan
Betul! percayalah ..
jika kita buat salah.. sudah tentu akan dipandang salah dan orang akan cepat menghukum!
jika kita buat betul.. pun masih ada orang yang mahu memandangnya sebagai kesalahan..
jadi.. buatlah yang betul yang disukai Allah..! kerana,
hanya Allah sahaja Penilai yang sebenar benarnya atas segala sesuatu!
aku tak perlu terlalu memikirkan mahu membuat segalanya seperti yang kamu mahu..
kerana sudah jelas setiap jenis kebaikan yang ku buat tetap tidak akan pernah cukup.. jika kau tetap tidak mahu menerimanya..
untuk semua pemenang teka teki, hadiah akan mula dipos hari Isnin ini ya, maaf sebab kekangan kerja, tidak mampu untuk meguruskannya segera..
tapi ada yang belum kasi alamat nihh..
sila kasi alamat sebelum hadiah anda bertukar tangan... ;)
4 comments:
ok...
Hati manusia kalau sama pun susah. Bayangkan kalau semua nak warna hijau aje. Kesian warna-warna lain..
Kakak umpamakan begitu kella..
jst be yrself dear!
Semoga Allah permudahkan urusanmu...
Post a Comment