Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, November 23, 2012

Pemanggang Ajaib dan Resepi Grilled Lamb Chop

Assalamualaikum,

mari kongsi pengalaman baru saya menggunakan Pemanggang Ajaib ini!
sebenarnya entri ni dah lama dok dalam draft.. 
baru hari ni sempat ku siarkan.

Dan ini lah masakan perasmi Pemanggang Ajaib ku...




Resepi ini aku ambil dari Kak Wana Yusof pemilik Potret Kasih 
terima kasih kak, kerana sudi berkongsi rahsia resepi ini! sangat berpuas hati dengan hasilnya!
kalau korang semua nak tahu resepi asalnya.. boleh ke blog Kak Wana..
Resepi Kambing Panggang Marinate

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap

5 ulas bawang putih
* 1sudu kecil serbuk halia - yang ini aku tambah sendiri
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar ( tak bubuh sebab tak jumpa hari tu! ;p)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun
Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering (yang ni aku x tumbuk), garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun 
 ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk. ( untuk makluman, aku tak sempat nak perap semalaman, cuma perap seketika sahaja )
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

Namun, bagi merasmikan pemanggang ajaib ku itu! 
haruslah menggunakan Pemanggang Ajaib Are Ikan, keluaran Menang Glassware.. =).!

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar……..Untuk sos lada hitam  dan coleslaw boleh check kat sini.….Untuk kentang putar atau mashed potato  bole tengok resepinya kat sini. Enjoy!.

Namun, aku cuma hidangkannya bersama Kentang, sayuran dan bebawang..
caranya.. masukkan kentang, lobak merah serta sayuran lain bersama daging selepas 10-15 minit pemanggangan dengan pemanggang ajaib itu..

selepas lebih kurang 45 minit... dah boleh dihidangkan..
untuk makluman, mungkin masa 45 yang aku ambil ni lama sebab.. aku dok buka tutup letak sayur..
buka tutup letak bawang dan capsiumm..

Dan kalau menggunakan pemanggang ajaib ni sebenarnya tak perlu untuk memerap lebih lama..
sebab ramuan tu semua menyerap masuk ke dalam daging daging tersebut.. serasa..
mungkin kerana fungsi pemanggang tersebut yang kedap udara..
maka rasanya dan aromanya kekal bersama sama daging tersebut.. =)

~  hidangan untuk sidia... =) gembira hati bila si dia sangat menyukainya... ~
" dagingnya empuk! tak macam u buat hari tu liat! dagingnya macam juicy juicy.. best! ai like!"



~ hari hari mau masakla kalau camni.. hehe ..~

2 comments:

wakgelas said...

wak pon terpegun ajaib jugakk.. uuhUuu

Lynn Huraiza said...

sedapnya...lapar perut nie...huhuhu...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker