Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, January 18, 2012

Sibuk

Assalamualaikum,

hmm..
badan letih.. rasa macam nak demam je..
otak cam pening je..
banyak je keje..
esok nak kena bangun awal awal pagi lagi..

terima kasih buat kawan kawan yang sudi menyinggah ke sini..
jgn marah jika aku tak menyinggah,
tak sempat... InsyaAllah aku akan singgah singgah ke rumah rakan2 nanti
sebenarnya ada yang sempat aku singgah... tp cuma sempat lalu baca cerita.. tak sempat nak komen..
minggu ni jadual penuh!
Ujung minggu ni ada program 3 hari di PD pula..
wah.. padat padat....
ni sempat update jap sebelum nak tido.. sebab mata dah berat sangat!

mari aku tinggalkan dengan gambar kekukis yang masih segar dari oven..
aktiviti menkukis juga termasuk dlam senarai kesibukan ku..


Namun,
atas segala apa yang berkaku ini..
ku tetap panjatkan kesyukuran.. Alhamdulillah..
kesibukan yang melanda, membuatkan aku lebih bersyukur..
kerana itu menunjukkan betapa aku dikurniakan oleh Allah kekuatan tenaga, mental, fizikal yang memampukan aku membuat segala kerja ini..
Alhamdulillah...

till then...

jumpa lagi ya.. mata dah berat.. dah tersengguk sengguk ni... =)




Update:


Untuk makluman, ini ialah kukis resepi baru.. 
ini ialah campuran Oat, nestum, choc rice, dan kismis.. kukis sihat! =)
kukis biasa aku ialah choc chip dan almond tu.. kan.
nampak plain sebab oat dan nestum telah di kisar bersama..
sebab kali ni nak buat bentuk lain sikit..
lain dari kebiasaan..
=)

~ Kukis yang telah siap di bungkus siap.. ini je sempat siap dulu... Alhamdulillah.. rezeki dari Allah..~

Sepatutnya aku perlu berada di Majlis itu.. tapi ada yang perlu diselesaikan di pejabat ni, so datang pejabat sat, sambil buka blog jap!
ok sempat update kejap!
ok nak salin resepi je..!

Yaya Azura ada minta resepi.. ni kita kasi resepi.. juga untuk beberapa teman yang bertanyakan resepinya..
insyaAllah.. resepi nya aku ingat dah .. =)  (biasa aku kena belek buku resepi aku! hehe)



Asas Choc Chip wit Almond Cookies

1 Cawan gula perang (dipadatkan)
1cwan gula kaster
1 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan mentega/ butter
sesudu susu segar (optional)
esen vanila
4 cawan tepung
1sk baking soda
1sk cream of tartar
1cawan choc chip
1 cwan almond nib
( atau boleh dipelbagaikan dengan kismis, oat, cornflakes, nestum.. mengikut kesukaan.. )

Cara:
pukul Gula, minyak, butter hingga sebati
masukkan telur, pukul sebati, masuk susu, esen kacau sebati..
masukkan choclate chip dan almond..
masukkan tepung sikit sikit (telah campur sekali soda dan cream of tartar)
gaul hingga sebati..
* boleh juga dicampurkan sedikit tepung jagung untuk mengurangkan kerapuhan biskut
* boleh simpan dalam peti sejuk seketika sebelum membakarnya supaya ianya tidak cepat merebak semasa membakarnya

akhir sekali, sudukan kecil kecil dan bakar dalam suhu 150-170 selama 20-30 minit.

Selamat Mencoba..

ok. bye..

 


15 comments:

Unknown said...

Salam,
Takpe... take care ;)

Kakcik Seroja said...

Semoga mendapat rehat yang cukup untuk memulihkan tenaga, ya Kella. :)

LYAfrina said...

jgn lupa utk rehatkan diri gak yer.. sibuk tu petanda bisness main maju ni.,

LYAfrina said...

jgn lupa utk rehatkan diri gak yer.. sibuk tu petanda bisness main maju ni.,

Yaya Azura said...

cookies tu nampak best..telan liur tengok...boleh bg resepi? hehe

Acik Erna said...

assalam kella..sibuk2 pun masih sempat buat biskut yang nampak sungguh menyelerakan..

kasihibu said...

utamakan yang lebih utama dulu kan?

Mimy Hamid said...

rajinnya berkukies lagi...

gadisBunga™ said...

nak kukis plis!!!

miloaiskurangmanis said...

uols jual ke beb?????
serius ni taw....

faraherda.razalan said...

Sdpnya kukis tuh! Haruslah sy kopiket resipi ituhhh!

mummyrinazone beauty said...

dahulukan yang penting dulu...takper akmi jenguk jugak=)nampak sedapjer..

Darling Pya said...

sedap nye...nanti nak try buat gak lah...selamat berehat ye kak :)

cun09 said...

salam kella...

semoga dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH...

**jaga diri...moge sihat**

HeNRieTTa JoSe said...

Sedapnye nampak kukis tuh....yummy...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker