Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, September 16, 2009

Berbuka dengan Mcumah

Hujung minggu lalu, ajak MakCumah aku buka kat umah...

Hah? aku masak untuk jamu orang buka pose ke?? hehehe.. ialah.. aku masak simple2 aje..

Masak Daging Kicap, Ayam Goreng Berempah, Sayur Kankung Belacan n Sotong Tepung je menu kami ritu... takpe la Cumah, nanti bila dah pro .. bleh masak best2... tapi memang saratla jugak dengan makanan! sb diorang pi borong kat bazar Ramadhan lagi...

Pas buka kami ke Jalan TAR! Ya Ampunnnn..... orang ramai giler ! berasak2! cam dok dlm tin sadin! (err..tapi ku belum lagi penah dok dlm tin sadin ye..) huh.. tak larat beb.. kami tak lama la kat situ..hajat di hati nak cari gak sepasang bju raya! tapi...tgk keadaan cam s*ot je.. kami blah la awai.. tapi sempat ler mcumah ku beli baju kurung Siti? RM 100..

tak sempat la nak snap gambo mase buka tuh, coz memasing tengah lapo nak mentedarah.. ini jer sempat aku snap!

resepi aku amik dari blok kak Ina-tertunaila hasrat di hati.. 'sayur kankung goreng belacan' aku copy paste resepi dia je.. "tumpang ye kak"



Bahan-bahan
1 ikat kangkong
4 batang cili hidup
aku tambah udang - kasi lagi terangkat!
5 biji bawang putih-ditumbuk
1/2 biji bawang besar-di hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan kicap manis
sedikit ikan bilis-suka hatilah nak letak byk mana
sedikit belacan
garam dan sedikit minyak

Cara-cara

1. Bersihkan sayur dan basuh dan rendam dengan air garam. Bilas dan toskan.
2. Tumbuk/blender halus bawang putih, cili hidup (akak suka tumbuk) dan belacan..dah lumat baru dimasukkan ikan bilis...jangan tumbuk lumat sangat ikan bilis tu.
3. Hiris bawang merah dan panaskan minyak.
4. Tumis dulu bawang merah hingga layu dan berbau wangi barulah dimasukkan bahan yang di tumbuk.
5. Perlahankan api dan biarkan sampai terbit minyak ...barulah di masukkan garam, sos tiram dan kicap manis.
6. Kacau lagi dan masukkan kangkung tadi dan gaul hingga sebati.
7. Sedap di makan panas-panas.

1 comment:

Mimy Hamid said...

aku pun pi jalan tar..sabtu..mak oiii penuh mcm semut je aku tgk..terkedek2 jalan

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker