Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, October 24, 2008

to my Sis & Bro


Untuk adik2 ku..
semakin hari semakin kita menginjak usia..
semakin kita mengenal erti hidup semakin banyaklah juga dugaan dan rintangan yang perlu diharungi..
untuk itu, kesabaran, kecekalan dan usaha tangga kejayaan! dan yang paling penting, sejauh mana pun kita pergi setinggi mana pun kedudukan kita, sentiasalah ada Allah disisimu dan sentiasalah kenang mama dan papa di hatimu.. InsyaAllah perjalanan hidup akan diberkati..

Jangan lupa kesusahan yang kita lalui bersama sedari kecil hingga sekarang! keluarga kita sederhana sahaja.. kerana papa n mama sentiasa menyediakan secukupnya keperluan kita... kalau ada yang susah tu diusahakan jugak.. maklumlah.. duit bukan boleh petik-petik...!
Ingat tak lagi masa dulu kita kena nolong mama buat kueh, untuk hantar kat kanten.. Ayu, Abang mungkin sempat merasa.. Alang , Acik n Adik pun terlibat jugak kan.. tapi kami kira lagi awal..kira supervisor la.. hehe..

bila difikirkan kembali, bukan senang sebenarnya...

Maafkan kami mama, kami memang selalu liat nak tolong mama, nak bangun awal pagi apatah lagi!..
maafkan kami mama kerana kami sentiasa bersungut bila mama mintak tolong...
Maafkan kami mama kerana kami sentiasa mengomel dalam hati mengenang nasib yang dilalui ini tidak adil kerana tidak pula dilalui oleh kengkawan yang lain...
maaf mama kerana kami malu untuk melakukan itu semua!

Sehingga suatu hari mama duduk bercerita tentang apa yang dilakukan ini adalah untuk masa depan kami semua juga..mama menyedarkan kedudukan kami! dan sedari itu kita takde banyak soal lagi.. bila mikirkan keadaan mama yang bangun seawal 4 pagi menyediakan pelbagai jenis kueh untuk dijual..antaranya pulut panggang, pau kukus, pau goreng, donat, karipap pusing, kueh lapis, serimuka, kengkadang tu orang lain pun hairan macamana mama boleh siapkan pelbagai jenis kueh untuk sepagi seharian. Sebenarnya papa jugak antara orang yang mensupport mama dari belakang.. kalau tak kerana papa juga mama mungkin takkan dapat buat banayk jenis kueh! dan kueh2 mama adalah yang terbaik dan terlaris kan? mama memang amat mementingkan kualiti di samping keuntungan.

Di samping itu juga mama berniaga kat depan rumah, .. kita adik beradik juga yang kena jaga, gilir2 jaga.. ingat tak ada seketika mama jual air batu campur kat depan rumah jugak! aiskerim batang yang seposen tuh pun ada mama buat! dan daripada semua itu juga mama buka kedai runcit kecil? hmm... menjual barang2 keperluan harian. Ada lori van yang menghantar brg2 jualan, tak silap namanya WAHAB ENT. kot. Masa tu kita tiada kenderaan lain selain motorsikal papa. Bayangkanlah, papa dan mama ke bandar untuk membeli barang2 dengan motorsikal? mcm tak masuk akal, tapi itulah realitinya! tengoklah begitu, usaha tangga kejayaan, nak seribu daya taknak seribu dalih!


papa pulak cuba untuk mencukup kan keperluan tanpa pernah mengeluh atau menyesal... malah sentiasa ada bersedia untuk mendidik dan menegur setiap kelakuan kita!
didikan moral papa terutamanya, amat menitik beratkan dari segi agama, kesopanan, self respect serta tidak mementingkan diri sendiri.

Maafkan kami papa.. kerana tidak mengerti marah mu itu ertinya sayang,
maafkan kami papa.. kerana tidak pernah faham keperihatinanmu itu adalah untuk milindungi, maafkan kami papa.. kerana selalu memberontak atas ketegasan mu, maafkan kami yang seringkali membuat hatimu gundah gulana memikirkan tentang kami.

Ayu, Abang , Alang, Achik dan Adik..

ingatlah.. dari mana usul kita... ingat lah jasa mama dan papa! untuk apakah mama dan papa bersengkang mata mencari duit lebih, kalau bukan untuk kita? untuk masa depan kita!

Mereka lah orang yang telah melahirkan , membesarkan dan mendidik kita tanpa mengira susah dan perit. Mereka adalah yang paling memahami, yang sanggup terima segala kekurangan dan kelebihan kita.. manusia yang paling ikhlas menerima kita seadanya melainkan orang lain.. kerana kita adalah darah daging mereka.. zuriat dan amanah yang diberikan oleh Tuhan untuk mereka....

Marilah kita sama-sama sentiasa menggembirakan hati mereka selagi hayat masih ada..
walaupun takkan pernah terbalas jasa mereka pada kita, tapi sekurang-kurangnya kita dapat lakukan yang terbaik untuk mereka.

Ayuh, ucapkan i love u to mama and papa!!

(sedih, sebak dan terharu sangat bila taip nie semua, semoga adik2 juga rasa dan memahami apa yang cuba kek la sampaikan)

No comments:


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker