Pertama kali berhari raya sebagai isteri.. sebagai menantu..
pertama kali berhari raya jauh dari mama and papa...adik2..
Walaupun cuba dibendung perasaan ni untuk tidak begitu emosi.. namun tetap emosi jugak bila mak bertanyakan tentang family ku di sana.. aku cuba untuk mengcover dengan menyatakan yang aku tidak apa-apa.. memang agak sukar untuk aku luahkan disini bagaimana perasaanku ketika itu..
Sebenarnya suamiku mahu beraya di rumahku untuk kali pertama ini, tapi memandangkan masa kahwin haritu aku belum sempat untuk berkenalan dengan semua ahli keluarganya, kerana suamiku terpaksa 'outstation' lepas kenduri dirumahnya, so aku mencadangkan untuk beraya saja di kampungnya terlebih dahulu. Memandangkan cuti pun panjang, so bolehla nak dok lama sikit di sana.
Ketika aku telah membuat keputusan bersetuju untuk beraya kali pertama di kampungnya itu, aku telah menyiapkan diriku sebaik mungkin untuk menghadapi segala situasi dan keadaan disana yang ternyata masih asing bagiku. Aku tetap ingin lakukan yang terbaik, no matter how hopeless i am!
Memang aku sangat rasa best dapat tolong famly semasa persiapan hari raya ni! especially mak la, of coz la biasanya pun mak-mak kitala yang selalunya orang yang paling sibuk masa nak raya.. mak memang sangat sibuk sebelum raya hari tu, so tidak keterlaluan jika aku katakan yang aku pun antara orang yang sibuk kat dapur.. hehehe sibuk menolong mak laa....rasa cam best je kalau aku dapat ringankan sikit kerja2nya tu, semua menda pun aku nak buat! semua menda pun aku nak cuba buat, and then of coz lah, banyak jugak menda2 baru nak belajar jugak... hehehe... sorry ya mak.. terpaksa nyusahkan mak nak peturun ilmu lak! hehehe...ampun...
at least bila tengah sibuk2 tu takda la aku ni nak melayan perasaan sangat, boleh la melupakan sekejap kerinduan hati ni kat family... tapi, bila ada satu masa tu, tgh sibuk2 picit semperit kat dalam loyang tetiba jer mak membuka topik tentang family aku kat sana.. " tak telefon ke mama kat rumah.. kesian dia kat rumah buat kerja takda orang tolong.. anak dia dah ada kat sini, biasanya mesti azila yang tengah nolong dia ya?" Adussss..!! pertanyaan itu... huh... menusuk jantung ku! cover..cover.. kuat.. aku mesti kuat! lantas aku menjawab.." takpe mak, adik2 pun ada kat rumah tu,.." huh.. aku memang tak boleh nak meneruskan apa2 perkataan lagi! mata memang dah bergenang nih! nasib baik la mak cepat ke belakang check biskut. Emo lah pulak... bukan ape.. bohong la kalau aku cakap aku tak sebak bila tingatkan famly kat sana.. but, yeah..this is ma new life now, i've married wit my husband and a part of his famly now.. its not about pretending to be gud or so whatever, but its bout sharing , love and care.. its about respect, rileks and respond! (eh, macam pernah dengar ke? 3R kan?)
namun aku bersyukur kerana kehadiranku dalam keluarga baru ini diterima dengan baik, malah aku rasa sangat terharu dengan layanan mak abah, Nabilah, Hani, Li dan Nain yang mencuba untuk membuatkan aku comfortable berada dalam keluarga mereka. Begitu juga dengan saudara mara yang lain. Well aku juga still stick to this point: if you want others to treat you good, you should treat others good first, then the world will peace forever.. ( hehe tu yang tang peace to aku tambah je :p ) and especially to my lovely hubby jugak yang sentiasa berada di sisiku dan sangat pandai mengambil hati dan melayan hatiku yang kadang2 mereng! hope that u will always be there for me...
InsyaAllah, semoga kami berdua sentiasa berperasangka baik terhadap keluarga masing2..
Gambar kat bawah ni, gambar semasa hari raya pertama, bersama Mak, Abah... Caya lah mak! ketupat kita menjadi jugak! walaupun pertama kali buat! hehe.. atleast ada orang puji... kira ok ah tuh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
blh jd pelamin kahwin dh langsir tu.. meriahnya..
bestkan beraya sbg suami istri..
Post a Comment