Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, October 20, 2008

tepuk dahi dan terjelepuk

Bila tengok kat tajuk kat atas tu.. apa lah dalam fikiran korang? hehehe...
Ingat tak yang aku nak citer pasal perkara haru biru yang terjadi sebelum aku kawen!?
haa... salah satu nya terjadi pada malam nak kawen!
malam tuh.. memang sebuk la jugak.. sebuk pakai inai la.. check itu..ini.. memang tak ngantuk lah katakan! mama dok bising kata suh tidor dulu katanya.. lewat2 nanti tak berseri..hmm
tetiba terlintas pasal b, bakal suamiku (mase tuh), mereka sepatutnya bertolak dah masa ni dari batu gajah! diorang memang bertolak tengah malam sebab nak sampai awal pagi, semua tido dalam bas jer.. terus aku bg sms bertanyakan tentang mereka!
terkejut aku bila aku dapat balasan sms nya kata mereka belum bertolak! bas takleh gerak! bas rosak! aircond bocor ke ntah hape2 lagi lah! dah pulak... masa tuh jam dah menunjukkan dekat kul 12malam. Dia pun dah tepuk dahi! dah marah sangat dengan driver tuh, dah tahu nak jalan jauh tapi boleh lagi amek trip ke melaka, diorang tuh dari melaka la tu, terus ke batu gajah! macamana bas tak jem! mestilah bas tu kena rest gak! dia dah minta aku doa lah banyak2 semoga semua berjalan lancar dan mereka selamat sampai esok! dah bas rosak pulak... aku dah mula terpikir2 nie.. petanda2 apakah ini.. huhhh.. tak sanggup ku nak mikirkannya... mintak simpang la.. semoga pandai2 la diorang menyelesaikan masalah tuh... takut gak...
aku khabarkan berita ni kat family aku, diorang pun risau.. papa lah yang sibuk menanya.... hmmm doa2 semoga semua selamat..

sambil2 semuanya tengah buat keja... aku plak dok lepak2 depan pintu..tetiba lak teringat kat dokumen2 kawin! eh?!
terus aku menerpa papa yang tengah sebuk jahit ape ntah lupa! aku tanyakan dia

" pa, esok nak nikah ni, dokumen nikah semua ada dengan papa kan? hari tu last Kekla bagi kat papa untuk urusan dengan Tok imam! kat mana semua dokumen tu, nak kena prepare la nak bawak esok ni.." macamana lah aku bleh lupa nak siapkan menda tu.. nasib baik aku ingat!

tetiba papa melihat tepat ke arahku!

"eh! bukan k la dan amik ke? bukan papa dah bagi ker?"

hah sudah.... aku mula tak sedap hati... aku ingat papa bergurau kot...
tapi melihatkan muka papa yang memang tetiba jadi serius dan tepat memandang ke arahku dengan pandangan penuh makna!
aku terus gusar!
mama dan adik2 aku pun turut sama mengikuti suasana sepi sebentar tu!
papa terus bertanyakan pada mama...aku dapat melihat muka dia dah macam cuak2 siket... mukanya yang cuba mengingat kembali kat mana dokumen2 tuh!
mama dah marah2!

"kenapa tak check awal2?! ini dah last minit baru nak check! nape awal2 hari tuh tak teringat!" mama salahkan aku!

jam kat dinding menunjukkan pukul 1245! dah nak dekat kul 1!
papa cuba ingat balik dokumen tu dimana! tetiba dia teringat! katanya last sekali balik kampung dengan kereta kancil, so ada kat dalam kereta kancil!
sekali lagi kami semua ternganga!! kereta kancil berada di kuantan sekarang! macamana ni!! kami semua berada dikampung! di kota bharu kelantan sekarang ni!! kancil tuh tinggalkan kat umah, sebab papa bawak kereta proton dia!!!!

Astaghfirullah....
Dugaan apakah ini...
tetiba terlintas difikiran ku..macam-macam.... dengan keadaan Zul yang bas rosak! dan dokumen aku takda! kalau takde dokumen tuh, maka sia2 la persiapan semua ni! semua akan jadi tak berguna lagi! bila tengok kat pelamin tuh rasa macam semua tak berguna lagi... adik2 ku membisu seribu perkataan...mama tak terkata... macamana lembu ayam yang dah jadi mangsa korban untuk kenduri ni!! ramai pula yang dah dijemput!! Arrgghhh!!!!
tetiba jer aku mendapat sms dari Zule yang katakan bas mereka dah mula bergerak! tapi slow2..Insyaallah..seawal pagi sampaila walaupun dalam keadaan tergesa gesa!
habis la aku... mesti pihak mereka akan marah atas perkara yang terjadi! Terutama Zule! tak tahu la apa yang akan difikirkan! jauh2 datang! dengan bas! tapi tak jadi!! arrghhh!! TIDAK!!!

aku tengok papa capai telefon, terus dia call pada jiran sebelah rumah kami, En Li, papa minta maaf sebab terpaksa mangganggu, papa minta tolong dia masuk rumah kami untuk ambil kunci kereta kancil dan check samada ada tak dokumen tu dlm keta! memang papa ada tinggal kunci rumah padanya. kemudia papa letak telefon dan melihat ke arah jam! kami semua melihat jam! masing2 tengah mencongak masa, sempat tak kalau Cik Li hantar document tu! dari kuantan ke kota bharu..6-7 jam jugak.. semuanya sedang mencongak masa....

lepas papa minta Cik Li check tu, dia terus call Pak Muda pula, pak muda berhadapan jer dengan rumah, papa bertanyakan tentang dokumen yang nak bawa masa nikah esok!
terus dengar papa kata;
"jadi esok tak perlu bawa apa2 lah? semua dah bagi kat tok imam haritu?"

huh!!!.... sekali lagi aku terjelepuk.. lega....
rupa2 nya bila papa uruskan dengan tok imam hari tuh, dia dah sertakan sekali semua dokumen yang perlu pada tok imam...
papa pun boleh lupa katanya, dok main kalut dengan macam2 hal semuanya sampai boleh lupa...

No comments:

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker