Memang, sebelum berlansungnya majlis kawin, hati nie gusar sangat..Apa2 pun boleh jadi sebelum nikah nie... takut... tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku..
Ujian yang amat berat sekali ialah pemergian Chek (datuk)kami buat selama-lamanya. Terkilan kerana Arwah tak sempat tengok aku kawin, cuma sempat melihat persiapan kami semua sahaja.
Seminggu sebelum Chek pergi, aku ada di kampung, sempat juga la aku melayan makan minum nya..masa tuh Chek memang dah sakit.. tapi dia masih menggagahkan diri ke kedai. Ada satu malam tu, aku tidur di luar di depan tv, Chek juga datang baring di dekat2 situ, aku buat air teh panas kesukaan chek, sedih sangat bila tengok chek batuk2..chek dah kurus sangat! malam tu chek batuk kuat sangat sampai aku tersedar dari tido! rupanya Chek juga tidur di luar, ujung kepala aku jer! chek batuk terbahak2, aku doa moga Chek takda apa2 dan cepat sembuh! aku dah risau sangat bila tengok dia batuk kuat macamtu! nasib baik tak apa2..
ingat kembali, dulu chek la yang suka melayan kami adik beradik, sepupu sepapat.. dia selalu buat kami gelak ketawa! in fact hari tu, masa balik kg, adik bongsu aku yang dah besar nie, masih lagi nak main2 gurau2 dengan dia, tak sedar yang Cheknya dah tua, sakit.. jadi chek tak boleh la nak layan dia! dah dia tak dapat terima plak nape Chek takmau main dengannya.. memang chek sakit, Chek dah tak boleh bcakap seperti biasa..tapi dia tak nyanyuk, pagi tu, dia bawa bil telefon dan bil eletrik rumah depan aku, ada pensel ditangannya, ditulis amaun bil2 tu dan dikira amaunnya dan totalnya sekali dia tulis, dia suruh aku kira semula, betul amaunnya! aku tengok chek senyum je.. aku masih ingat wajah terakhirnya senyum pada ku...
Bila dapat berita yang Chek meninggal, terus lenyap kegembiraan. Saat itu terfikir aku macamana dengan majlis kawin ni, perlu diteruskan atau..uhhh.... lansung aku terfikir untuk batalkan atau tangguhkan sahaja! tak sanggup aku!
Tapi kata Mek (nenek), majlis ini perlu diteruskan, Kita merancang Tuhan yang tentukan.. Majlis kahwin ini telah di rancang sekian lamanya dan menda ni pun menda baik, nak mendirikan masjid..jadi memang perlu diteruskan. dan pemergian Chek pula tidak dirancang... semua tu adalah rencana Tuhan yang Maha Esa..Dia Maha Mengetahui segala apa yang berlaku... Maksu, Paksu dan saudara-mara lain juga berpendapat yang sama...Dia memang dah aturkan segalanya, 3 minggu sebelum majlis berlansung Chek pergi meninggalkan kami selamanya, Ini adalah dugaan yang Allah uji di saat aku sedang menanti hari bahagia.. Aku Redha.. Dia lebih tahu apa yang terbaik !! Kak Azi pernah sebut, Allah menguji kita kerana Dia tahu kita telah bersedia. Ya! Tuhan tidak turunkan sesuatu itu jika Dia tahu kita tidak sedia.. jadi walau apa pun terjadi aku harus lalui...samada suka atau tidak. Aku anggap sebagai ada rahmat disebaliknya...Pemergian chek sememang tiada gantinya..ketiadaannya dirindui, tapi Allah itu Maha Adil...Dia bagi suami ku, Zulhilmy sebagai orang baru dalam keluarga kami....
-Al-Fatihah untuk Chek-
Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kita sama je kan..cuma yang bezanya kak zi dah ada suami dan anak. Tapi tu lah takdir ilahi..hanya DIA yang layak menentukan perjalanan hidup kita. Dan kita...? Kita hanya perlu menjadikan hidup hidup kita dalam laluan kita sendiri berkiblatkan ajaran islam..
hmm... lots of thanks to u sis...
Post a Comment